Kesesakan jalan raya terutama di kawasan bandar sememangnya sudah menjadi asam garam yang terpaksa dihadapi oleh masyarakat masa kini.
Bayangkan betapa bagusnya jika anda boleh memiliki kediaman dan tinggal di kawasan yang boleh menjimatkan masa anda tanpa memberi gangguan fizikal dan mental dalam kehidupan anda.
Dalam konteks zaman moden ini, persekitaran bandar dan akses bandar adalah antara dua faktor utama yang mencorak kualiti hidup kita.
Residensi Jernih yang terletak di kawasan strategik seluas 5.28 ekar di tengah-tengah bandar Kajang merupakan pembangunan yang mempunyai tahap hubungan dan sambungan terus ke stesen MRT serta akses yang mudah.
Sekarang anda boleh menuju ke pusat bandaraya, tempat kerja, dan pelbagai lokasi dengan hanya menaiki MRT!
Miliki kediaman idaman dengan sambungan terus ke stesen MRT- hanya daripada RM320K*
Residensi Jernih akan mempunyai dua blok dan unit kediaman tersebut akan mempunyai tiga saiz — di antara 550 hingga 850 kaki persegi — dan harganya bermula daripada RM320,000. Unit-unit yang ditawarkan juga akan mempunyai 1+1 hingga 3 bilik tidur.
Selain bilik tidur, Residensi Jernih juga akan dilengkapi dengan dapur basah dan kering. Terdapat akses tanjakan (jalan mendaki) di pintu masuk utama, bilik tidur dan bilik mandi untuk pergerakan mudah, terutamanya individu yang berkerusi roda dan yang menggunakan kereta sorong bayi.
Perbezaan memiliki kediaman yang mempunyai sambungan terus ke stesen MRT
Mengurangkan kos harian
Residensi Jernih mempunyai pelbagai kemudahan di sekitarnya, seperti sambungan terus ke stesen MRT Sungai Jernih yang hanya terletak bersebelahan. Banyak manfaat akan dapat dinikmati dengan memiliki kemudahan ini terutamanya dari segi kewangan.
Penghuni boleh menggunakan MRT untuk ke destinasi tujuan mereka dan ini boleh menjimatkan pelbagai jenis kos seperti pembayaran ansuran bulanan kereta, kos petrol, kos penyelenggaran kereta, bayaran parkir kereta, tol dan juga jimat masa perjalanan.
Merancang untuk pembelian hartanah anda yang seterusnya?
Jadual di bawah menunjukkan kos penjimatan bulanan sebanyak RM1,900 berdasarkan anggaran sahaja, jika anda memiliki kediaman di Residensi Jernih.
Dengan kos penjimatan bulan, anda boleh menggunakan penjimatan tersebut untuk memiliki Residensi Jernih yang hanya perlu RM990* sebulan. Dan anda juga dapat simpanan sebanyak RM910* setelah potongan ansuran bulanan tersebut.
Nikmati pelbagai kemudahan dengan mudah
Dilengkapi dengan kemudahan moden, penghuni juga boleh membeli-belah untuk mendapatkan barangan keperluan. Residensi Jernih akan memiliki kedai serbaneka yang mempunyai 2 tingkat di tingkat bawah. Ini akan memudahkan penghuni mendapatkan barang keperluan harian tanpa perlu memandu ke bandar. Bukan itu sahaja, sekiranya anda memerlukan perkhidmatan perubatan, Hospital KPJ Kajang terletak dalam lingkungan 350 meter dari Residensi Jernih. Anda juga boleh menghantar anak-anak anda ke pelbagai institut pendidikan yang terletak berdekatan seperti SK dan SMK Saujana Impian, SMJK Hua, SMK Convent Kajang, Kolej Universiti New Era, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), UniKL dan Sekolah Antarabangsa Beaconhouse Newlands yang menawarkan pendidikan berkualiti.
Rehat dan bersantai selepas hari yang panjang
Residensi Jernih juga bakal menyediakan pelbagai kemudahan bagaikan berada di sebuah pusat peranginan. Jika dibandingkan dengan rumah yang bertanah, kebanyakannya hanya mempunyai kemudahan asas yang terhad seperti taman permainan dan gelanggang bola.
Di Residensi Jernih, anda boleh nikmati fasiliti gaya hidup moden resort seperti kolam infiniti sepanjang 30m, kolam renang kanak-kanak, jakuzi, geladak serbaguna, taman permainan kanak-kanak, laluan joging, gimnasium, teres BBQ, pavilion parti yang sesuai dijadikan tempat beristirehat bersama keluarga.
Selain itu, pembangunan ini juga akan mempunyai gelanggang bola keranjang dan gelanggang serbaguna bagi individu-individu yang gemar bersukan.
Pengawal keselamatan sehingga 6 peringkat
Untuk rumah bertanah, tahap keselamatannya selalunya tidak begitu tinggi kerana kebanyakan tempat tidak mempunyai pengawasan yang sewajarnya.
Jika tiada perkhidmatan pengawal keselamatan yang dipercayai, rumah bertanah berisiko tinggi untuk menjadi sasaran aktiviti pecah rumah, terutamanya kawasan kediaman lama yang tidak berpagar dan berpengawal.
Anda tidak perlu bimbang tentang soal keselamatan di Residensi Jernih kerana bangunan ini mempunyai rumah pengawal, sistem keselamatan sehingga 6 peringkat, “boom gate” ke podium tempat letak kereta, sistem kad akses lif, kad akses ke tingkat yang ditetapkan dan pengawasan CCTV serta rondaan pengawal 24 jam yang akan memastikan anda dan orang tersayang sentiasa selamat.
Nikmati pembiayaan Maybank Islamic HouzKEY di Residensi Jernih
HouzKEY ialah pembiayaan pemilikan rumah yang ditawarkan oleh Maybank Islamic untuk membantu pembeli rumah pertama untuk memiliki rumah idaman mereka. Pelanggan yang mendaftar dengan HouzKEY dapat menikmati pembiayaan 100%, tiada bayaran semasa tempoh pembinaan dan bayaran bulanan yang rendah.
Dengan segala kemudahan yang dibangunkan tidak syak lagi, Residensi Jernih adalah sebuah kediaman impian yang bakal menjadi idaman setiap keluarga. Jangan lepaskan peluang untuk memiliki rumah yang menawarkan pengalaman penginapan gaya resort, keselesaan dan ketenangan.
Untuk maklumat lanjut sila layari Residensi Jernih atau hubungi 1700-81-2229. Rumah idaman anda menanti!