Paling Popular
Terkini
mk-logo
Pengumuman
Focus Point Melancarkan Hari Penglihatan Sedunia 2024: Kempen “Sayangi Mata Anda”
Diterbitkan:  Oct 10, 2024 6:16 PM
Dikemaskini: 10:16 AM

Kuala Lumpur, 10 Oktober 2024 – Focus Point Vision Care Group Sdn Bhd (Focus Point), rangkaian kedai optik terkemuka di Malaysia, dengan bangganya melancarkan kempen Hari Penglihatan Sedunia 2024 hari ini dengan tema “Sayangi Mata Anda.” Acara yang diadakan di Mid Valley Megamall, mengumpulkan pihak berkepentingan, termasuk Dato’ Sri Suriani, Ketua Setiausaha, Kementerian Kesihatan Malaysia, pakar industri, dan ahli komuniti, untuk menekankan kepentingan kesihatan mata dan meningkatkan kesedaran tentang miopia dan penglihatan terjejas.

Bersempena dengan Hari Penglihatan Sedunia 2024, Focus Point mengadakan roadshow selama satu minggu dari 7 hingga 13 Oktober 2024, yang menawarkan pelbagai aktiviti berkaitan kesihatan mata yang direka untuk meningkatkan kesedaran dan menggalakkan rakyat Malaysia untuk mengutamakan kesihatan mata mereka, memastikan akses penglihatan kepada individu dari semua lapisan masyarakat.

“Meningkatkan kesedaran tentang kesihatan mata adalah penting dan merupakan teras misi Focus Point,” kata Dato’ Liaw, Presiden & CEO Focus Point. “Statistiknya sangat mengejutkan: dianggarkan 2.7 bilion orang di seluruh dunia mengalami penglihatan yang tidak diperbaiki, manakala sekitar 1.1 bilion berisiko mengalami masalah penglihatan yang teruk. Pada tahun 2015, dianggarkan 23% daripada populasi dunia mempunyai miopia. Menjelang tahun 2050, perubahan gaya hidup dijangka akan menyebabkan angka ini melonjak kepada 50%.”

Focus Point telah menyambut Hari Penglihatan Sedunia selama 12 tahun berturut-turut. Memperluaskan tema tahun ini, Focus Point mempromosikan ‘Sayangi Mata Kanak-Kanak.’ Miopia telah menjadi semakin meluas di Asia, termasuk Malaysia. “Sebagai rangkaian kedai optik terkemuka di Malaysia, kami sedar sepenuhnya akan kepentingan menjaga penglihatan dan berkomitmen untuk mendidik orang ramai tentang penjagaan mata yang betul,” tambah Dato’ Liaw.

Tetamu Kehormat, Dato’ Sri Suriani, menyampaikan ucapan yang penuh impak menekankan keperluan mendesak untuk meningkatkan kesedaran tentang kesihatan mata. “Penglihatan yang baik bukan hanya satu keistimewaan; ia adalah asas kepada kesihatan dan kesejahteraan kita secara keseluruhan,” katanya. “Hari ini, kita mesti mengakui bahawa berjuta-juta orang di seluruh dunia hidup dengan penglihatan terjejas, kebanyakan daripada mereka dapat mencegahnya melalui pengesanan awal dan penjagaan yang sesuai.”

Dato’ Sri Suriani menegaskan kepentingan penjagaan mata secara proaktif, terutamanya untuk kanak-kanak, dengan menekankan bahawa memastikan akses kepada penjagaan mata adalah penting untuk kejayaan akademik dan sosial mereka. Beliau, mengakui pebagai inisiatif yang dilaksanakan oleh Focus Point menyediakan saringan penglihatan kepada kanak-kanak serta masyarakat, khususnya populasi yang terdedah. Antara inisiatif berterusan Focus Point termasuk saringan penglihatan secara percuma, ceramah kesihatan awam dan usaha mendekati komuniti. Sejak awal tahun ini, Focus Point telah berjaya menyaring lebih daripada 26,580 individu dan menyumbangkan 1,000 pasang cermin mata kepada pelajar yang memerlukan.

Dato’ Sri Suriani menekankan bahawa bilangan pakar optometri di negara ini masih tidak mencukupi untuk nisbah pakar optometri kepada populasi yang ideal. Beliau memuji Focus Point atas inisiatifnya untuk memberdayakan pelajar optometri melalui biasiswa, sokongan latihan, dan peluang pekerjaan. Sebagai peneraju pasaran, Focus Point memberikan contoh yang terpuji dengan membangunkan generasi pakar optometri yang akan datang dan bekerjasama dengan institusi pendidikan untuk mengatasi kekurangan dalam perkhidmatan penjagaan mata. Komitmen ini meliputi seluruh nilai rantaian, dari pendidikan kepada pekerjaan dan keusahawanan, menunjukkan dedikasi mereka terhadap kelestarian.

“Sebagai sebahagian daripada usaha kelestarian Focus Point di bawah SDG 3 (Kesihatan dan Kesejahteraan Yang Baik), kami menggalakkan semua orang untuk menyertai kempen sumbangan cermin mata terpakai dan mengutamakan pemeriksaan mata secara berkala,” tambah Dato’ Liaw. “ Dengan bekerjasama, kita dapat memberikan impak yang besar dalam kehidupan ramai individu dan mengurangkan kebutaan yang dapat dicegah di Malaysia.”

Sebagai sebahagian daripada kempen ini, Focus Point bekerjasama dengan ZEISS untuk menyediakan perkhidmatan pemeriksaan mata komprehensif dan konsultasi pengurusan miopia, mempamerkan ZEISS MyoCare, lensa kawalan miopia terkini dengan reka bentuk inovatif yang bertujuan untuk memperlahankan perkembangan miopia dalam kanak-kanak. Pengunjung ke roadshow juga boleh mengetahui lebih lanjut mengenai glaukoma, katarak, dan pembedahan LASIK di ruang pameran ExcelView Eye Specialist Center dan menerima penilaian mata secara percuma daripada pakar. Selain itu, akan ada ceramah awam yang akan diberikan oleh pakar penjagaan mata yang dijemput pada hujung minggu ini, memberikan nasihat berharga tentang mengekalkan kesihatan mata dan menangani isu penglihatan yang umum.

Pada Hari Penglihatan Sedunia ini, Focus Point mengajak rakan perniagaan dan masyarakat untuk bersama-sama menyokong kesihatan mata dan memastikan setiap rakyat Malaysia mempunyai akses kepada penjagaan mata yang berkualiti.

Untuk maklumat lanjut tentang Focus Point dan aktiviti Hari Penglihatan Sedunia, sila lawati: www.focus-point.com.my atau Focus Point di Facebook.


Kandungan ini disediakan oleh Focus Point

Pandangan yang dinyatakan di sini adalah pandangan penulis/penyumbang dan tidak semestinya mewakili pandangan Malaysiakini.

Berminat untuk mendapatkan kenyataan akhbar, wawancara eksklusif atau artikel kandungan berjenama anda di Malaysiakini? Untuk maklumat lanjut, hubungi [email protected] atau [email protected]


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS