Paling Popular
Terkini
mk-logo
Pengumuman
Malaysia International Healthcare (MIH) Megatrends 2024 Bermula Esok
Diterbitkan:  Oct 24, 2024 4:05 PM
Dikemaskini: 8:05 AM

Malaysia International Healthcare (“MIH”) Megatrends 2024, acara kesihatan utama negara, akan berlangsung mulai esok (25 Oktober 2024) hingga 27 Oktober 2024 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur. Konvensyen ini dianjurkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia ("KKM") dengan kerjasama KPJ Healthcare Berhad (“KPJ Healthcare”) dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia ("MCMC") selaku rakan strategik. MIH Megatrends 2024 akan menghimpunkan pemimpin global, inovator dan pembuat dasar dalam sektor kesihatan untuk membincangkan penyelesaian dan teknologi baharu yang akan memacu masa depan industri penjagaan kesihatan.

Sepanjang tiga hari, MIH Megatrends 2024 akan mengetengahkan perbincangan tentang isu-isu penting dalam sektor kesihatan seperti potensi transformasi Generative A.I. dalam penjagaan kesihatan, masa depan pembiayaan kesihatan negara, kerjasama awam-swasta untuk penjagaan kesihatan mampan, pelaksanaan model penjagaan berasaskan nilai, serta evolusi perubatan tepat (“precision medicine”).

MIH Megatrends merangkumi dua tingkat pameran:

  1. “Life Sciences Frontier Floor” (Dewan 6, Tingkat 1) – Direka untuk segmen B2B, dewan ini akan mempamerkan pelbagai pameran, sesi perbualan “pocket talks” dan perkongsian oleh doktor serta pempengaruh kesihatan, selain demonstrasi produk serta saringan kesihatan dan konsultasi percuma oleh KKM dan KPJ Healthcare.

  1. “Future Healthcare Frontier Floor” (Dewan 7, Tingkat 3) – Disasarkan untuk segmen B2C, dewan ini akan menampilkan pameran dinamik serta Studio “MIH Live+” dengan penceramah jemputan yang menarik. Selain itu, terdapat sesi bual santai “pocket talks” dan perkongsian oleh KOL tersohor bidang kesihatan. Pengunjung juga boleh menikmati kawasan “Kids Zone” yang menawarkan pelbagai aktiviti menarik seisi keluarga, termasuk penampilan istimewa Didi dan Friends, permainan deria, serta “indoor playground”.

Peserta MIH Megatrends akan mendapat manfaat daripada lebih 40 penceramah terkenal di peringkat global, termasuk pakar seperti Dr. Bertalan Meskó (“The Medical Futurist”), Dr. Luqman Lawal (Inovator A.I. dalam Penjagaan Kesihatan), Profesor Julia Rucklidge (Psikolog Klinikal), Profesor Jeffrey Braithwaite (Inovator Sistem Kesihatan) dan Dr. Mohd Lutfi Fadil Lokman (Usahawan Kesihatan Digital).

This three-day conference enables medical professionals, technologists and engineers to obtain CPD points and is open to all healthcare professionals, stakeholders and members of the public who are interested in learning about the latest in healthcare innovation and meeting like-minded individuals working to shape the future of healthcare.

Persidangan tiga hari ini membolehkan profesional perubatan, ahli teknologi dan jurutera memperoleh mata CPD. Ia juga terbuka kepada semua profesional kesihatan, pihak berkepentingan dan orang awam yang berminat untuk meneroka inovasi terkini dalam penjagaan kesihatan, serta berpeluang bertemu individu-individu yang berkongsi visi yang sama untuk membentuk masa depan industri kesihatan.

Untuk maklumat lanjut, layari www.mihmegatrends.my.


Kandungan ini disediakan oleh KPJ Healthcare Berhad.

Tulisan ini tidak semestinya mencerminkan pendirian rasmi Malaysiakini.

Berminat untuk menyiarkan pengumuman anda di Malaysiakini? Hubungi kami di [email protected] atau WhatsApp di talian +60 17-323 0707 untuk sebarang pertanyaan.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS