Paling Popular
Terkini
mk-logo
Pengumuman
Skim Jaminan Kredit Perumahan (SJKP): Bantu Rakyat Memiliki Rumah Sendiri
Diterbitkan:  Oct 17, 2024 8:41 PM
Dikemaskini: 12:46 PM

Melalui inisiatif kerajaan yang dikenali sebagai Skim Jaminan Kredit Perumahan (SJKP) - MADANI, anda berpeluang memiliki rumah sendiri.

Skim Jaminan Kredit Perumahan SJKP MADANI adalah antara salah satu langkah penting dalam usaha kerajaan Malaysia memastikan lebih ramai rakyat mampu memiliki rumah sendiri, khususnya dalam kalangan mereka yang tidak mempunyai pendapatan tetap.

Dengan sokongan jaminan kerajaan, ia membuka pintu kepada golongan yang sebelum ini terpinggir daripada sistem pembiayaan perumahan konvensional.

Dalam Belanjawan 2024, kerajaan memperuntukkan RM10 bilion dana Jaminan Kerajaan untuk memanfaatkan sehingga 40,000 peminjam, berbanding hanya RM5 bilion pada tahun 2023. SJKP telah diselaraskan oleh Syarikat Jaminan Kredit Perumahan Berhad (SJKP Berhad) dan merupakan syarikat milik penuh Kementerian Kewangan.

Menurut Jay Khairil, Ketua Eksekutif, Bank Simpanan Nasional, skim ini membuka peluang kepada mereka untuk memohon pembiayaan perumahan dengan sokongan jaminan kerajaan.

Pemilikan rumah adalah asas kestabilan sosial dan ekonomi, dan SJKP memainkan peranan besar dalam mengubah impian ini menjadi realiti bagi lebih ramai rakyat Malaysia.

SJKP bantu rakyat miliki rumah sendiri 

“Proses permohonan pembiayaan di bawah Skim Jaminan Kredit Perumahan (SJKP) MADANI tidaklah sukar, namun berikut adalah beberapa aspek yang perlu ditambahbaik jika SJKP MADANI diteruskan terutama di kalangan pekerja gig,” tambah beliau dalam temubual bersama Malaysiakini.

Aliran pendapatan yang tidak tetap dan ketiadaan dokumentasi yang lengkap merupakan cabaran bagi pekerja gig untuk memohon pembiayaan daripada institusi kewangan. Namun, melalui skim ini, pelanggan boleh mengemukakan Lampiran 9 iaitu borang pengesahan pendapatan yang disahkan oleh golongan professional/Ketua Kampung sebagai dokumen sokongan alternatif bagi menilai kemampuan membayar balik pembiayaan oleh pelanggan.

Selain itu, institusi kewangan juga berperanan memberi pendedahan berkaitan cara pengurusan kewangan yang efektif dan efisien. Pengetahuan berkaitan dengan pengurusan pembayaran balik yang teratur mampu meningkatkan lagi peluang kelulusan permohonan pembiayaan. 

Sokongan dari Institusi Kewangan Yang Mengambil Bahagian

Selari dengan visi BSN Tiada Rakyat Malaysia Ketinggalan”, BSN sentiasa menyokong usaha kerajaan dalam membantu semua golongan terutamanya yang tiada pendapatan tetap. Skim SJKP MADANI mampu merealisasikan impian rakyat terutamanya untuk memiliki rumah pertama, di mana BSN berperanan penting dalam memastikan akses kepada pembiayaan perumahan bagi golongan ini,” kata Jay Khairil.

Atas dasar keterangkuman Kewangan, BSN berharap dapat meningkatkan peluang akses perbankan kepada mereka yang sebelum ini mungkin sukar jika kaedah penilaian kelayakan kredit sediada digunapakai.

Kesan Pengganda Ekonomi

Kerancakan dalam aktiviti pembelian rumah akan meningkatkan permintaan terhadap bahan binaan, perkhidmatan pembinaan, serta barangan isi rumah, yang secara langsung menyumbang kepada pertumbuhan sektor ekonomi berkaitan.

Sektor hartanah dan pembinaan merupakan salah satu komponen penting dalam Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK). 

Apabila permintaan terhadap pemilikan perumahan meningkat, ia akan menyokong pertumbuhan pekerjaan dalam industri ini, sekaligus meningkatkan pendapatan agregat. 

Instrumen utama dalam mengurangkan ketidaksamaan ekonomi 

SJKP MADANI diperkenalkan sebagai sebahagian daripada agenda kerajaan untuk membantu golongan yang sukar mendapatkan pinjaman perumahan disebabkan ketiadaan pendapatan tetap.

Ia menyasarkan pekerja dalam ekonomi gig, seperti peniaga kecil, penjaja, dan mereka yang bekerja sendiri, yang selalunya tidak dapat menyediakan dokumen pendapatan konvensional seperti slip gaji.


Pandangan yang dinyatakan di sini adalah pandangan penulis/penyumbang dan tidak semestinya mewakili pandangan Malaysiakini.

Berminat untuk mendapatkan kenyataan akhbar, wawancara eksklusif atau artikel kandungan berjenama anda di Malaysiakini? Untuk maklumat lanjut, hubungi [email protected] atau [email protected].


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS