Shopee Malaysia baru-baru ini melancarkan Kempen Tani, satu inisiatif yang direka untuk memperkasakan petani tempatan, agropreneur, dan pengeluar dengan alat, latihan, dan sumber perniagaan yang diperlukan untuk berjaya dalam ekonomi digital, sambil menghubungkan produk mereka dengan pembeli secara langsung. Melalui kempen ini, Shopee ingin meningkatkan rantai nilai produk agrofood, meningkatkan pendapatan pengeluar makanan, dan menggalakkan pengguna untuk membeli terus dari agropreneur tempatan, seterusnya memupuk masa depan yang lebih mampan dan inklusif untuk industri ini.
Program Kempen Tani menyaksikan hampir 100 penjual menghadiri bengkel yang dikendalikan oleh jurulatih ShopeeXpert bertauliah. Bengkel ini memberi tumpuan kepada ilmu tips untuk meningkatkan trafik penonton dan jualan melalui platform berstrim langsung Shopee. Sementara itu, pasukan ShopeeUni membawakan latihan tentang penyediaan kedai, senarai SKU, dan pengoptimuman senarai produk untuk meningkatkan keterlihatan dalam talian dan prestasi jualan. Strim langsung turut diadakan semasa hari bengkel ini yang di mana beberapa agropreneur mempamerkan produk mereka kepada lebih daripada 110,000 penonton di seluruh negara, menghasilkan peningkatan pesanan sebanyak 9 kali ganda berbanding hari biasa semasa bulan November.
Nanakamalbiz Masuk Dunia Dalam Talian
Salah satu peserta yang menonjol adalah Nanakamalbiz, perniagaan makanan ringan tradisional dari Kota Tinggi, Johor, yang diasaskan oleh Nur Rahilla Binti Mohamad Kamal. Sejak 2016, perniagaan Rahilla bergantung kepada pelanggan walk-in dan pemasaran mulut ke mulut untuk menjual makanan buatan tangan mereka. Walau bagaimanapun, apabila tabiat pengguna beralih ke membeli-belah dalam talian, Rahilla menyedari keperluan untuk mengadaptasi. Meskipun baru dalam e-dagang, beliau menyertai Shopee untuk memastikan kelangsungan perniagaannya dan mencapai lebih banyak pelanggan.
"Peralihan dari luar talian ke dalam talian adalah satu cabaran besar, tetapi ia menjadi sangat menarik apabila saya melihat potensi yang ada," kata Rahilla. Melalui Kempen Tani, beliau menerima panduan praktikal mengenai cara penyediaan kedai dan pengoptimuman senarai produknya. Kempen ini juga memperkenalkan beliau kepada alat perniagaan Shopee yang mempermudahkan hal logistik dan pengurusan pelanggan. "Sebelum ini, kami akan menghantar pesanan melalui bas atau bergantung pada pelanggan untuk mengambilnya. Shopee menyelaraskan semuanya untuk kami," jelasnya.
Papan pemuka analitik Shopee terbukti sangat berguna buat Rahilla yang boleh menjejaki trend jualan, mengenal pasti produk terlaris, dan merancang inventori dengan lebih cekap. Ciri-ciri seperti baucar diskaun dan penghantaran percuma membolehkan beliau menarik pelanggan dari seluruh Malaysia, termasuk Sabah. "Shopee memberi saya keyakinan untuk berkembang dalam pasaran yang kompetitif," katanya apabila ditanya bagaimana Kempen Tani membantunya dalam ekonomi digital.
Dari Gerai Buah ke Kejayaan Dalam Talian dengan Kempen Tani
Di Bidor, Perak, Madam Lai Nyuk Ling dari JK BISCUITS berjaya mengubah perniagaan buahnya melalui e-dagang. Pada mulanya bergantung kepada gerai buah untuk pendapatan, Madam Lai tidak pernah membayangkan guava dan buah naga miliknya akan dihantar sehingga ke Sabah dan Sarawak.
"Saya ingin mencuba sesuatu yang baru, dan apabila pesanan mula masuk, saya seperti tidak percaya betapa cepatnya perniagaan boleh berkembang," kongsi beliau. Menyertai kempen Shopee, termasuk Jualan 11.11, menjadi titik perubahan di mana beliau memperoleh pendapatan RM4,000 dalam satu hari—satu pencapaian yang meningkatkan keyakinannya dalam e-dagang.
Dengan Kempen Tani, penjual seperti Madam Lai telah memperoleh ilmu dan alat perniagaan untuk meningkatkan prestasi perniagaan mereka. Shopee Live, misalnya, membolehkan beliau mempamerkan proses pembungkusan buahnya yang mewujudkan kepercayaan dan ketelusan dengan pelanggan. "Mereka tahu apa yang mereka dapat," jelasnya. Beliau kini juga dapat menghantar buah-buahan segar ke seluruh negara melalui sistem logistik Shopee dan memberi inspirasi kepada orang lain dalam komunitinya untuk meneroka peluang yang ditawarkan oleh e-dagang dan Kempen Tani.
Menghubungkan Pengeluar Luar Bandar dengan Pengguna Seluruh Negara
Dari Kota Bharu, Kelantan, Corndog Anak Ramai adalah contoh terbaik bagaimana Kempen Tani membantu perniagaan luar bandar berkembang dalam ekonomi digital. Ditubuhkan pada tahun 2020 oleh Wan Muhamad Biruni Bin Wan Jamaluddin, perniagaan keluarga ini pada mulanya menjual corndough beku buatan sendiri kepada rangkaian tempatan kecil. Untuk memajukan perniagaannya ke skala yang lebih besar menjadi cabaran kerana akses pasaran yang terhad dan halangan logistik.
Pada 2021, Wan yang tidak mempunyai pengalaman dalam e-dagang menyertai Shopee, "Pada mulanya, ia terasa seperti langkah besar, tetapi dengan sokongan Shopee, jenama kami lebih menyerlah dan disediakan dengan alat perniagaan penting yang kami perlukan untuk berkembang,” katanya. Dengan ciri-ciri seperti Shopee Live dan baucar, Corndog Anak Ramai memperluas jangkauannya ke isi rumah bandar di Selangor, Johor, dan Kuala Lumpur. Sesi strim langsung terbukti sangat berkesan, membantu jenama ini berhubung dengan pelanggan baharu dan meningkatkan penglibatan pelanggan.
Untuk memastikan kualiti produk, Wan melabur dalam pembungkusan premium dan peti ais yang lebih berkualiti untuk produk beku. Program Shopee Affiliate mempercepatkan pertumbuhannya, dengan seorang Affiliate dapat menjana lebih daripada 1,000 pesanan dalam tempoh tiga bulan. "Menjadi sebahagian daripada ekonomi digital Malaysia melalui Kempen Tani adalah satu kebanggaan bagi kami. Ini bukan sekadar menjual makanan beku—ia tentang mencipta peluang untuk keluarga dan komuniti kami," tambah Wan.
Membina Masa Depan yang Mampan dan Inklusif
"Agropreneur adalah teras sektor pertanian Malaysia, dan daya tahan serta inovasi mereka terus memberi inspirasi kepada kami," kata Tan Ming Kit, Ketua Pemasaran dan Pengurusan Data di Shopee Malaysia. "Melalui Kempen Tani, Shopee ingin terus memperkasakan lebih banyak agropreneur dengan program latihan yang diperibadikan, kempen berinovatif, dan insentif bernilai seperti Shopee Coins dan baucar untuk meningkatkan keterlihatan jenama dalam talian mereka. Inisiatif ini bukan sahaja mewujudkan peluang untuk mereka bersinar tetapi juga menyumbang kepada pembentukan masa depan yang lebih mampan dan inklusif untuk industri ini. Kami merancang untuk memperkenalkan lebih banyak sokongan dan sumber yang disasarkan untuk agropreneur dalam beberapa bulan akan datang bagi mempertingkatkan keterlihatan mereka dan membantu mereka mencapai kejayaan yang lebih baik."
Pengguna boleh menyokong pengeluar tempatan dengan membeli produk mereka melalui laman web mikro Kempen Tani di Shopee, di mana pengguna juga boleh menebus baucar eksklusif untuk menikmati penjimatan yang lebih hebat. Dengan kemudahan penghantaran dari ladang ke pintu, kempen ini mendekatkan jurang antara pengeluar luar bandar dengan pengguna bandar, memastikan bahawa manfaat ekonomi digital sampai ke setiap penjuru Malaysia. Untuk maklumat lanjut, lawati Kempen Tani Shopee.
Kandungan ini disediakan oleh Shopee.
Pandangan yang dinyatakan di sini adalah pandangan penulis/penyumbang dan tidak semestinya mewakili pandangan Malaysiakini.
Berminat untuk mendapatkan kenyataan akhbar, wawancara eksklusif atau artikel kandungan berjenama anda di Malaysiakini? Untuk maklumat lanjut, hubungi [email protected] atau [email protected]