Paling Popular
Terkini
mk-logo
Pengumuman
Alliance Bank komited terhadap penyebaran celik kewangan melalui Program Cabaran AEIOU edisi ketujuh
Diterbitkan:  Nov 26, 2024 10:06 AM
Dikemaskini: 2:22 AM

Alliance Bank Malaysia Berhad (Alliance Bank) terus mengukuhkan komitmennya terhadap penyebaran celik kewangan dalam kalangan murid sekolah melalui Program Cabaran AEIOU edisi ketujuh tahun ini. Inisiatif ini menerima penyertaan hampir 40,000 murid sekolah di Malaysia berumur sembilan hingga dua belas tahun menerusi penganjuran bengkel secara fizikal dan maya.

Program Cabaran AEIOU, yang diiktiraf oleh Kementerian Pendidikan Malaysia dan disokong oleh Bank Negara Malaysia, bertujuan memupuk kemahiran kewangan dalam kalangan anak muda Malaysia. Sejak dilancarkan, program ini telah mencatatkan penyertaan seramai 79,825 orang, jauh melebihi sasaran asal sebanyak 4,825 penyertaan.

Seramai 40 orang finalis berbakat dari seluruh Malaysia telah mara ke pusingan akhir untuk menonjolkan pengetahuan kewangan mereka melalui Cabaran AEIOU bertemakan “Spot the Scams: Be a Financial Superhero!”. Mereka bersaing hebat untuk merebut hadiah keseluruhan bernilai RM19,200.

Majlis penyampaian hadiah bagi acara kemuncak Program Cabaran AEIOU edisi ketujuh telah dirasmikan oleh Yang Berhormat Tuan Wong Kah Woh, Timbalan Menteri Pendidikan Malaysia, dengan kehadiran hampir 200 pelajar dan guru.

Dana Dahlia binti Andy Zulkarnaen dari SK St. Francis Convent, Sabah, dinobatkan sebagai juara Cabaran Komik. Beliau membawa pulang hadiah wang tunai RM5,000, trofi, hamper Faber-Castell, serta sijil pencapaian atas penyampaian jalan cerita menarik mengenai konsep pengurusan wang. Sementara itu, dalam Cabaran e-Permainan Kewangan AEIOU (e-Game Challenge), Jitesh Varma a/l Nookeswararao dari SK Taman Bukit Maluri, Kuala Lumpur, berjaya meraih hadiah utama berupa wang tunai RM3,000, trofi, hamper Faber-Castell, dan sijil pencapaian. Kedua-dua pemenang menjadi contoh terbaik bagaimana program ini mentransformasikan celik kewangan menjadi pengalaman pembelajaran yang menyeronokkan dan mudah diakses oleh generasi muda.

SJKC Kepong 1 dari Kuala Lumpur menerima sumbangan tunai RM3,000 kepada tabung pembangunan sekolah sebagai penghargaan atas usaha cemerlang mencapai kadar penyertaan tertinggi, dengan 1,230 penyertaan dalam kategori Cabaran Komik.

"Sebagai organisasi berteraskan komuniti, kami komited menjadi The Bank For Life dengan melahirkan individu celik kewangan yang bersedia menghadapi cabaran masa depan. Usaha ini melibatkan penerapan tabiat kewangan sihat sejak usia muda, melengkapkan pelajar dengan asas pengurusan kewangan untuk menghadapi dunia pekerjaan," kata Encik Kellee Kam, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Alliance Bank.

Beliau menambah, Alliance Bank akan terus menyokong usaha kerajaan untuk meningkatkan celik kewangan rakyat Malaysia melalui inisiatif yang bermakna dan berkesan.

Tahun ini, Program Cabaran AEIOU memperluaskan program Train-the-Trainers ke 800 sekolah, meningkat lebih 32% daripada edisi sebelumnya. Dilaksanakan secara maya, program ini melengkapkan guru dengan alat pendidikan kewangan untuk memupuk tabiat kewangan baik dalam kalangan pelajar.

Bagi edisi ini, Alliance Bank berjaya memperluaskan jangkauan Program Cabaran AEIOU ke lebih banyak sekolah di Sabah, khususnya di kawasan luar bandar, dengan sokongan Jabatan Perbendaharaan Negeri Sabah.

Hampir 200 murid dan guru hadir di acara kemuncak Cabaran AEIOU anjuran Alliance Bank

Sejak diperkenalkan pada tahun 2015, Program Cabaran AEIOU telah melibatkan lebih 180,000 pelajar sekolah rendah dalam tujuh edisi. Program ini juga menyediakan akses kepada komuniti untuk memastikan semua kanak-kanak dapat memperoleh sumber pendidikan kewangan. Pelajar boleh meneruskan pembelajaran mereka melalui aplikasi Mudah Alih AEIOU yang menyediakan video pendidikan kewangan dan komik digital.

Sumber ini menyokong objektif utama Rangka Kerja Kurikulum Sekolah 2027 Kementerian Pendidikan, yang menekankan kepentingan pembelajaran sepanjang hayat.

Setakat ini, Cabaran AEIOU secara kolektif telah menerima lebih 200,000 penyertaan melalui Cabaran Komik dan Cabaran e-Permainan, mencerminkan semangat dan kreativiti murid sekolah yang semakin berkembang.

Selain Kementerian Pendidikan, program ini yang dijayakan bersama Spark Capital Development Berhad turut mendapat sokongan daripada rakan kongsi seperti Faber-Castell dan PlayMobil Metapark. Sokongan ini membantu memperkasakan kanak-kanak dengan kemahiran celik kewangan serta menggalakkan kreativiti melalui ilustrasi komik bertema kewangan.


Pandangan yang dinyatakan di sini adalah pandangan penulis/penyumbang dan tidak semestinya mewakili pandangan Malaysiakini.

Berminat untuk mendapatkan kenyataan akhbar, wawancara eksklusif atau artikel kandungan berjenama anda di Malaysiakini? Untuk maklumat lanjut, hubungi [email protected] atau [email protected].


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS