Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Kandungan Berjenama
Lotus’s Malaysia melengkapkan penjenamaan semula & menggunakan teknologi untuk memaksimumkan kemudahan pembelian
Diterbitkan:  Mar 11, 2022 10:55 AM
Dikemaskini: Jul 19, 2022 10:25 AM

Lotuss Stores (Malaysia) Sdn Bhd (Lotus’s Malaysia) rangkaian pasar raya besar terkemuka di Malaysia, hari ini mengumumkan bahawa ia telah menyelesaikan penjenamaan semula 62 bekas stor Tesco dan penggunaan platform teknologinya untuk melahirkan keceriaan SMART pada setiap hari kepada pengguna.

Pelancaran Nasional rasminya telah disempurnakan oleh Yang Berhormat Dato Sri Alexander Nanta Linggi, Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Malaysia di Lotus’s Ampang pada hari ini. Lotus’s juga memperkenalkan platform baharu dalam talian Lotus’s yang menggabungkan kedua-dua program kesetiaan dan platform dalam talian Lotus’s ke dalam satu aplikasi, memberikan pengguna pengalaman phygital yang menarik dalam membeli-belah.

“Adalah menjadi visi kami untuk menceriakan para pelanggan dengan memberikan kemudahan yang lebih baik dan pengalaman membeli-belah yang diperibadikan. Dengan menggabungkan kedua-dua program kesetiaan MyLotus’s dan platform dalam talian Lotus’s, pelanggan boleh membeli-belah dengan kami dalam talian dan serta-merta mengumpul mata dan menebus ganjaran mereka menggunakan Aplikasi Lotus’s yang baharu ini,” kata Kenneth Chuah, Presiden Lotus’s Malaysia.

“Dengan kemajuan dalam teknologi maklumat, kami akan lebih dilengkapi dengan data untuk memahami keperluan pelanggan kami dan menyesuaikan promosi dan ganjaran kepada individu walaupun mereka tinggal dalam sebuah rumah yang sama untuk memberikan pengalaman membeli-belah yang lebih diperibadikan.”

Program kesetiaan MyLotus’s ini juga boleh dinikmati oleh pelanggan yang membeli-belah di stor fizikal mereka.

Lotus’s pada masa ini juga mempunyai Aplikasi Scan & Shop untuk membolehkan pelanggan mengimbas sendiri barangan yang hendak dibeli di stor. Ini membolehkan pelanggan menjejaki perbelanjaan dan mengurus belanjawan mereka. Lorong khusus untuk pembeli Scan & Shop juga disediakan untuk mempercepatkan proses pembayaran dan memendekkan masa beratur.

Pelanggan juga boleh menikmati pengalaman membeli-belah yang pantas dan selamat di 28 buah stor Lotus’s dengan Kaunter Pembayaran Layan Diri tanpa tunai yang menerima pembayaran kad debit dan kredit serta e-dompet seperti Boost, kiplePay, GrabPay, Alipay, MCash, MAE, ShopeePay, Touch 'n Go dan UnionPay.

Pada hari pelancaran, Lotus’s juga menyatakan bahawa syarikat itu mempunyai aspirasi untuk menjadi peruncit yang mengamalkan kelestarian melalui semangat komuniti #KitakanJiran dan usaha alam sekitarnya. Syarikat itu sentiasa bersedia untuk membantu komuniti-komuniti yang kurang bernasib baik dengan membekalkan makanan dan barangan keperluan kepada keluarga dan individu B40 di seluruh negara termasuk mereka yang terjejas akibat banjir baru-baru ini.

Baru-baru ini, Lotus's memeterai Perjanjian Pembelian Kuasa keduanya dengan Kumpulan NEFIN untuk memasang panel PV solar di atas bumbung 12 lagi stor dan salah satu Pusat Pengedarannya di Simpang Pulai, Perak, menjadikan 28 dari jumlah fasiliti Lotus’s yang beroperasi dengan menggunakan tenaga bersih. Melalui pemasangan ini yang dijangka selesai pada Ogos 2022, Lotus’s dapat mengurangkan pelepasan karbonnya sebanyak kira-kira 14,461 tan setiap tahun. 

Lotus’s buat pertama kalinya diperkenalkan di Malaysia pada Februari 2021 dengan transformasi tiga bekas stor Tesco. Awal tahun ini, syarikat itu juga telah memperkenalkan dua lagi stor baharu iaitu Lotus’s Pulai Hartamas di Ipoh, Perak dan Lotus’s Bandar Puteri Jaya di Sungai Petani, Kedah. Lotus’s kini mempunyai 64 buah stor yang sedang beroperasi di seluruh semenanjung Malaysia.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS