Sebut saja produk pencahayaan, Philips lazimnya salah satu jenama yang pasti terlintas fikiran kita. Dalam dunia pencahayaan, jenama ini sememangnya dikenali dan dipercayai turun temurun. Tahukan anda bahawa nama rasmi Philips Lighting telah ditukar ke Signify? Lebih penting lagi, tahukan anda peneraju industri pencahayaan global ini telah juga melancarkan portfolio penyelesaian pencahayaan yang ekonomikal di bawah jenama EcoLink?
Rangkaian lampu EcoLink menampilkan pelbagai pilihan pencahayaan LED dilengkapi Teknologi Voltsafe, daripada lampu mentol dan downlight ke lampu ruang tinggi dan batten kalis air yang memenuhi keperluan semua jenis aplikasi untuk kediaman serta laman anda. Lampu dan produk pencahayaan EcoLink tahan fluktuasi voltan yang mendadak untuk memastikan pencahayaan yang stabil.
Lebih-lebih lagi, produk EcoLink tahan lama, cekap tenaga dan mudah didapati di pasaran pada harga yang mesra poket.
Jika anda inginkan kebolehpercayaan lampu pada titik harga yang ekonomik, cubalah produk EcoLink.
Dengan wujudnya rangkaian produk pencahayaan EcoLink yang menjimatkan ini, Signify berharap ia dapat meningkatkan penggunaan penyelesaian pencahayaan mampan di lebih banyak rumah dan ruang komersial di Malaysia.
Dengan pelantikan Syarikat KVC Industrial Supplies Sdn Bhd sebagai pengedar rasmi EcoLink di Malaysia, ia membolehkan pengguna membuat pembelian dengan lebih mudah melalui cawangan runcit sedia ada. Signify akan memanfaatkan pengedaran omnichannel syarikat KVC yang merentasi seluruh negara, termasuk di dalam dan luar talian, sekaligus meluaskan akses EcoLink kepada lebih ramai pengguna di seluruh Malaysia.
EcoLink diilhamkan dengan visi untuk menerangi ruang kediaman dan komersial anda dengan produk jimat tenaga yang berkualiti dan canggih dari segi teknologi pada harga yang kompetitif. Pencahayaan adalah asas penting dalam kehidupan seharian kita, dan matlamat Signify adalah untuk memberi manfaat kepada pengguna Malaysia melalui produk pencahayaan cekap tenaga yang mesra alam pada harga yang berpatutan.
Sebagai sebuah syarikat neutral karbon 100%, Signify mahu melipatgandakan kesan positifnya terhadap kelestarian alam sekitar dan masyarakat. Menurut Signify, produk pencahayaan EcoLink boleh membantu anda menjimatkan tenaga di rumah dan di tempat kerja atau perniagaan anda sehingga 90%. Hayat produk EcoLink yang panjang juga akan mengurangkan lagi sisa dalam jangka panjang.
Mengapa memilih EcoLink untuk kediaman atau kegunaan komersial anda?
EcoLink menawarkan penyelesaian pencahayaan yang terbaik dengan harga yang menjimatkan. Ia bukan sahaja akan membantu menerangkan ruang peribadi dan profesional anda, malah juga membantu mewujudkan persekitaran yang konduksi di kediaman mahupun kegunaan komersial anda. Produk pencahayaan EcoLink dilengkapi dengan Teknologi VoltSafe yang memastikan perlindungan lonjakan 2.5kV dengan perlindungan voltan lebar 160-360V.
i) Teknologi Voltsafe
Produk pencahayaan EcoLink dilengkapi dengan Teknologi VoltSafe yang memastikan perlindungan lonjakan 2.5kV dengan perlindungan voltan lebar 160-360V.
ii) Tiada lagi ketegangan mata
Dengan produk pencahayaan EcoLink, ketegangan mata dapat dielakkan kerana ia menerangi ruang anda tanpa kelipan ketara atau kesan buruk UV/IR (ultra violet / infrared).
iii) Jaminan sehingga 2 tahun
Tahan lama dan efisien. Setiap produk EcoLink dilengkapi dengan jaminan sehingga dua tahun, memberi anda ketenangan fikiran.
iv) Diperakui oleh SIRIM
Prestasi dan keselamatan produk EcoLink mematuhi piawaian SIRIM. Pengesahan SIRIM tanda keselamatan produk.
v) Jenama yang dipercayai
EcoLink merupakan jenama di bawah syarikat pencahayaan yang mantap dan dipercayai turun-temurun.
Untuk maklumat lanjut, butiran produk dan spesifikasi, sila layari https://ecolink-led.com/my/.