KPJ Healthcare Berhad (“KPJ Healthcare” atau “Kumpulan”) telah mencapai satu lagi kejayaan besar dalam kecemerlangan modal insan dengan memenangi tiga anugerah berprestij yang mengukuhkan kedudukannya sebagai majikan terkemuka dalam industri penjagaan kesihatan Malaysia.
Kumpulan telah diiktiraf di Graduates’ Choice Award, HR Asia Best Companies to Work for di HR Asia Awards dan 24th Malaysia-International HR Awards 2024. Penghargaan ini menyerlahkan dedikasi KPJ Healthcare dalam membangunkan bakat, mencipta budaya tempat kerja yang positif dan memajukan amalan sumber manusia yang terbaik.
Chin Keat Chyuan, Presiden dan Pengarah Urusan KPJ Healthcare berkata, “Anugerah ini merupakan satu pengiktirafan kukuh bagi komitmen KPJ Healthcare terhadap nilai bersama C.A.R.E kami yang mewakili Komitmen, Akauntabiliti, Hormat dan Cemerlang. Ia membuktikan dedikasi pekerja kami dalam memacu inovasi, menyampaikan penjagaan berkualiti tinggi, dan komitmen untuk mewujudkan tempat kerja di mana bakat boleh berkembang maju. Kami kekal fokus pada usaha menetapkan tanda aras baharu dalam kecemerlangan modal insan bagi menyokong misi kami dalam menyediakan perkhidmatan penjagaan kesihatan bertaraf dunia.”
Di Graduates’ Choice Award 2025, KPJ Healthcare telah dinobatkan sebagai Juara dalam kategori Penjagaan Kesihatan (Hospital). Pengiktirafan ini, yang ditentukan oleh pelajar universiti di seluruh Malaysia, mencerminkan keupayaan Kumpulan untuk menarik perhatian bakat muda serta penjajarannya dengan aspirasi generasi tenaga kerja yang baharu.
KPJ Healthcare juga berjaya disenaraikan sebagai salah satu Syarikat Terbaik untuk Bekerja di Asia 2024 di HR Asia Awards. Berdasarkan maklum balas langsung daripada pekerja, anugerah ini mengiktiraf kejayaan Kumpulan dalam membina persekitaran kerja yang inklusif, menyokong dan memperkasa yang menjana kepuasan serta penglibatan pekerja yang tinggi.
Di 24th Malaysia-International HR Awards 2024, Hospital Pakar KPJ Klang dan Hospital Pakar KPJ Kajang telah dianugerahkan pingat Emas untuk kategori Majikan Pilihan (Sektor Swasta). Renuga Muniandy, Ketua Pegawai Eksekutif Hospital Pakar KPJ Pulau Pinang dan Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif Wilayah Utara & Pantai Timur, turut mengharumkan nama KPJ Healthcare dengan apabila beliau menerima pengiktirafan Anugerah HR Champion yang berprestij atas kepimpinan cemerlang beliau dalam inovasi modal insan.
Pencapaian ini mengukuhkan lagi kedudukan KPJ Healthcare sebagai majikan pilihan yang dipercayai dan peneraju dalam pengurusan sumber manusia penjagaan kesihatan. Dengan memberi keutamaan kepada pembangunan bakat, inklusiviti dan strategi sumber manusia yang inovatif, KPJ Healthcare terus menarik serta mengekalkan bakat terbaik, sekali gus memberikan perkhidmatan penjagaan kesihatan yang cemerlang di serata Malaysia.
Kandungan ini disediakan oleh KPJ Healthcare Berhad.
Tulisan ini tidak semestinya mencerminkan pendirian rasmi Malaysiakini.
Berminat untuk menyiarkan pengumuman anda di Malaysiakini? Hubungi kami di [email protected] atau WhatsApp di talian +60 17-323 0707 untuk sebarang pertanyaan.