Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Kandungan Berjenama
Wakaf dan urus harta bersama MAINS
Diterbitkan:  May 23, 2022 5:18 PM
Dikemaskini: Jul 19, 2022 10:22 AM

Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS) melalui Jabatan Wakaf komited dalam menguruskan hal berkaitan wakaf dan harta di Negeri Sembilan. Pelbagai program diadakan dengan tujuan memberi kesedaran dan kefahaman kepada masyarat khususnya berkaitan wakaf serta pengurusan harta.

Penyaluran Agihan wakaf Negeri Sembilan ini terdiri daripada 4 aspek iaitu:

Pertama, adalah di dalam aspek Kesihatan, sebagai contoh MAINS telah menyalurkan dana wakaf bagi pembelian lapan buah Mesin Dialisis bagi kegunaan Hospital Tuanku Jaafar, Seremban manakala pembelian Mesin Ultrasound dan Mesin Pemotong Kanta telah diserahkan kepada Klinik Pakar Kesihatan, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM). Ia bertujuan memberi akses dan kemudahan rawatan khususnya bagi menampung keperluan pesakit dari golongan yang kurang berkemampuan termasuklah golongan asnaf di Negeri Sembilan.

Kedua, di dalam aspek Pendidikan, MAINS dalam usaha mempelbagaikan lagi sumbangan dana wakaf tunai bagi penyediaan peralatan Pendidikan antaranya pembinaan gazebo, penghawa dingin, komputer dan kipas gergasi yang ditempatkan di Sekolah dan Institut Pengajian Tinggi yang memerlukan.  Kemudahan ini dapat membantu para pelajar meningkatkan prestasi pembelajaran dengan bantuan fasiliti yang mencukupi. Sejajar dengan itu, MAINS mempunyai inisiatif dalam memupuk budaya amalan berwakaf dengan mengadakan Program “Wakaf Cilik” di sekolah-sekolah yang berada di sekitar Negeri Sembilan. 

Ketiga adalah aspek Keagamaan MAINS juga menyalurkan wakaf Al-Quran kepada Masjid-masjid, Pusat-pusat tahfiz serta agensi-agensi yang terpilih di sekitar Negeri Sembilan dengan kerjasama Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (JHEAINS) bagi menyemarakkan lagi amalan berwakaf di Negeri Sembilan. Selain itu, Masjid dan Surau juga menerima dana wakaf tunai yang diagihkan oleh pihak MAINS. Ini adalah bagi menggalakkan masyarakat untuk berwakaf dengan lebih konsisten.

Keempat dari segi aspek Sosio Ekonomi pula, MAINS mengambil inisiatif untuk membantu usahawan yang sedang berniaga secara kecil-kecilan dengan menawarkan ruang niaga Bazaar Wakaf Mart yang lebih selesa dengan kadar sewaan yang rendah. Ia secara tidak langsung membantu usahawan meningkatkan pendapatan dan memakmurkan ekonomi.

PEMBANGUNAN WAKAF DI NEGERI SEMBILAN

Projek yang sedang dibangunkan diatas tanah wakaf adalah seperti berikut:

  1. Pembangunan Masjid Taman Politeknik, Port Dickson

  2. Pembangunan Masjid Tuanku Besar Tampin

  3. Pembangunan Masjid Kg. Geduhom, Kuala Pilah

  4. Pembangunan Sekolah Menengah Islam Seremban

  5. Pusat Jagaan Harian Warga Emas, Seremban

  6. Pembangunan Pusat Hemodialisis Wakaf, Rembau

Orang ramai juga boleh berwakaf dengan wang tunai wakaf tunai iaitu berwakaf menggunakan wang tunai sebagai harta yang diwakafkan untuk mengumpul dana wakaf yang kemudiannya ditukarkan kepada harta kekal. Sumbangan wakaf tunai amat penting sebagai pemangkin kepada pembangunan hartanah wakaf di Negeri Sembilan

Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS) mengambil peranan dengan memperkenalkan produk wakaf antaranya Wakaf Tunai dan Wakaf Harta. Wakaf Tunai boleh dibayar secara tunai atau melalui online banking serendah RM1.00 dan boleh juga dibuat melalui potongan gaji serendah RM5.00 sebulan bagi semua kakitangan kerajaan dan swasta. 

Usaha penjanaan wakaf berimpak tinggi ini perlu penglibatan bersama dengan semua agensi-agensi kerajaan, Swasta, Badan-badan Berkanun serta seluruh Umat Islam khususnya untuk diagihkan kepada kumpulan sasaran yang memerlukan.

KAEDAH PEMBAYARAN WAKAF TUNAI

Pelbagai kaedah disediakan oleh pihak MAINS dalam pengurusan kutipan wakaf tunai bagi memudahkan umat Islam khususnya di Negeri Sembilan. Antaranya:

Selain itu, MAINS memberi peluang kepada kakitangan kerajaan dan swasta dalam berwakaf melalui potongan gaji hanya serendah RM 5.00 sahaja. Permohonan boleh dibuat di kaunter Pejabat Kutipan Daerah-Daerah atau melalui online di www.mains.gov.my/wakaf/borang_pg

Wakaf secara meluas dapat menyuntik sedikit sebanyak sumbangan dalam pembangunan masyarakat. Namun, sekiranya wakaf tidak dibangunkan secara optimum, sudah pasti ia tidak dapat memberikan manfaat yang berkesan kepada masyarakat. Pengurusan wakaf yang cekap dan telus amat diperlukan agar tujuan wakaf yang disyariatkan ini tercapai.  

PENGURUSAN HARTA

MAINS juga berperanan dalam pengurusan harta umat islam melalui instrumen hibah, wasiat, runding cara faraid. Selain itu, penyaluran wang tidak patuh syariah dan penyerahan harta luqatah boleh dibuat bagi memastikan pengagihan wang dan harta tersebut mengikut hukum syarak. Antara kelebihan yang ditawarkan oleh MAINS adalah kadar fi yang rendah dan pengurusan yang cekap, sistematik serta menepati hukum syarak. 

Oleh yang demikian, umat islam disarankan untuk mula merancang awal harta mereka supaya waris yang ditinggalkan tidak dibebani dengan masalah-masalah berkenaan pembahagian harta pusaka.  

Sebarang maklumat lanjut atau pertanyaan boleh terus melayari laman sesawang MAINS www.mains.gov.my atau hubungi ditalian  06-762 2445 / 06-765 1405  dan Hotline wakaf  013 774 3662


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS