ADS
Paling Popular
Terkini
mk-logo
Pengumuman
IJM Land Perkukuh Ikatan Komuniti dengan Bantuan Ramadan untuk Keluarga yang Memerlukan
Diterbitkan:  Mar 21, 2025 5:56 PM
Dikemaskini: 9:56 AM

Sempena dengan bulan Ramadan yang penuh keberkatan, IJM Land meneruskan komitmennya terhadap tanggungjawab sosial melalui Program Mesra Ramadan tahunannya. Inisiatif ini bertujuan meringankan beban kewangan keluarga yang kurang bernasib baik agar mereka dapat menjalani ibadah puasa dan membuat persiapan Hari Raya dengan lebih tenang.

Tahun ini, IJM Land menghulurkan bantuan kepada enam keluarga yang memerlukan dengan menyediakan barangan keperluan asas bernilai RM600 — termasuk beras, minyak masak, tepung, dan biskut — serta Duit Raya sebanyak RM1,000. Sumbangan ini mencerminkan komitmen IJM Land dalam memupuk semangat kebersamaan dan memastikan kesempitan kewangan tidak menjejaskan kegembiraan musim perayaan.

Datuk Chai Kian Soon, Ketua Pegawai Operasi IJM Land Berhad, menekankan bahawa tanggungjawab syarikat bukan sahaja tertumpu kepada pembangunan hartanah, tetapi juga dalam membentuk komuniti yang prihatin dan bersatu. “Di IJM Land, kami percaya bahawa sebuah kediaman bukan sekadar empat dinding — ia merupakan tempat di mana wujudnya kemesraan, kebersamaan, dan semangat kekitaan yang sebenar.”

“Melalui Program Mesra Ramadan, kami bukan sahaja menyalurkan bantuan kewangan, tetapi juga memastikan setiap keluarga, tanpa mengira latar belakang, dapat menikmati kemeriahan musim perayaan ini. Komitmen kami melangkaui aspek pembangunan; ia adalah tentang meninggalkan kesan yang bermakna dalam kehidupan masyarakat di sekeliling kami,” kata Datuk Chai.

ADS

Antara penerima bantuan tahun ini ialah Marjuliana binti Mahros, seorang ibu tunggal berusia 45 tahun yang berusaha menyara enam orang anak melalui perniagaan kecil dari rumah selepas pemergian suaminya. Begitu juga dengan Azila binti Abdul Hamid, 43 tahun, seorang balu yang bekerja sebagai pembersih sambil mengusahakan perniagaan makanan kecil-kecilan demi menyara empat orang anaknya.

Mimiartika binti Miskam, 45, dan Norlia binti Pawi, 42, bergelut dengan pendapatan yang tidak menentu sambil menyara keluarga mereka, tanpa bantuan kewangan yang mencukupi. Nurul Huda binti Abdul Azis, seorang pekerja pembersihan hotel berusia 41 tahun, menjaga dua orang anaknya, yang salah seorang daripadanya menghidap autisme, sementara suaminya bekerja di luar daerah dan hanya pulang pada hujung minggu. Sementara itu, Mainozaifah binti Mohd Nor, seorang suri rumah berusia 34 tahun, bergantung sepenuhnya pada pendapatan suaminya sebagai pemandu van sekolah untuk menyara enam orang anak mereka, termasuk seorang bayi.

Menerusi Program Mesra Ramadan, IJM Land berharap dapat meringankan beban keluarga yang  memerlukan agar mereka dapat menyambut Ramadan dengan lebih bermakna.

“Ramadan adalah masa untuk bermuhasabah, memperkukuh perpaduan, dan mengamalkan sifat memberi, dan kami ingin memastikan bahawa keluarga yang menghadapi kesukaran kewangan tidak merasa tersisih. Melalui inisiatif ini, kami berharap dapat membawa kelegaan dan kegembiraan supaya mereka berpeluang menyambut Hari Raya dengan hati yang tenang,” kata Datuk Chai.

Sejak tahun 2018, Program Mesra Ramadan telah menjadi tradisi tahunan selain inisiatif lain anjuran syarikat seperti Deepavali Charity Cheer dan Chinese New Year Charity Programme.  Usaha ini adalah bukti komitmen berterusan IJM Land dalam menyokong komuniti setempat.

Untuk maklumat lanjut mengenai inisiatif ini, sila layari http://seremban2.ijmland.com/.


Kandungan ini disediakan oleh SLPR.

Pandangan yang dinyatakan di sini adalah pandangan penulis/penyumbang dan tidak semestinya mewakili pandangan Malaysiakini.

Berminat untuk mendapatkan kenyataan akhbar, wawancara eksklusif atau artikel kandungan berjenama anda di Malaysiakini? Untuk maklumat lanjut, hubungi advertise@malaysiakini.com atau advertise@fgmedia.my


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS
ADS
ADS