KPJ Healthcare Berhad terus mengorak langkah baru dalam mengukuhkan komitmen untuk memajukan penjagaan berpusatkan pesakit dan pembedahan berketepatan tinggi, apabila Johor Specialist Hospital (“JSH”) berjaya menlaksanakan prosedur pertama menggunakan teknologi pembedahan bantuan robotik pada 8 Mac 2025.
Gambar di atas: Dr. Sharifah Shahirah Syed Hashim, Pakar Perunding Obstetrik dan Ginekologi, bersama pasukan pembedahan selepas berjaya menyelesaikan prosedur.
Prosedur yang menggunakan sistem pembedhaan Da Vinci Xi telah dikendalikan oleh Pakar Obstetrik dan Ginekologi, Dr. Sharifah Shahirah Syed Hashim, menandakan era baru dalam pembedahan invasif minimum di JSH.
Pencapaian ini merupakan yang pertama dalam rangkaian hospital KPJ Healthcare di negeri Johor, sekaligus membuktikan komitmen KPJ Healthcare dalam mengintegrasikan teknologi pembedahan canggih bagi meningkatkan hasil dan pengalaman pesakit. Tahun lepas, Hospital Pakar Damansara 2 menjadi hospital pertama dalam rangkaian KPJ healthcare yang memperkenalkan sistem pembedahan Da Vinci Xi. Sejak itu, KPJ Healthcare telah mengembangkan penggunaan teknologi perubatan berasaskan Kecerdasan Buatan (AI) di kesemua 29 hospital swasta mereka, sekaligus memacu kemajuan dalam perubatan ketepatan dan penjagaan pesakit.
Presiden dan Pengarah Urusan KPJ Healthcare, Chin Keat Chyuan, berkata, “Selaras dengan matlamat Care for Life, kami di KPJ Healthcare sentiasa meneroka kemajuan dalam bidang AI dan inovasi untuk meningkatkan penjagaan pesakit. Selain itu, pengenalan ‘KPJ Health System’ yang kini menjadi rangka utama kami telah menetapkan penanda aras baharu dalam penjagaan kesihatan swasta. Matlamat utama kami adalah untuk memastikan pesakit mendapat manfaat daripada kemajuan ini. Saya berbangga dengan pencapaian ini yang juga merupakan satu langkah penting di Johor dalam memperkenalkan pembedahan robotik. Teknologi ini membolehkan kami untuk melakukan prosedur yang rumit dengan lebih tepat sambil menawarkan pesakit pilihan rawatan yang kurang invasif untuk penyembuhan yang lebih baik.
Sistem robotik ini menawarkan ketepatan pembedahan yang lebih tinggi, pergerakan yang lebih fleksibel dan visual 3D berdefinisi tinggi, membenarkan potongan lebih kecil, mengurangkan trauma tisu dan pemulihan selepas pembedahan yang lebih baik. Berbanding dengan pembedahan konvensional, prosedur bantuan robotik ini akan menginap di hospital yang lebih singkat, mengurangkan sakit dan merendahkan risiko pembedahan.

Teknik bantuan robotik ini banyak digunakan dalam pembedahan ginekologi, urologi, dan pembedahan am yang membenarkan pengawalan dan ketepatan yang tinggi, terutamanya untuk prosedur rumit. Alat robotik yang canggih ini meniru pergerakan tangan dengan kestabilan yang lebih tinggi, sekali gus menyokong pendekatan pembedahan yang lebih halus untuk menambah baik keselamatan dan pemulihan pesakit.
Dr. Sharifah Shahirah yang mengendalikan prosedur tersebut berkata, “Saya amat berbesar hati kerana telah diberi peluang untuk menjadi pakar bedah robotik pertama di Hospital Pakar Johor. Saya percaya bahawa kemajuan ini akan memberi manfaat yang signifikan kepada pesakit kami dengan meningkatkan ketepatan pembedahan dan kadar pemulihan yang lebih cepat. Dalam kes pertama ini, pembedahan berjalan lancar tanpa sebarang masalah. Pesakit kami telah membuat pemulihan yang sangat cepat dengan kehilangan darah yang minimum dan kesakitan pasca operasi yang ringan. Dala masa yang sama, beliau juga akan melakukan haji pada tahun ini dan pemulihan yang cepat pastinya akan membantu beliau dalam persiapan menunaikan ibadah haji. Memandang ke depan, saya berharap dapat menawarkan perkhidmatan unik ini kepada lebih ramai pesakit kami dan ini akan menjadi legasi KPJ untuk kesihatan wanita".

Pembedahan robotik kini tersedia di Hospital Pakar Johor bagi rawatan ginekologi, urologi dan pembedahan am. Antara prosedur yang dijalankan menggunakan teknologi robotik adalah histerektomi, miomektomi, pembedahan endometriosis, rawatan kanser prostat, serta pembaikan hernia.
Pengenalan pembedahan robotik di JSH merupakan sebahagian daripada strategi jangka panjang KPJ Healthcare untuk memperluaskan akses kepada rawatan perubatan berkualiti tinggi melalui inovasi dan kepakaran. Selaras dengan misi KPJ Health System - We Heal, We Teach, We Discover, KPJ Healthcare terus melabur dalam teknologi perubatan, penyelidikan dan pendidikan, bagi memastikan pesakit menerima penjagaan kesihatan terbaik serta memacu kemajuan dalam industri perubatan.
Kandungan ini disediakan oleh KPJ Healthcare Berhad.
Tulisan ini tidak semestinya mencerminkan pendirian rasmi Malaysiakini.
Berminat untuk menyiarkan pengumuman anda di Malaysiakini? Hubungi kami di membership@malaysiakini.com atau WhatsApp di talian +60 17-323 0707 untuk sebarang pertanyaan.