Paling Popular
Terkini
mk-logo
Pengumuman
Penutupan Gemilang Program Selangor 1000 Digital 2024 di Daerah Gombak Mengangkat Ekosistem Digital Selangor
Diterbitkan:  Oct 4, 2024 7:05 PM
Dikemaskini: 11:07 AM

Siri terakhir program Selangor 1000 Digital 2024 telah melabuhkan tirainya dengan penganjuran siri kelima di Hotel Mercure Selangor, Selayang, menandakan kejayaan besar bagi inisiatif digitalisasi usahawan yang dilaksanakan sepanjang tahun ini. Diterajui oleh Perbadanan Teknologi Maklumat dan Ekonomi Digital Selangor (Sidec), Menteri Besar Incorporated (MBI) selaku penganjur bersama dan EXCO Belia, Sukan & Keusahawanan Negeri Selangor serta AFFIN BANK sebagai penaja utama, program ini telah memberi impak besar kepada ekosistem perniagaan digital di negeri ini.

Dengan lebih daripada 2,200 peserta yang terlibat sepanjang lima siri, Selangor 1000 Digital 2024 berjaya mendigitalkan usahawan dari pelbagai sektor dengan memperkenalkan teknologi terkini dan platform e-dagang seperti TikTok Shop, Shopline, Pos Malaysia, Fiuu. TnG eWallet, Bizapp, Maxis Business, Gofluence dan banyak lagi serta teknik penstriman langsung sebagai alat pemasaran moden.

Kerajaan Negeri Selangor, terus komited dalam membangunkan keusahawanan digital, memastikan usahawan kecil dan sederhana (PKS) dilengkapi dengan kemahiran digital yang relevan dan alat yang diperlukan untuk berkembang dalam era digital. Sepanjang penganjuran lima siri ini, program telah berjaya menarik penyertaan yang memberangsangkan di setiap daerah melebihi sasaran awal yang ditetapkan:

  • Siri 1 (Petaling): 360 peserta hadir.

  • Siri 2 (Sabak Bernam): 240 peserta hadir.

  • Siri 3 (Sepang): 440 peserta hadir.

  • Siri 4 (Hulu Langat): 280 peserta hadir.

  • Siri 5 (Gombak): 300 peserta hadir.

Inisiatif ini juga menyaksikan kerjasama erat dengan lebih daripada 20 rakan strategik daripada ekosistem pendigital. Sidec sebagai peneraju pelaksanaan program, telah berjaya merangka modul latihan yang komprehensif dan relevan untuk menyokong pertumbuhan usahawan Selangor dalam ekosistem digital.Siri kelima ini mengekalkan format yang sama seperti siri-siri terdahulu, dengan fokus kepada bidang-bidang kritikal dalam keusahawanan digital:

  • Memanfaatkan TikTok Shop untuk memperluas pasaran perniagaan.

  • Strategi E-dagang untuk Peniaga Retail Moden oleh SHOPLINE Malaysia.

  • Penyelesaian Perbankan untuk Anda dengan Tiktok Shop.

  • Pengurusan Perniagaan Secara Digital bersama TnG eWallet.

  • Tingkatkan Prestasi Perniagaan dengan BIZAPP.

  • Pembiayaan Mikro Kredit oleh Hijrah Selangor.

Para peserta juga akan disajikan dengan sesi "Inspirasi Usahawan Digital", di mana kisah kejayaan usahawan yang telah melalui proses pendigitalan akan dikongsikan untuk memberi motivasi kepada peserta lain.

Melihat kepada sambutan luar biasa yang diterima, program Selangor 1000 Digital akan diteruskan pada tahun 2025 dengan rancangan untuk diperluaskan ke daerah-daerah di Selangor yang belum dijelajahi. Program ini akan terus menjadi platform utama dalam mempersiapkan usahawan selangor dengan ilmu berkenaan pendigitalan yang akan membantu usahawan di Selangor menghadapi arus kemodenan, sekaligus menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi negeri secara keseluruhan.

Sebagai penutup siri tahun ini, Selangor 1000 Digital telah membuktikan bahawa Selangor berada di landasan yang tepat untuk menjadi hab digital utama di Malaysia, dengan sokongan penuh Kerajaan Negeri Selangor dan semua rakan kongsi strategik.


Kandungan ini disediakan oleh Sidec.

Pandangan yang dinyatakan di sini adalah pandangan penulis/penyumbang dan tidak semestinya mewakili pandangan Malaysiakini.

Berminat untuk mendapatkan kenyataan akhbar, wawancara eksklusif atau artikel kandungan berjenama anda di Malaysiakini? Untuk maklumat lanjut, hubungi [email protected] atau [email protected]


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS