Paling Popular
Terkini
mk-logo
Kandungan Berjenama
PN utamakan keprihatinan rakyat di negeri Johor
Diterbitkan:  Mar 9, 2022 2:01 PM
Dikemaskini: 6:01 AM

Keprihatinan kepada rakyat merupakan antara tunjang utama yang akan diperkasakan Kerajaan Perikatan Nasional jika diberi mandat oleh rakyat Johor pada pilihan raya 12 Mac nanti.  

Pengerusi Perikatan Nasional, Tan Sri Muhyiddin Yassin menekankan aspek prihatin rakyat melalui 7 strategi iaitu memperkasa peranan belia dalam pembangunan negeri, meningkatkan penyertaan wanita dalam sektor ekonomi, memperkukuh institusi kekeluargaan dan komuniti, mempertingkat kesejahteraan warga emas, memperkasa Orang Kurang Upaya (OKU), memajukan sosioekonomi masyarakat orang asli, dan mensejahterakan komuniti FELDA.

Calon PN bagi DUN Pasir Raja, Intan Jawahir, 42, menjelaskan bahawa beliau berpegang kepada prinsip aktiviti kebajkan kepada rakyat yang seiring dengan tunjang keempat PN. Pengurus Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) Prihatin Tenggara itu juga berpendapat bahawa pengalamanya membantu rakyat yang susah membolehkannnya mendekati rakyat dan memahami kesusahan dan kehendak mereka dengan lebih baik. 

Meningkatkan penglibatan wanita dalam sektor ekonomi

Menurut beliau, wanita merupakan penggerak kepada ekonomi negara, oleh sebab itu usaha dan sumbangan mereka tidak boleh diketepikan. Ini terutama apabila negara kita dilanda COVID-19, golongan wanita juga berusaha mencari peluang pekerjaan untuk menampung keluarga mereka. Beliau ingin menambahkan peluang pekerjaan dan latihan kemahiran untuk membantu wanita-wanita di DUN Pasir Raja menjana pendapatan.

“Apabila berlakunya COVID-19, ramai wanita yang berkurung dan tidak boleh keluar mencari kerja kerana tidak mempunyai kemahiran yang cukup. Ada juga wanita yang melakukan pelbagai jenis pekerjaan untuk membantu suami menampung keluarga. Jadi saya rasa kita perlu membuat perubahan dengan menyediakan banyak lagi peluang pekerjaan untuk wanita di sini” ujarnya. 

Tambahnya juga, beliau ingin menubuhkan satu pusat perniagaan wanita dan masyarakat di kawasan DUN Pasir Raja untuk pengumpulan hasil produk perniagaan dan pemasaran produk tersebut serta memberi latihan kemahiran digital untuk memasarkan produk mereka.  

Jaringan Internet yang luas untuk pelbagai kegunaan

Saya perasan liputan internet di kawasan ini sangat terhad, jadi kalau sesiapa yang ingin berniaga atas talian tidak dapat menjalankan perniagaan tersebut dengan efektif, jika saya diberi mandat, saya akan berurusan dengan agensi komunikasi untuk memperluaskan jaringan internet di sini supaya perniagaan atas talian dapat dijalankan dan pembelajaran kemahiran atas talian juga dapat dilaksanakan” katanya. 

Meningkatkan kesejahteraan warga emas

Menurut beliau aktiviti warga emas di kawasan FELDA seperti Pasir Raja amat kurang dan mereka hanya duduk di rumah sahaja. Hasrat beliau adalah untuk menubuhkan Pusat Aktiviti Warga Emas untuk membolehkan warga emas dan golongan berpencen bersosial dan meningkatkan pengetahuan dalam hal ehwal semasa. Pusat tersebut juga boleh digunakan untuk menganjur program pendidikan kesihatan dan rawatan kesihatan untuk mereka. 

Mensejahterakan komuniti FELDA

“Kami di sini mengucapkan terima kasih ke atas segala sumbangan Tan Sri Muhyiddin Yassin yang telah mengumumkan pelupusan sebahagian pinjaman peneroka FELDA berjumlah RM8.3 bilion. Ramai penduduk di sini sangat bersyukur” katanya.

Beliau juga menjelaskan bahawa ada segelintir penduduk yang merupakan generasi kedua FELDA yang menghadapi isu penanaman semula dan beliau akan meminta pegawai berkenaan untuk hadir memberi khidmat penjelasan kepada penduduk FELDA yang memerlukannya.  

Memperkasa peranan belia dalam pembangunan negeri Johor

“Saya lihat ramai belia yang aktif dan sihat di FELDA Bukit Ramun, mereka juga sedia membantu apabila timbulnya  masalah. Saya menggalakan mereka untuk menubuhkan satu Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) untuk meluaskan inisiatif membantu belia-belia yang lain dengan menganjurkan aktiviti yang sesuai seperti khidmat kemahiran untuk memudahkan mereka mendapat pekerjaan” ujarnya.  

Harapan penduduk di DUN Pasir Raja

Normah, 54, yang merupakan seorang peniaga gerai makanan mengharapkan kerajaan baru Johor, memberi bantuan kepada peniaga kecil dan wakil rakyat perlu mengambil berat tentang perniagaan kecil seperti memberi sokongan, bantuan yang patut serta mempromosikan perniagaan kecil di sini kepada orang ramai. 

Dari segi penglibatan warga emas dan belia pula, beliau berharap banyak aktiviti yang perlu dilaksanakan seperti membina tapak riadah untuk keluarga dan pusat aktiviti untuk warga emas dan belia.

Rosmini Jalil, 44, seorang pemilik kedai pencetakkan berpendapat bahawa kerajaan dan NGO perlu memberi bantuan untuk meningkatkan lagi perniagaan wanita dengan memberi bantuan seperti geran perniagaan.  

“Kita juga memerlukan satu NGO yang akan menguruskan permohonan atau masalah rakyat dan akan membawa masalah tersebut kepada pihak yang bertanggungjawab supaya tindakan yang segera dapat diambil” katanya.

Syafiq, 32, yang merupakan seorang pekerja di bengel motor juga menjelaskan bahawa penting untuk kerajaan yang akan datang menyediakan khidmat dan latihan kemahiran kepada belia untuk meningkatkan peluang pekerjaan mereka di sini. Selain itu, aktiviti belia di sini banyak melibatkan golongan belia lelaki seperti motorcross and futsal jadi aktiviti yang sesuai untuk golongan belia perempuan perlu diusahakan.



Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS