Paling Popular
Terkini
mk-logo
Kandungan Berjenama
Manifesto ‘PN Best’ Disokong Rakyat
Diterbitkan:  Nov 10, 2022 6:49 PM
Dikemaskini: 11:44 AM

Manifesto Perikatan Nasional “PN Best’ yang bertemakan Prihatin, Bersih, Stabil dilancarkan oleh pengerusinya, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada 6 November 2022 sempena Pilihan Raya Umum ke-15.

Terdapat 50 tawaran utama yang dinyatakan dalam Manifesto Perikatan Nasional yang jelas menunjukkan bahawa PN bertekad dan komited dalam membasmi rasuah di Malaysia dengan mengemukakan Pelan Anti Rasuah sebagai salah satu tawaran  dalam manifesto tersebut.

Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata semua calon Perikatan Nasional bukan sahaja perlu membuat akur janji anti rasuah, tetapi mereka juga akan menjalani tapisan ketat dan jika terdapat calon yang disiasat oleh SPRM, mereka tidak akan dibenarkan untuk bertanding dalam pilihan raya. 

Selain itu, Bayaran Balik PTPTN Sebanyak 25% untuk graduan kelas kedua keatas, Kuota Senator untuk Belia dan Beliawanis, DanaNita iaitu Pinjaman Tanpa Faedah kepada wanita yang mempunyai perniagaan, dan juga Pelaksanaan Sistem Tol Tanpa Palang serta penambahan lorong di lokasi yang kritikal.

Ramai yang memberi reaksi positif terhadap tawaran dalam Manifesto Perikatan Nasional ini, terutama sekali belia. Menurut tinjauan pendapat tentang Pelan Anti Rasuah, Diana Rose, pelajar berumur 24 tahun berujar ”kes rasuah di Malaysia mungkin akan berkurang jika Jabatan Khas Kabinet Mengenai Anti Rasuah (JKKMAR) ditubuhkan dengan kukuh.”

Selain itu, belia ini juga telah menyatakan bahawa “pemimpin PN tidak mempunyai kes rasuah di mahkamah, oleh kerana itu, harapan saya terhadap negara yang bebas rasuah masih kukuh.”

Diana Rose, pelajar berumur 24 tahun

Di samping itu, PN juga menawarkan kuota senator untuk belia dan beliawanis. “Kuota senator untuk belia dan beliawanis menunjukkan bahawa keseimbangan antara lelaki dan perempuan sebagai pemimpin juga dilihat. Ini jelas sekali mencerminkan bahawa belia dapat menyuarakan pendapat dan pandangan mereka mengenai apa yang perlu dilakukan untuk kebaikan rakyat Malaysia.” Aannur Ufairah, pelajar berumur 22 tahun berkata.

Manifesto Parti Perikatan Nasional menjanjikan potongan bukan sahaja kepada graduan kelas pertama yang menerima 100% pengecualian pinjaman PTPTN, malah potongan 25% juga diberikan kepada graduan kelas kedua.

Aannur Ufairah, pelajar berumur 22 tahun

Aannur, berkata, “bantuan ini dapat membantu graduan kelas kedua yang masih tidak bekerja ataupun mempunyai keluarga yang tidak berkemampuan dengan meringankan beban bayaran hutang pendidikan mereka.”

Bukan itu sahaja, tawaran DanaNita, iaitu pinjaman tanpa faedah sehingga RM20 ribu untuk wanita yang mempunyai perniagaan juga akan diberikan. Ini bertujuan untuk menggalakkan wanita agar bangkit berniaga. Carmen, pemilik perniagaan atas talian yang berumur 31 berkata “saya menyokong sepenuhnya untuk inisiatif ini. Saya juga berharap agar dana ini akan terbuka kepada warga Malaysia yang bukan bumiputera dan juga kepada pemilik perniagaan online.

Carmen, pemilik perniagaan atas talian yang berumur 31

Juga terdapat tawaran yang dikemukakan untuk mengurangkan kesesakan di lebuh raya dan mempercepat penggunaan lebuh raya.

PN menawarkan pengimplementasi sistem tol tanpa palang dan juga menambah lorong di lokasi kritikal. Encik Shahzal, pengurus kilang di Tanjung Malim ujar “saya menantikan tawaran ini kerana saya menggunakan jalan raya untuk memandu daripada Shah Alam ke tempat kerja saya di Tanjung Malim setiap hari”.

Mohammad Shahzal, pengurus kilang di Tanjung Malim

Kesemua tawaran ini digubal dengan mengambil kira pandangan dan sentimen rakyat dalam perkara yang dianggap penting oleh pemimpin-pemimpin PN. 

Tonton semula siaran langsung Majlis Pelancaran Tawaran PN-BEST Perikatan Nasional di SINI dan layari https://www.pnbest.com/ untuk mendapatkan maklumat lanjut tetang tawaran - tawaran lain dalam Manifesto ‘PNBest’.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS