Pembukaan Persidangan Kesihatan Antarabangsa MIH Megatrends 2024 yang bermula pada hari ini di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur menyaksikan perhimpunan kira-kira 1,500 pemain industri dari industri penjagaan kesihatan. Persidangan ini dianjurkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (“KKM”) dengan kerjasama KPJ Healthcare dan disokong oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (“SKMM”) dan telah disusun untuk membawakan kemajuan dan trend terkini yang membentuk masa depan penjagaan kesihatan.
Gambar di atas: [DARI KIRI] Michael Leddin, Ketua Pegawai Strategi KPJ Healthcare, Chin Keat Chyuan, Presiden dan Pengarah Urusan KPJ Healthcare, Izzad Shamsudin, Ketua Pegawai Kewangan KPJ Healthcare dan Shahril Mizani Ariffin, Ketua Pegawai Digital KPJ Healthcare bergambar bersama di hadapan booth pameran KPJ Healthcare bersempena MIH Megatrends 2024.
Sebanyak kira-kira 1,500 peserta turut hadir yang merangkumi golongan profesional penjagaan kesihatan, penggubal dasar, pemimpin industri dan orang ramai, yang mana semuanya berkumpul untuk menerajui penyelesaian dan kemajuan terkini dalam sektor penjagaan kesihatan.
Dato' Seri Suriani binti Datuk Ahmad, Ketua Setiausaha Kementerian Kesihatan Malaysia membuka acara dengan ucapan pembukaan, menekankan kepentingan kerjasama dalam memacu penjagaan kesihatan ke hadapan. Ini merupakan permulaan untuk satu siri perbincangan dan pembentangan berkesan yang menggariskan potensi penyelesaian penjagaan kesihatan sedia masa hadapan di Malaysia.
Persidangan pada hari pertama menampilkan barisan panel tersohor, termasuk Dr Tullalawat Pacharapha, Ketua Pegawai Operasi Hospital Vejthani, Thailand yang membincangkan tentang transformasi penjagaan kesihatan dan penjagaan pesakit serta Profesor Meong Hi Son, Pegawai Maklumat Perubatan di Pusat Perubatan Samsung, Korea Selatan. Sesi ini secara kolektif menekankan kepentingan inovasi dalam meningkatkan hasil pesakit dan menyelaraskan penyampaian penjagaan kesihatan.
Selain sesi perbincangan profesional, MIH Megatrends 2024 turut menawarkan pengalaman dinamik untuk orang ramai. Ruangan Action Hub membolehkan pengunjung berinteraksi dengan pempengaruh kesihatan dan menyaksikan demo produk terkini. Manakala Zon Teknologi Kesihatan Inovasi pula menawarkan kemajuan digital seperti penjagaan kesihatan dan teleperubatan yang dipacu oleh teknologi buatan A.I. Aktiviti-aktiviti ini memberi manfaat yang praktikal berasaskan teknologi untuk orang ramai, menjadikan penjagaan kesihatan termaju lebih mudah diakses.
Pelbagai aktiviti menarik ditawarkan kepada para pengunjung termasuk pemeriksaan kesihatan percuma, derma darah dan konsultasi kesihatan holistik seperti urutan dan akupuntur. Selain itu, aktiviti mesra keluarga seperti projek pendidikan di Zon Kanak-kanak dan penampilan istimewa Didi & Friends khusus untuk semua peringkat umur.
Kandungan ini disediakan oleh KPJ Healthcare Berhad.
Tulisan ini tidak semestinya mencerminkan pendirian rasmi Malaysiakini.
Berminat untuk menyiarkan pengumuman anda di Malaysiakini? Hubungi kami di [email protected] atau WhatsApp di talian +60 17-323 0707 untuk sebarang pertanyaan.