Paling Popular
Terkini
mk-logo
Pengumuman
Makmal Perubatan Lablink melancarkan perkhidmatan komprehensif diagnostik mikologi swasta pertama di Malaysia
Diterbitkan:  Oct 27, 2024 10:29 PM
Dikemaskini: 2:43 PM

Makmal Perubatan Lablink, penyedia terkemuka perkhidmatan diagnostik canggih, dengan berbesar mengumumkan pelancaran perkhidmatan khusus Mikologi, menjadikannya makmal rujukan swasta pertama di Malaysia dengan ujian mikologi yang menyeluruh. Penawaran baru ini menandakan langkah penting dalam komitmen Lablink untuk meningkatkan keupayaan diagnostik dan memperbaiki hasil rawatan pesakit.

Pelancaran perkhidmatan mikologi ini telah diadakan sewaktu Persidangan Kesihatan Antarabangsa Malaysia International Healthcare (MIH) Megatrends 2024 anjuran Kementerian Kesihatan Malaysia dengan Kerjasama KPJ Healthcare dan rakan strategik Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC), dengan kehadiran barisan profesional bidang kesihatan, pakar industri dan pihak berkepentingan.

Mikologi, iaitu kajian tentang kulat, adalah penting untuk mendiagnos jangkitan kulat yang semakin lazim dan boleh mengancam nyawa. Penyakit kulat menjejaskan lebih satu bilion masyarakat di seluruh dunia dan menyebabkan lebih daripada 1.5 juta kematian setiap tahun. Di Malaysia, dianggarkan 1.93% penduduk mengalami jangkitan kulat yang serius setiap tahun, bersamaan lebih 590,000 kes. Antara kes ini, kandidiasis vagina berulang adalah sangat lazim, dengan lebih 500,000 kes dilaporkan setiap tahun. Jangkitan kulat sangat berbahaya bagi individu yang imunokompromi seperti pesakit HIV/AIDS, pesakit kanser, dan mereka yang berada di unit rawatan intensif.

Iklim tropika Malaysia mewujudkan persekitaran ideal untuk kulat seperti Aspergillus, Cryptococcus, dan Histoplasma. Walaupun keperluan semakin meningkat, diagnostik mikologi agak ketinggalan berbanding dengan bidang seperti bakteriologi dan virologi, di mana banyak jangkitan kulat tidak dapat dikesan kerana limitasi diagnostik dan pemantauan terhadap ketahanan antifungal.

“Makmal Mikologi Lablink menawarkan potensi ujian mikologi yang komprehensif. Lablink sedia untuk berfungsi sebagai hub yang membekalkan akses kepada teknologi terkini dan keupayaan ujian mikologi yang komprehensif kepada pakar kesihatan,” kata Dolly Lim, Ketua Pegawai Eksekutif, Makmal Perubatan Lablink. 

Lablink kini menjadi makmal rujukan swasta pertama untuk mikologi, menawarkan perkhidmatan ujian menyeluruh termasuk kultur dan identifikasi kulat, ujian sensitiviti, diagnostik molekul, dan penjujukan generasi akan datang (NGS).

Perkhidmatan baru ini adalah sebahagian daripada misi Lablink untuk terus membangunkan dan memperkenalkan penyelesaian khusus kepada pakar kesihatan untuk melakukan diagnosis yang lebih tepat dan rawatan yang lebih bersasar.

Untuk maklumat lanjut mengenai Makmal Perubatan Lablink dan perkhidmatan mikologi terbaru, sila layari www.kpjlablink.com.


Kandungan ini disediakan oleh KPJ Healthcare Berhad.

Tulisan ini tidak semestinya mencerminkan pendirian rasmi Malaysiakini.

Berminat untuk menyiarkan pengumuman anda di Malaysiakini? Hubungi kami di [email protected] atau WhatsApp di talian +60 17-323 0707 untuk sebarang pertanyaan.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS