Shopee Superstar Awards 2024, yang telah berlangsung di The Agam Kuala Lumpur, meraikan pencapaian bakat cemerlang Malaysia dalam menyokong pertumbuhan e-dagang negara. Lebih daripada 500 hadirin, termasuk afiliasi utama Shopee dan peneraju industri, berkumpul untuk menghargai kreativiti dan semangat keusahawanan yang diserlahkan oleh para pemenang dalam memajukan pasaran digital Malaysia. Selebriti tempatan dan Duta Jenama Shopee, Dato Seri Vida dan Izzue Islam, turut mempersembahkan tarian Shopee 11.11 Jualan Hebat di pentas.
Tahun ini, Shopee Superstar Awards mengiktiraf 116 individu cemerlang dalam 20 kategori, termasuk beberapa anugerah pilihan peminat yang dipilih melalui undian awam - menampilkan afiliasi terkemuka Malaysia dalam komuniti e-dagang. Anugerah berprestij baharu, ‘Kelab 5,000,000 Ringgit Shopee Affiliate’ dan ‘Kelab 2,000,000 Ringgit Shopee Affiliate’, mengiktiraf afiliasi yang berjaya membantu perniagaan tempatan mencapai nilai jualan sehingga RM5 juta dan RM2 juta di Shopee. Kategori lain yang diraikan termasuk ‘Pencipta Baru Paling Popular’ dan ‘ Pencipta Paling Popular’ untuk kandungan fesyen, gaya hidup, elektronik, dan kecantikan.
“Shopee Superstar Awards 2024 menyerlahkan impak besar Afiliasi Shopee kepada penjual dan jenama tempatan yang memacu pertumbuhan komuniti dalam sektor dagangan dalam talian di Malaysia. Tahun ini, kami berbesar hati mengalu-alukan lebih 300,000 afiliasi baharu ke dalam ekosistem kami - peningkatan tiga kali ganda daripada tahun lalu. Dedikasi dan semangat keusahawanan para afiliasi membawa inspirasi dan diiktiraf melalui anugerah yang dimenangi mereka pada malam ini,” kata Nadia Anwar, Ketua Komunikasi Kerajaan dan Perhubungan Awam di Shopee Malaysia.
Malam anugerah ini turut memberi penghargaan kepada afiliasi terunggul Shopee yang berjaya meningkatkan jumlah pesanan bagi penjual dalam kategori fesyen (600%), kecantikan (300%), dan gaya hidup (250%) pada tahun ini sahaja. Shopee juga meraikan lebih daripada 500,000 Afiliasi Shopee dalam komuniti mereka, yang secara kolektif telah menjana lebih 90 juta pesanan untuk PMKS tempatan, penjual, dan jenama di platform pada tahun 2024. Anugerah ini mencerminkan komitmen Shopee untuk memperkasakan rakyat Malaysia agar berjaya dalam ekonomi digital, sambil menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi negara.
“Menghadiri Shopee Superstar Awards 2024 adalah satu detik istimewa bagi saya, kerana Shopee memainkan peranan besar dalam perkembangan saya sebagai seorang usahawan. Saya berbesar hati dapat berkongsi pandangan tentang penciptaan kandungan bersama komuniti, sambil melihat begitu ramai penjual dan afiliasi yang memacu ekonomi digital Malaysia. Shopee bukan sahaja menyediakan platform untuk saya mempamerkan karya, tetapi juga memperkasa saya untuk berhubung dengan khalayak yang lebih luas dan mengembangkan perniagaan,” kata Khairul Aming, usahawan, selebriti, dan pemenang Anugerah Superstar Shopee.
Nurul Syuhana, seorang peminat produk kecantikan yang kini berjaya sebagai usahawan, menyatakan rasa syukurnya apabila terpilih sebagai salah seorang pemenang anugerah ‘‘Kelab 2,000,000 Ringgit Shopee Affiliate’. Beliau berkata, “Saya menyertai Program Afiliasi Shopee setahun lalu, dan ia telah menjadi landasan penting dalam perjalanan saya. Sebagai peminat produk kecantikan, saya berpeluang berhubung dengan audiens yang sama minat di seluruh Malaysia, berkongsi minat kami terhadap produk kecantikan sambil membina perniagaan dalam talian yang berkembang maju."
Celeste Phuah yang diiktiraf sebagai salah seorang pemenang ‘Kelab 5,000,000 Ringgit Shopee Affiliate’ dan ‘Livestreamer Paling Popular’, menghargai promosi dan tawaran unik Shopee yang menjadikan pengalaman membeli-belah lebih menyeronokkan. Beliau menemui ceruknya dengan berkongsi tentang tawaran ini bersama pembeli bijak lain. “Saya sentiasa jujur dalam mengulas produk jenama tertentu. Saya berkongsi pandangan tulen mengenai kualiti produk, dan inilah cara saya membina kepercayaan dengan pengikut saya. Sebelum mempromosikan produk tajaan, saya akan mencubanya terlebih dahulu. Dengan cara ini, saya yakin produk tersebut benar-benar bermanfaat dan berbaloi,” jelasnya. Melalui penstriman langsung, Celeste kini dapat membimbing audiensnya untuk mendapatkan tawaran terbaik secara langsung, membolehkan mereka membeli-belah dengan mudah. Pemenang lain dalam anugerah ‘Kelab 5,000,000 Ringgit Shopee Affiliate’ termasuk Yap You Cheng (mamac9ama) dan Sarah (nmsrh).
Malam anugerah ini juga mengiktiraf Livestreamer Paling Popular yang telah meraih undian tertinggi untuk kandungan mereka yang menarik dan autentik. Pemenang kategori fesyen ialah Rita Zafran (ritazafran) yang memikat hati penonton dengan gaya dan kreativiti uniknya. Dalam kategori gaya hidup, Yap You Cheng (mamac9ama) dan Weshare Group (weshare.malaysia) berjaya menarik perhatian penonton melalui hubungan bermakna yang dibina. Bagi kategori elektronik, Celeste Phuah (princezleste) dan Boo Xin Yi (boolove_official) mengagumkan peminat dengan kepakaran dan pandangan mereka terhadap sesuatu produk, manakala dalam kategori kecantikan, Bell Hee Pek Wan (mamabell1987) diraikan atas minat dan pengetahuannya yang mendalam tentang barangan kecantikan. Setiap penstrim langsung ini telah memenangi hati para peminat, menempatkan diri mereka sebagai personaliti paling disayangi di Shopee Live.
“Shopee komited untuk menyokong aspirasi pempengaruh dan bakat tempatan dalam membina rangkaian afiliasi yang kukuh. Melalui pelbagai saluran seperti Shopee Live, Shopee Video, dan hantaran dalam talian, afiliasi berpeluang memaksimumkan impak dan capaian mereka. Dengan insentif tambahan 15% melalui komisen rujukan (referral) daripada rakan mereka, afiliasi mempunyai laluan yang jelas untuk meningkatkan potensi pendapatan mereka. Anugerah ini mengukuhkan komitmen Shopee terhadap inklusiviti dan pemerkasaan komuniti, membolehkan individu daripada pelbagai latar belakang untuk cemerlang dalam ekonomi digital lalu menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi Malaysia,” tambah Nadia.
Shopee Superstar Awards turut mengiktiraf personaliti terkenal seperti Ryan Bakery, Khairul Aming, Shiha Zikir, Misha Omar, dan Bella Astillah sebagai pemenang Kegemaran Ramai Shopee Live. Semasa malam anugerah, Khairul Aming berkongsi pandangan eksklusif tentang penciptaan kandungan digital dan Luqman Podolski dan Iman Troye melengkapkan malam dengan persembahan istimewa, menjadikan malam anugerah bukan sahaja menghiburkan tetapi berilmu.
Shopee turut melancarkan dokumentari kedua ‘Shopee Rai Lokal: Breaking Barriers Online’, di mana siri kedua ini menampilkan kisah inspirasi daripada empat Afiliasi Shopee yang disayangi di Malaysia: Iman Kamil, Rita Zafran, Nurul Syuhana, dan Iman Abdul Rahim. Ketahui lebih lanjut tentang kisah mereka di sini: https://bit.ly/shopeerailokal
Pada bulan November ini, sertai Shopee 11.11 Jualan Hebat dari sekarang hingga 13 November untuk menikmati Penghantaran Percuma, 90% Diskaun Dijamin Harga Terendah , dan peluang untuk memenangi baucar bernilai Shopee Live sehingga RM11 juta setiap hari: https://shopee.com.my/m/11-11
Pandangan yang dinyatakan di sini adalah pandangan penulis/penyumbang dan tidak semestinya mewakili pandangan Malaysiakini.
Berminat untuk mendapatkan kenyataan akhbar, wawancara eksklusif atau artikel kandungan berjenama anda di Malaysiakini? Untuk maklumat lanjut, hubungi [email protected] atau [email protected].