KPJ Healthcare Berhad ("KPJ Healthcare" atau "Kumpulan") memperkukuhkan komitmennya terhadap penjagaan kesihatan hijau melalui pelancaran Polisi Kelestarian baharu yang bertujuan melaksanakan tanggungjawab terhadap alam sekitar di 29 rangkaian hospitalnya. Polisi ini, yang diperkenalkan semasa majlis Sustainability Day 2024 memberi tumpuan kepada pengurangan impak alam sekitar melalui tenaga boleh diperbaharui, kecekapan tenaga, pengurusan sisa dan piawaian bangunan hijau, sejajar dengan matlamat Malaysia untuk mencapai pelepasan sifar bersih menjelang 2050.
[DARI KIRI] Saravanan Desigamanie, Ketua Kumpulan Kelestarian KPJ Healthcare, Chin Keat Chyuan, Presiden dan Pengarah Urusan KPJ Healthcare, Tan Sri Dato' Sri Dr. Ismail Bin Bakar, Pengerusi KPJ Healthcare dan Mohamed Ridza Mohamed Abdulla, Pengerusi Jawatankuasa Risiko, Kelestarian dan Tadbir Urus KPJ Healthcare semasa pelancaran Polisi Kelestarian.
Bagi menyokong usaha ini, Damansara Specialist Hospital 2 (“DSH2”) menjadi hospital pertama dalam rangkaian KPJ yang menerima pensijilan Indeks Bangunan Hijau (“GBI”). Pensijilan GBI ini mengiktiraf DSH2 sebagai hospital bertaraf tinggi dalam kecekapan tenaga, perancangan tapak bangunan yang lestari dan kualiti persekitaran dalaman, sekaligus menjadi contoh bagi hospital pakar KPJ yang lain.
Tan Sri Dato’ Sri Dr. Ismail Bakar, Pengerusi KPJ Healthcare menekankan kepentingan polisi ini, "Dasar yang dirangka dalam Polisi Kelestarian ini akan menggalakkan amalan kemampanan yang baik bagi setiap proses dan garis panduan operasi kami, bagi membantu mengurangkan impak alam sekitar sambil mengekalkan standard tertinggi dalam penjagaan kesihatan. Dengan penarafan GBI yang diberikan kepada DSH2, kami menetapkan satu piawaian tanggungjawab alam sekitar sekaligus mencerminkan komitmen kami kepada komuniti."
Chin Keat Chyuan, Presiden dan Pengarah Urusan KPJ Healthcare, turut menambah, “Polisi ini merupakan rujukan utama kami dalam aspek penggunaan tenaga boleh diperbaharui, strategi pengurusan sisa dan piawaian bangunan hijau di seluruh rangkaian hospital kami. Setiap ahli KPJ Healthcare mempunyai peranan penting dalam usaha ini, demi mengukuhkan komitmen kami kepada masa depan yang lebih sihat untuk pesakit dan juga planet.”
KPJ Healthcare akan terus memperkukuh amalan kelestariannya berdasarkan polisi ini untuk meletakkan penanda aras baharu dalam penjagaan kesihatan yang bertanggungjawab terhadap alam sekitar. Melalui usaha dan inisiatif yang berterusan, KPJ berhasrat untuk menubuhkan model penjagaan kesihatan yang mengutamakan penjagaan pesakit dan tanggungjawab terhadap alam sekitar.
Kandungan ini disediakan oleh KPJ Healthcare Berhad.
Tulisan ini tidak semestinya mencerminkan pendirian rasmi Malaysiakini.
Berminat untuk menyiarkan pengumuman anda di Malaysiakini? Hubungi kami di [email protected] atau WhatsApp di talian +60 17-323 0707 untuk sebarang pertanyaan.