Paling Popular
Terkini
mk-logo
Pengumuman
Penjual dan Jenama Tempatan Baharu Capai Peningkatan Jualan 30 Kali Ganda semasa Shopee 12.12 Jualan Hari Jadi
Diterbitkan:  Dec 16, 2024 12:21 PM
Dikemaskini: 4:21 AM

KUALA LUMPUR, 16 Disember 2024 - Penjual dan jenama tempatan cemerlang semasa kempen Shopee 12.12 Jualan Hari Jadi, dengan mereka yang pertama kali mengambil bahagian dalam kempen ini mencapai peningkatan hebat jualan sebanyak 30 kali ganda berbanding hari biasa. Pertumbuhan hebat ini mencerminkan dedikasi mereka untuk memenuhi keperluan pelanggan, dengan memanfaatkan sepenuhnya pelbagai ciri perniagaan Shopee—termasuk Shopee Live, Shopee Affiliate, baucar, dan banyak lagi—untuk meningkatkan keterlibatan berhubung dengan pembeli di seluruh negara.

Jenama tempatan kegemaran rakyat Malaysia seperti Dr. Cardin, ELGINI MALAYSIA, Indah Pesona Concept Store, Panda Eyes Official Store, dan Popi Official Store, adalah antara yang menerima pesanan tertinggi daripada sesi strim langsung mereka. Shopee Affiliate juga meningkatkan keterlihatan penjual, memacu 1 dalam 4 pesanan untuk perniagaan tempatan, termasuk allblue5367, HYGR, dan Panna Lab. Mereka juga memuat naik lebih daripada 1 juta Shopee Video, yang secara signifikan meningkatkan keterlihatan penjual tempatan.

Rakyat Malaysia menikmati penjimatan hebat sepanjang kempen dengan penjimatan lebih RM400 juta dicapai melalui program Dijamin Harga Terendah Shopee. Selain itu, lebih 51 juta Syiling Shopee telah ditebus di Shopee Live yang mengetengahkan penglibatan dan nilai hebat yang dapat dinikmati pengguna semasa sesi strim langsung.

Permintaan pelanggan merangkumi pelbagai kategori produk yang mencerminkan keupayaan Shopee untuk memenuhi keperluan dan kehendak rakyat Malaysia. Kategori Kecantikan & Kesihatan (Penjagaan Kulit), Rumah & Gaya Hidup, dan Barangan Runcit & Haiwan Peliharaan muncul sebagai kategori terbaik semasa 12.12 yang menekankan kepelbagaian produk yang tersedia untuk pembeli. Kata kunci carian popular termasuk sandal wanita, powerbank, baju kurung, sarung iPhone, dan blaus wanita, manakala barangan yang banyak dibeli merangkumi jersi Muslimah, asas solekan, tisu muka, dan daging dendeng yang siap untuk dimakan (ready to eat).

“Dalam kita meraikan ulang tahun Shopee yang ke-9, kejayaan kempen 12.12 ini membawa kesan bermakna untuk menutup tahun ini. Ianya mencerminkan komitmen kami untuk memperkasa perniagaan tempatan dan membawakan pengalaman membeli-belah yang hebat buat pelanggan. Kejayaan tahun ini adalah bukti dedikasi penjual, ahli Shopee Affiliate yang menjana penglibatan, dan kepercayaan pelanggan kami. Kami teruja untuk tahun ke-10 kami yang akan datang, di mana terdapat banyak program dan aktiviti menarik yang sedang kami rancang. Kami sangat menghargai sokongan semua pihak yang terlibat dan komited untuk terus bertumbuh dan berjaya bersama,” kata Tan Ming Kit, Ketua Pemasaran & Pengurusan Data di Shopee Malaysia.

Kempen 12.12 ini mengetahkan peranan Shopee dalam menyokong perniagaan tempatan dan menghubungkan mereka dengan pembeli di seluruh Malaysia. Selain Lembah Klang, bandar-bandar seperti Johor Bahru, Kinta, Seremban, Kuantan, dan Kota Bharu merupakan antara penyumbang utama dari segi pesanan yang mencerminkan komitmen Shopee untuk mencapai dan memberikan khidmat terbaik buat rakyat Malaysia. 


Kandungan ini disediakan oleh Shopee.

Pandangan yang dinyatakan di sini adalah pandangan penulis/penyumbang dan tidak semestinya mewakili pandangan Malaysiakini.

Berminat untuk mendapatkan kenyataan akhbar, wawancara eksklusif atau artikel kandungan berjenama anda di Malaysiakini? Untuk maklumat lanjut, hubungi [email protected] atau [email protected]


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS