Apa anda tahu tentang Nuklear? Mesti terlintas di fikiran ialah bom, senjata nuklear dan bahan radioaktif. Sebenarnya bahan radioaktif ini boleh wujud secara semulajadi atau dengan buatan manusia dan ia sentiasa membebaskan sinaran yang tidak dapat di lihat melalui mata kasar.
Tanpa kita sedar atau pun tahu, sinaran radioaktif wujud secara semulajadi seperti sinaran dari angkasa (cosmic ray), matahari, tanah dan air. Manakala sinaran radioaktif dari buatan manusia misalnya sinar gama daripada radioisotop kobalt-60, mesin sinar-X, reaktor nuklear dan lain-lain lagi.
Namun begitu, uranium yang begitu sinonim dengan tenaga nuklear menjadi contoh bahan nuklear yang menghasilkan sinaran radioaktif sebaik bertindakbalass dengan neutron adalah paling umum yang sering kita dengar dari semasa ke semasa.
Agensi Nuklear Malaysia (Nuklear Malaysia), agensi di bawah MOSTI bertanggungjawab menerajui aktiviti sains dan teknologi nuklear negara serta berperanan melaksanakan penyelidikan dan pembangunan, komersial dan inovasi (R&D&C&I) serta memberi khidmat latihan dalam bidang teknologi nuklear di Malaysia.,
Nuklear Malaysia juga mempunyai mandat sebagai penyelaras hal ehwal nuklear kebangsaan dan antarabangsa yang bertindak sebagai agensi penghubung antara Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA) dengan Kerajaan Malaysia. Nuklear Malaysia turut bergiat aktif dalam rangka kerjasama serantau dan antarabangsa melalui Perjanjian Kerjasama Serantau bagi penyelidikan, pembangunan dan latihan berkaitan sains dan teknologi nuklear di Asia dan Pasifik (RCA), Forum Kerjasama Nuklear di Asia (FNCA) dan Persatuan Negara-Nnegara Asia Tenggara (ASEAN). Selain itu, Nuklear Malaysia berperanan sebagai Pihak Berkuasa Kebangsaan kepadake atas Triti Pengharaman Menyeluruh Ujian Senjata Nuklear (CTBT).
Melalui kerjasama dan penglibatan aktif Nuklear Malaysia di peringkat antarabangsa, banyak manafaat kepada rakyat dalam bidang sains dan teknologi nuklear meliputi pelbagai sektor antaranya pertanian, perubatan, aplikasi teknologi nuklear, industri, pembuatan dan alam sekitar dapat dirasai dan dipertingkatkan.
Ramai Tidak Tahu, Ini Antara Kepentingan Teknologi Nuklear Dalam Kehidupan Masyarakat.
Kebiasaan kita dengar, teknologi nuklear digunakan dalam pembuatan senjata misalnya bom untuk tujuan peperangan oleh negara-negara tertentu.
Namun, teknologi nuklear untuk tujuan keamanan sebenarnya tidak seperti yang kita sangkakan. Penyelidikan dan pembangunan teknologi untuk keamanan dijaga dan dikawal selia secara perundangan sama ada di peringkat kebangsaan atau antarabangsa. Hanya penyelidikan teknologi nuklear yang tidak sukakan ke amanan sahaja yang gilakan letupan nuklear seperti yang kita tonton dalam filem Oppenheimer. Di Malaysia kita tidak membangunkan senjata nuklear kerana terikat dengan Triti Ketidakcambahan Senjata Nuklear (Treaty on Non-Proliferation of Nuclear Weapon (NPT), INFCIRC/140), y,
Yang telah ditandatangani pada 1 Julai 1968 dan , yang berkuat kuasa pada 5 Mac 1970.
Triti Mengenai Pengawalan Senjata Nuklear (NPT) yang mana Malaysia telah menandatangani perjanjian ini pada tahun 1968 dan meratifikasi perjanjian ini pada tahun 1970. Kemudiannya, Malaysia juga telah menandatangani Perjanjian Triti Pengharaman Menyeluruh Ujian Senjata Nuklear (CTBT) pada 23 Julai 1998 dan meratifikasinya pada 17 Januari 2008. Malaysia juga telah menyerahkan ratifikasi Triti Mengenai Pengharaman Senjata Nuklear (TPNW) pada 30 September 2020. Selain itu, penglibatan Malaysia bersama negara-negara di bawah naungan ASEAN dalam Perjanjian Zon Bebas Senjata Nuklear Asia Tenggara (SEANWFZ) atau dikenali sebagai Perjanjian Bangkok 1995 juga mewajibkan anggotanya untuk tidak mengembangkan, mengeluarkan atau memperoleh, memiliki atau mengawal senjata nuklear. Melalui penglibatan aktif Malaysia dalam perjanjian-perjanjian ini jelas menunjukkan komitmen dan sokongan Malaysia dalam usaha antarabangsa untuk mengharamkan segala bentuk pengujian senjata nuklear secara menyeluruh.
Dasar Teknologi Nuklear Negara 2030 : Kelestarian Teknologi Nuklear Untuk Kegunaan Aman di Malaysia
Dasar Teknologi Nuklear Negara 2030 (DTNN 2030) adalah agenda negara bagi mengarusperdanakan penggunaan teknologi nuklear secara aman ke arah mempertingkatkan daya saing industri, memperkukuh kesejahteraan rakyat dan memulihara sumber asli dan alam sekitar. Dasar ini digubal dengan menggunakan pendekatan yang bersepadu dan holistik melibatkan pemegang taruh di pelbagai peringkat merangkumi kementerian, agensi, institusi akademik, pemain industri, badan bukan kerajaan dan masyarakat awam.
DTNN 2030 menjadi satu dasar yang signifikan dalam usaha Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) dalam merangka hala tuju strategik jangka panjang bagi memacu pembangunan teknologi nuklear negara sehingga tahun 2030. Strategi dan inisiatif yang digariskan dalam dasar ini memberi penekanan untuk mewujudkan ekosistem teknologi nuklear negara yang mampan serta membentuk asas yang kukuh dalam mengarusperdanakan teknologi nuklear secara aman di Malaysia pada masa hadapan. Tujuan DTNN 2030 adalah untuk memperluaskan tahap sumbangan teknologi nuklear kepada produktiviti negara dengan memperkukuh kapasiti dan keupayaan inovasi serta memacu pembangunan bakat berkemahiran tinggi bagi menyokong aspirasi negara untuk menjadi sebuah negara yang progresif dan mampan menjelang 2030. Terdapat enam (6) sektor fokus utama sebagai sektor yang boleh dipertingkatkan keupayaannya melalui penggunaan teknologi nuklear iaitu:
(i) perubatan dan penjagaan kesihatan;
(ii) makanan dan pertanian;
(iii) pembuatan peranti dan peralatan;
(iv) pengurusan alam sekitar dan sumber asli;
(v) aplikasi perindustrian; dan
(vi) keselamatan dan sekuriti nuklear
Manfaat Nuklear Kepada Rakyat
Enam (6) sektor fokus utama DTNN 2030 yang dijangka memberi manafaat kepada rakyat adalah melalui sektor (i) perubatan dan penjagaan kesihatan; (ii) makanan dan pertanian; (iii) pembuatan peranti dan peralatan; (iv) pengurusan alam sekitar dan sumber asli; (v) aplikasi perindustrian; dan (vi) keselamatan dan sekuriti nuklearnuclear.
Bidang terbesar yang memberi manafaat terus kepada rakyat adalah daripada penyelidikan yang dibuat dalam industri pertanian, agroteknologi dan biosains, perubatan, industri minyak dan gas.
Misalnya dalam industri makanan dan pertanian, DTNN 2030 memberi fokus kepada penyelidikan mutasi aruhan untuk menghasilkan biji benih baru, seperti benih padi NMR152 yang rentan dengan perubahan iklim. Kini, kKajian sedang giat dijalankan oleh Nuklear Malaysia dengan institusi penyelidikan lain dan univerisiti berkerjasama dengan pihak industri supaya lebih ramai rakyat menerima manfaat daripada hasil penyelidikan sekali gus mensasarkan lebih 20 ribu tan metrik benih padi sah baru setahun untuk kegunaan petani.
Manakala teknologi isotop stabil pula dikembangkan bagi digunakan untuk mengesan ketulenan serta lokasi asal pengeluaran sesuatu produk makanan seperti madu, buah-buahan, bijirin dan sarang burung walit.
Selain itu, teknik fitosanitasi iaitu teknik menyah kuman dengan menggunakan sinaran gama dengan membunuh serangga dan hidupan mikrob pada produk pertanian seperti buah-buahan banyak memberi manfaat kepada aktiviti eksport produk tersebut dan kesihatan pengguna.
Berbeza dengan kaedah kimia, teknik sinaran gama mampu menembusi produk untuk membunuh serangga dan mikrob dengan tidak meninggalkan sebarang kesan sisa kimia pada buah-buahan. Teknik ini juga telah digunakan untuk membunuh mikrob bagi preservasi manuskrip lama dan buku nadir untuk tujuan sejarah dan warisan budaya negara kita.
Maklumat lanjut boleh hubungi Ketua Pengarah Agensi Nuklear dan boleh layari laman sesawang Nuklear Malaysia di https://www.nuclearmalaysia.gov.my.
Kandungan ini disediakan oleh Kementerian Sains, Teknologi Dan Inovasi (MOSTI).
Tulisan ini tidak semestinya mencerminkan pendirian rasmi Malaysiakini.
Berminat untuk menyiarkan pengumuman anda di Malaysiakini? Hubungi kami di [email protected] atau WhatsApp di talian +60 17-323 0707 untuk sebarang pertanyaan.