Pengalihudaraan yang baik adalah penting untuk menyingkirkan dan mengurangkan sumber pencemaran udara dalaman seperti bau masakan dan bahan pencemar udara yang lain.
Walaupun terdapat banyak cara untuk mencapai aliran udara yang baik di rumah, pemasangan kipas ekzos adalah cara yang berkesan untuk meningkatkan kualiti udara.
Pakar di KDK mengatakan ruang adalah faktor yang paling penting dalam memilih dan memasang kipas ekzos. Peruntukkan ruang yang sesuai adalah penting untuk pemasangan kipas ventilasi di rumah anda.
“Sama ada anda mencari kipas ekzos ceiling mounted (dipasang pada siling), wall mounted (dipasang di dinding), ataupun glass mounted (dipasang atas kaca), anda perlu pastikan terdapat ruang yang cukup dengan sedikit ruang tambahan di sekitar mounting point pada permukaan yang dipilih," kata pakar KDK.
Ruang yang diperlukan untuk pemasangan kipas ekzos bergantung kepada saiz kipas ekzos, tetapi ruang pemasangan mestilah bersamaan dengan ketinggian dan kelebaran peralatan supaya ia sesuai dan tepat.
Walaupun ia mungkin membimbangkan anda memikirkan kipas ekzos yang sesuai untuk dipasang di rumah, pakar KDK memberi jaminan bahawa mereka boleh memberikan penyelesaian yang terbaik untuk anda.
KDK wall-mounted ventilating fan (dipasang di dinding)
Pakar KDK mengatakan kipas ekzos dinding paling sesuai untuk dipasang di dapur, bilik mandi dan bilik tidur.
Ia mengekalkan peredaran udara di dalam bilik, menghilangkan udara tercemar dan bau yang tidak menyenangkan.
Dengan sistem pengalihudaraan yang sesuai, anda akan dapat menikmati aliran udara yang mencukupi, yang akan menghilangkan udara tidak bersih dan kelembapan yang tidak diingini di dalam rumah.
Kipas-kipas ini direka dengan baik untuk memudahkan pemasangannya, di mana aksesori yang dibekalkan memerlukan hanya empat langkah untuk siap dipasang.
Anda boleh membuat pilihan daripada model yang tersedia bersaiz antara 15cm hingga 30cm.
KDK glass-mounted ventilating fan (dipasang atas kaca)
Sementara itu, kipas pengalihudaraan yang dipasang atas kaca boleh dipasang terus ke tingkap kaca. Ini adalah sesuai jika anda kehabisan ruang dinding dan ingin menikmati pengalihudaraan yang baik.
Pakar KDK mengatakan kipas pengalihudaraan yang dipasang atas kaca sangat baik untuk digunakan di bilik mandi untuk menghilangkan pencemar udara dari bilik mandi sebelum ia dapat merebak di seluruh bilik.
Kipas ekzos KDK yang dipasang pada kaca ini ditawarkan dalam 2 model, dengan saiz 15cm dan 20cm.
KDK ceiling-mounted propeller (dipasang pada siling)
Terdapat dalam tiga model, kipas ekzos KDK yang dipasang di siling adalah bersaiz antara 15cm hingga 25cm.
Pakar KDK mengatakan bahawa kipas ini sesuai untuk kegunaan kediaman kerana reka bentuk Q-blade memberikan keseimbangan sempurna, operasi yang senyap dan memastikan keamanan dan keselesaan di rumah.
“Bagi mereka yang mempunyai mazbah dan menggunakan setanggi dengan kerap, adalah dinasihatkan untuk memasang kipas ekzos ini untuk menyediakan pengudaraan yang baik dan mencegah sesakan nafas yang disebabkan oleh setanggi," kata para pakar.
KDK ceiling-mount Sirocco Type (dipasang pada siling)
Sama seperti jenis kipas ekzos siling yang disebut di atas, kipas ekzos KDK Ceiling Mount Sirocco juga dipasang di siling, tetapi ia disambungkan kepada sebuah sistem saluran.
Jenis ini sesuai untuk bahagian rumah dengan siling yang ditutup sepenuhnya, atau dinding yang tidak berhubung dengan kawasan luar.
Contohnya, tandas tetamu yang terletak di tengah-tengah rumah adalah tempat yang sesuai untuk pemasangan kipas ekzos ini.
KDK bermatlamat untuk memberikan anda penyelesaian yang tepat untuk rumah anda kerana mereka mempunyai kipas ekzos paling praktikal dengan reka bentuk yang berbeza untuk memenuhi keperluan anda.
Untuk maklumat lanjut, anda boleh menyemak panduan video KDK di SINI!
Sebagai alternatif, anda boleh menggunakan Pemilih Kipas Ventilator di SINI untuk mengetahui cara mengira jenis dan bilangan kipas yang diperlukan, serta nasihat daripada pakar sebelum membuat keputusan anda.