Persidangan Kesihatan Antarabangsa, Malaysia International Healthcare ("MIH") Megatrends 2024 telah melabuhkan tirainya hari ini dan berjaya menarik lebih 5,000 pengunjung termasuk profesional penjagaan kesihatan, pembuat dasar, pemimpin industri, ahli akademik, para pelajar dan orang awam yang berminat meneroka inovasi terkini dalam penjagaan kesihatan. Acara selama tiga hari yang berlangsung dari Pusat Konvensyen Kuala Lumpur ini dianjurkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (“KKM”) dengan kerjasama KPJ Healthcare serta sokongan daripada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (“MCMC”).
Gambar di atas: Chin Keat Chyuan, Presiden dan Pengarah Urusan KPJ Healthcare memberi ucapan penutup bagi persidangan antarabangsa MIH Megatrends 2024.
Persidangan tahun ini menyediakan platform untuk pelbagai pihak yang ingin melibatkan diri dalam perbincangan meliputi topik-topik kritikal penjagaan kesihatan, termasuklah kecerdasan buatan (A.I.) dan inovasi kesihatan digital. Perbincangan tersebut bakal mengukuhkan lagi kedudukan Malaysia sebagai peneraju dalam industri penjagaan kesihatan, seiring dengan persiapan negara untuk kepengerusian ASEAN pada tahun 2025.
“MIH Megatrends 2024 telah membuktikan dirinya sebagai platform penting dalam memajukan perbincangan penjagaan kesihatan. Kami amat gembira dengan sambutan yang sangat memberangsangkan, dengan jumlah 5,000 pengunjung yang hadir secara fizikal, serta hampir dua juta jumlah tontonan secara keseluruhan menerusi program MIH Megatrends Live+ kami—membuktikan bahawa capaian yang diraih bukan hanya sekadar di lokasi persidangan ini sahaja, malah turut merangkumi penonton tempatan dan antarabangsa. Saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua rakan kongsi, pempamer dan pengunjung awam yang menyumbang kepada kejayaan acara ini. Penyertaan dan kerjasama mereka benar-benar menyerlahkan potensi Malaysia dalam membentuk trend penjagaan kesihatan masa depan,” kata Chin Keat Chyuan, Presiden dan Pengarah Urusan KPJ Healthcare.
Dengan berakhirnya MIH Megatrends 2024, harapan tinggi terhadap persidangan tahun depan telah mula terbina, dengan tarikh bakal diumumkan oleh Kementerian Kesihatan tidak lama lagi. KPJ Healthcare komited untuk memperkukuh momentum ini bagi memastikan edisi-edisi akan datang terus mencerminkan perkembangan landskap penjagaan kesihatan global yang dinamik.
Kandungan ini disediakan oleh KPJ Healthcare Berhad.
Tulisan ini tidak semestinya mencerminkan pendirian rasmi Malaysiakini.
Berminat untuk menyiarkan pengumuman anda di Malaysiakini? Hubungi kami di [email protected] atau WhatsApp di talian +60 17-323 0707 untuk sebarang pertanyaan.