Paling Popular
Terkini
mk-logo
Pengumuman
MIH Megatrends Memacu Inovasi Penjagaan Kesihatan Global
Diterbitkan:  Oct 26, 2024 8:52 PM
Dikemaskini: 12:52 PM

Persidangan Kesihatan Antarabangsa Malaysia (MIH) Megatrends 2024 telah menghimpunkan lebih 3,000 penglibatan peserta yang terdiri daripada golongan profesional dalam penjagaan kesihatan, penggubal dasar dan pemimpin industri.

Disempurnakan oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim pada hari ini, perasmian tersebut menandakan langkah signifikan dalam usaha Malaysia memimpin inovasi dalam penjagaan kesihatan di peringkat global.

Acara nasional anjuran Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), dengan kerjasama KPJ Healthcare dan rakan strategik Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) akan diadakan selama tiga hari dari 25 hingga 27 Oktober 2024. 

100 Pempamer Menampilkan Teknologi Perubatan Terkini

Acara tahun ini menampilkan pempamer dan aktiviti yang membawakan perkembangan terkini dalam teknologi perubatan dan penyelesaian penjagaan kesihatan, di samping pelbagai bengkel, sesi perkongsian dan perbincangan, demonstrasi produk secara langsung dan pembentangan daripada barisan panel antarabangsa. 

YB Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad, Menteri Kesihatan berkata, "Penganjuran Persidangan MIH Megatrends 2024 adalah tepat pada masanya. Saya yakin ia bukan sekadar acara kesihatan yang biasa; ia merupakan cerminan komitmen Malaysia untuk berada di puncak inovasi penjagaan kesihatan. MIH Megatrends 2024 akan menjadi platform penting untuk kita terus meneroka inovasi dan memimpin dalam bidang yang sentiasa berkembang ini."

YB Datuk Seri Dr. Dzulkefly  telah membuat  lawatan ke tapak pameran Malaysia di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur untuk bertemu dengan  pempamer yang  terdiri daripada pihak industri peneraju dan penyedia perkhidmatan dan produk yang menyertai acara berkenaan

Chin Keat Chyuan, Presiden dan Pengarah Urusan KPJ Healthcare berkata, “MIH Megatrends 2024 ialah platform yang mempertemukan kepakaran global dengan inovasi tempatan. Fokus kami bukan sahaja untuk membawakan penyelesaian terkini tetapi juga memastikan hasil yang berkesan dalam meningkatkan kualiti penjagaan kesihatan. KPJ berbesar hati untuk menyumbang kepada ekosistem penjagaan kesihatan yang menyokong penjagaan yang berkesan, berpusatkan pesakit bagi mengukuhkan reputasi Malaysia di persada dunia.”

Memperkasa Masa Depan Penjagaan Kesihatan Serantau

MIH Megatrends 2024 bertujuan menonjolkan perkembangan utama dalam kecerdasan buatan, perubatan ketepatan, dan penjagaan kesihatan berasaskan nilai. Acara ini membuka peluang bagi profesional kesihatan untuk meneroka teknologi terkini, menghadiri sesi diskusi pakar, serta memahami integrasi inovasi dalam sistem penjagaan kesihatan.

Menjelang kepimpinan Malaysia dalam ASEAN 2025, MIH Megatrends 2024 berperanan penting sebagai platform perbincangan kritikal, terutama mengenai dasar dan amalan yang mempengaruhi akses dan pembiayaan penjagaan kesihatan serantau yang mampan.

Acara ini menyediakan pengalaman menarik bagi semua lapisan masyarakat. Antara tarikan utama ialah penampilan khas pempengaruh kesihatan di Action Hub, demonstrasi produk terkini, dan pendedahan mengenai trend penjagaan kesihatan digital seperti A.I. dan teleperubatan. Aktiviti awam termasuk pemeriksaan kesihatan, derma darah, perundingan kesihatan holistik seperti urutan dan akupuntur, serta pelbagai aktiviti menyeronokkan di Zon Kanak-Kanak. Pengunjung juga dapat menyaksikan program interaktif MIH Megatrends Live+ yang membawakan temu bual eksklusif dan pandangan tentang inovasi perubatan terkini.

Penglibatan MCMC turut memperkukuh ketersambungan penjagaan kesihatan melalui teknologi 5G, membolehkan penyelesaian kesihatan digital termaju seperti perundingan maya dan diagnostik A.I, menetapkan standard baharu untuk penyampaian penjagaan kesihatan di Malaysia.

Layari https://mihmegatrends.my/ untuk maklumat lanjut.


Pandangan yang dinyatakan di sini adalah pandangan penulis/penyumbang dan tidak semestinya mewakili pandangan Malaysiakini.

Berminat untuk mendapatkan kenyataan akhbar, wawancara eksklusif atau artikel kandungan berjenama anda di Malaysiakini? Untuk maklumat lanjut, hubungi [email protected] atau [email protected].


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS