Paling Popular
Terkini
mk-logo
Pengumuman
Pastikan Perkhidmatan Telekomunikasi DUN Ayer Kuning Tahap Memuaskan
Diterbitkan:  Apr 14, 2025 4:10 PM
Dikemaskini: 8:10 AM

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) mengarahkan semua penyedia perkhidmatan telekomunikasi untuk menyediakan beberapa langkah proaktif bagi memastikan perkhidmatan telekomunikasi di kawasan DUN Ayer Kuning dan lokasi tumpuan Pilihan Raya Kecil (PRK) berada pada tahap memuaskan. 

Susulan itu, MCMC berkata, setakat enam petang semalam, CelcomDigi, Maxis, Telekom Malaysia, U Mobile dan YTL telah mengemukakan beberapa pelan tindakan terkini yang ditambah baik bagi memastikan perkhidmatan yang lebih stabil dan menyeluruh.

“Antara kawasan terbabit adalah Pusat Penamaan Calon di Dewan Merdeka Tapah, Pusat Media di Pejabat Penerangan Daerah (PPD) Batang Padang, Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Air Kuning dan NADI PPR Sri Bidor serta 21 Pusat Mengundi di sekitar DUN Ayer Kuning,” katanya dalam kenyataan.

Tindakan itu diambil susulan teguran Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil terhadap liputan internet dan telekomunikasi yang lemah di 27 lokasi dalam kawasan DUN tersebut.

Pada masa sama, MCMC turut membuka kaunter aduan di Pejabat Penerangan Daerah (PPD) Batang Padang, Tapah dari 12 hingga 26 April yang beroperasi selama 12 jam bermula 9.00 pagi untuk menerima sebarang aduan berhubung telekomunikasi, pos dan isu lain di bawah bidang kuasa MCMC.

MCMC juga akan terus memantau prestasi liputan secara harian dan menyalurkan aduan baharu terus kepada penyedia perkhidmatan untuk tindakan segera.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS