Paling Popular
Terkini
mk-logo
Pengumuman
Burger Prosperity, Kini Kembali Di McDonald’s Malaysia Untuk Kali Ke-30!
Diterbitkan:  Dec 4, 2024 8:19 PM
Dikemaskini: 12:25 PM

Setiap tahun, Burger Prosperity sentiasa menjadi hidangan yang dinantikan ramai pelanggan McDonald’s Malaysia. 

Kebiasaannya, Burger Prosperity kembali menjelang perayaan Tahun Baru Cina, melambangkan kemakmuran, keluarga, persahabatan, dan detik-detik dikongsi bersama.

Sejak diperkenalkan pada tahun 1994 yang dicipta di Malaysia, Burger Prosperity dengan sos lada hitamnya telah berkembang daripada inovasi tempatan menjadi tradisi tahunan yang penuh nostalgia. Kini, ia bukan sahaja menjadi kegemaran di Malaysia tetapi juga dinikmati di seluruh Asia.

Naib Presiden dan Ketua Pegawai Pemasaran, McDonald’s Malaysia Melati Abdul Hai berkata, Burger Prosperity merupakan hidangan yang sudah sinonim dengan rakyat Malaysia.

“Hidangan ini lebih daripada sekadar burger, ia mewakili 30 tahun kenangan, tradisi keluarga, dan kegembiraan bersama rakyat Malaysia,” katanya ketika berucap pada Majlis Pelancaran Burger Prosperity di McDonald’s Bukit Bintang.

Turut hadir pada pelancaran itu adalah Pengarah Urusan dan Rakan Operasi Tempatan McDonald's Malaysia, Datuk Azmir Jaafar.

Apa yang membuatkan Prosperity Burger jadi kegemaran ramai orang?

Keistimewaan burger ini terletak kepada sos lada hitam yang pekat dan beraroma, memberikan gabungan pedas dan manis yang sempurna. Selain daripada sos, bawang holland segar yang digunakan turut membangkitkan lagi aromanya. Terdapat dua pilihan daging untuk anda pilih iaitu daging lembu ataupun daging ayam.

McDonald’s Malaysia Lancar Filem #ProsperityKu

“Melalui filem yang menyentuh hati ini, kami berharap dapat mengingatkan rakyat Malaysia bahawa detik yang benar-benar penting adalah saat yang kami kongsikan dengan orang tersayang," katanya.

Filem ProsperityKu kini telah disiarkan di semua platform media sosial McDonald’s Malaysia. Sebelum pelancaran rasminya, rakyat Malaysia berpeluang menikmati hidangan eksklusif melalui penghantaran GrabFood dari 29 November hingga 1 Disember.

30 GrabCar berarak pada pelancaran Burger Prosperity

Pelancaran Burger Prosperity di McDonald’s Bukit Bintang mencipta sejarah apabila berjaya mengumpulkan 30 GrabCar berarak dengan replika beg kertas McDonald’s di atas bumbung.

Bukan setakat itu sahaja, media dan tetamu yang hadir juga teruja dengan filem rasmi burger tersebut, yang menampilkan lagu popular "Iris" nyanyian Datuk Awie yang telah digubah semula.

Kerjasama istimewa McDonald’s Malaysia dan GrabFood diharap dapat menambahkan lagi keterujaan kemunculan semula burger kesayangan ramai ini.

Tonton filem jenama ProsperityKu dan imbas kembali kenangan terindah yang dikongsi bersama Burger Prosperity dengan melayari: https://youtu.be/cVb7fmo8RNw.


Pandangan yang dinyatakan di sini adalah pandangan penulis/penyumbang dan tidak semestinya mewakili pandangan Malaysiakini.

Berminat untuk mendapatkan kenyataan akhbar, wawancara eksklusif atau artikel kandungan berjenama anda di Malaysiakini? Untuk maklumat lanjut, hubungi [email protected] atau [email protected].


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS