Vale dan Majlis Perbandaran Manjung (MPM) memperkenalkan Dataran Doodle Art Manjung – sebuah dataran baharu yang menampilkan deretan mural yang menarik dan penuh warna-warni di kawasan Manjung Lama. Inisiatif ini bukan sahaja menyerikan lagi wajah bandar, malah memperkukuh identiti budaya unik daerah ini, selaras dengan visi pembangunan mampan negeri menerusi Perak Sejahtera 2030.
Gambar di atas: Encik Afzal Mohsin, Ketua Pegawai Hal Ehwal Korporat dan Kelestarian Vale di Malaysia (paling kiri), Encik Leonardo Paiva, Ketua Pegawai Eksekutif Vale di Malaysia (dua dari kiri), Tuan Muhammad Faizal Shah Safian Suri, Yang Dipertua Majlis Perbandaran Manjung (tiga dari kiri), Tuan Shamsul Ridzuan Idris, Pegawai Daerah Manjung (tiga dari kanan), ACP Tuan Hasbullah Abd Rahman, Ketua Polis Daerah Manjung (dua dari kanan), dan Encik Mohd Helmi Arifin, Setiausaha Majlis Perbandaran Manjung (paling kanan).
Leonardo Paiva, Ketua Pegawai Eksekutif Vale di Malaysia berkata: “Inisiatif ini melambangkan kerjasama berterusan kami dengan Majlis Perbandaran Manjung dalam usaha mencipta nilai murni untuk daerah ini serta memperindah ruang-ruang yang paling bermakna kepada komuniti. Rakyat dan tempat memainkan peranan penting dalam membentuk sesebuah komuniti, dan dengan menyulam unsur budaya tempatan ke dalam ruang harian, kerjasama ini menyerlahkan komitmen bersama kami dalam menyokong pembangunan mampan yang inklusif dan berteraskan komuniti, sambil meraikan warisan tempatan demi masa depan Manjung yang lebih ceria dan berdaya saing.”

Sebuah tinjauan mesra yang turut dihadiri oleh Tuan Muhammad Faizal Shah Safian Suri, Yang Dipertua Majlis Perbandaran Manjung; Tuan Shamsul Ridzuan Idris, Pegawai Daerah Manjung; Tuan ACP Hasbullah Abd Rahman, Ketua Polis Daerah Manjung; Encik Mohd Helmi Ariffin, Setiausaha Majlis Perbandaran Manjung; Encik Leonardo Paiva, Ketua Pegawai Eksekutif Vale di Malaysia; dan Encik Afzal Mohsin, Ketua Pegawai Hal Ehwal Korporat dan Kelestarian Vale di Malaysia menandakan satu langkah penting dalam menyerlahkan nilai warisan Manjung Lama serta potensinya sebagai tumpuan utama bagi acara kebudayaan, interaksi sosial dan aktiviti komuniti.
Tuan Shamsul Ridzuan Idris, Pegawai Daerah Manjung, berkata: “Manjung Lama kaya dengan cerita yang penuh warna-warni, dan lukisan mural ini menawarkan pendekatan baharu dalam berkongsi cerita tersebut kepada komuniti serta orang ramai. Kami berbangga dapat menyokong program yang bukan sahaja memperindah ruang komuniti, tetapi turut menyerlahkan kreativiti bakat tempatan. Kerjasama seperti ini bersama Vale membolehkan idea diterjemahkan kepada realiti, sekali gus membentuk Manjung sebagai destinasi yang sarat dengan karakter dan daya tarikan.”

Sebagai sebahagian daripada komitmen melalui Memorandum Persefahaman (MoU) bersama Majlis Perbandaran Manjung yang bernilai RM5.6 juta bagi memperkasakan pembangunan mampan di daerah ini, pembinaan Dataran Doodle Art Manjung menyaksikan kolaborasi antara artis-artis tempatan yang berbakat, termasuk Wan Muhammad Huzaifah dari Jepah Studio yang berasal dari Perak dan kumpulan pelukis mural berpengkalan di Perak, Lakar by Mekar, bersama pasukan berdedikasi seramai lebih daripada 20 orang.
Projek seni yang mengambil masa sebulan ini menampilkan tafsiran warisan dan budaya tempatan menerusi sentuhan moden dan berani, dengan paparan suasana komuniti, tempat menarik di Manjung serta flora dan fauna, dalam pancaran warna yang memukau menjadikan dataran ini sebagai tarikan baharu buat warga tempatan dan pengunjung dari seluruh negara.

Menyusuli usaha penambahbaikan yang terdahulu di Beruas, lukisan mural di Manjung Lama ini melambangkan satu bab yang baharu dalam kerjasama antara Vale dan Majlis Perbandaran Manjung. Ia bagi memperkukuhkan misi bersama mereka untuk mewujudkan ruang yang berfokus kepada rakyat dan bersedia untuk masa hadapan, sekali gus memperkukuh imej Manjung sebagai daerah yang ceria, berbaloi dikunjungi dan memiliki potensi sebagai destinasi pelancongan pilihan.
Lebih daripada sekadar usaha mencantikkan kawasan, inisiatif ini juga menggalakkan komuniti untuk mendekati dan menghargai warisan tempatan serta menyumbang ke arah pembentukan ruang komuniti yang mesra, berdaya saing sejajar dengan aspirasi Perak Sejahtera 2030.
Kandungan ini disediakan oleh Vale Malaysia Minerals.
Tulisan ini tidak semestinya mencerminkan pendirian rasmi Malaysiakini.
Berminat untuk menyiarkan pengumuman anda di Malaysiakini? Hubungi kami di [email protected] atau WhatsApp di talian +60 17-323 0707 untuk sebarang pertanyaan.
