Paling Popular
Terkini
mk-logo
Pengumuman
Penyelesaian E-Dagang Inovatif Tingkatkan Penawaran Perkhidmatan Membeli-belah dan Penghantaran PMKS
Diterbitkan:  Oct 4, 2024 11:06 AM
Dikemaskini: 3:06 AM

Buat PMKS seperti Magic Pocket dan ByReefa, untuk terus berdaya saing dalam landskap e-dagang yang kompetitif memerlukan keseimbangan antara mengekalkan daya tarikan tempatan mereka yang unik dan mencapai khalayak yang lebih luas. Kajian terkini Shopee, ‘Sayangi Malaysia, Jom Rai Lokal’* mendedahkan bahawa 98% rakyat Malaysia percaya dalam menyokong perniagaan tempatan dan 15 kali lebih cenderung memilih usahawan tempatan berbanding jenama antarabangsa.

Disokong oleh polisi yang kukuh, pilihan pemulangan yang fleksibel, serta penekanan kepada kecekapan pemenuhan, Magic Pocket dan ByReefa telah berjaya mengatasi cabaran dan mengambil peluang trend pasaran. Pendekatan strategik mereka telah mengubah halangan menjadi pencapaian besar, selaras dengan 9 daripada 10 rakyat Malaysia yang lebih percaya kepada penjual tempatan dalam memenuhi pesanan dan menjawab soalan*. Dengan komitmen mereka dalam meningkatkan pengalaman pelanggan dan keupayaan mengikuti trend telah menetapkan penanda aras baharu dalam arena e-dagang yang kompetitif.

Magic Pocket: Cinta Alam Semulajadi Bertemu Inovasi E-Dagang

Bagi Kelvin Lee Ka Seng, Pengarah Magic Pocket, misinya jelas: menggalakkan setiap rakyat Malaysia menikmati aktiviti luar dan menghubungkan diri dengan alam semulajadi. Selepas pandemik, aktiviti luar semakin popular terutamanya dalam kalangan anak muda Malaysia; Kelvin menyedari bahawa golongan ini menghadapi cabaran besar untuk mendapatkan peralatan berkhemah. Peralatan berkualiti tinggi sukar didapati di pekan-pekan kecil, dan ramai pelanggan berpotensi ragu-ragu untuk melabur dalam peralatan tersebut kerana mereka masih baru dalam aktiviti perkhemahan. Kelvin melihat peluang untuk mengatasi halangan ini sambil memupuk kecintaan terhadap alam semula jadi.

Kelvin Lee Ka Seng, Pengarah Magic Pocket

Untuk menghadapi cabaran ini, Kelvin fokus untuk mendidik pelanggannya. Dengan memanfaatkan ciri sembang langsung Shopee Chat dan Shopee Live, Kelvin dan pasukannya yang berpengalaman dalam berkhemah memberi nasihat peribadi kepada pelanggan secara langsung. Penglibatan langsung ini menjawab kerisauan pelanggan tentang kualiti dan kesesuaian produk lalu membantu pelanggan membuat pembelian dengan yakin. Kelvin juga menggunakan alat pengiklanan Shopee, termasuk iklan produk interaktif dan Shopee Video, untuk memperluaskan jangkauan dan membina komuniti peminat aktiviti luar melalui Magic Pocket. 

Menyedari pentingnya pengalaman pembelian yang lancar, Kelvin memilih program Bayar Waktu Terima (COD) dan pengambilan sendiri (self-collection) pembeli untuk menawarkan pilihan pemenuhan pesanan yang fleksibel kepada pelanggannya. Pendekatan ini sangat bermanfaat bagi pelanggan dari pekan kecil dan selaras dengan peningkatan trend Gen Z yang gemar berkhemah secara berkumpulan. Dengan memudahkan pelanggan untuk mendapatkan dan memeriksa peralatan mereka, Kelvin memenuhi permintaan pembelian pukal dan memastikan pelanggan mempunyai peralatan yang diperlukan tepat pada waktunya.

Penyertaan Magic Pocket dalam program '15 Hari Pemulangan Percuma' juga adalah satu lagi langkah strategik untuk mengurangkan kebimbangan pembeli. Menyedari bahawa pelanggan mungkin ragu-ragu untuk membeli peralatan berkhemah, program ini membantu mengurangkan kerisauan pembeli dan memberikan lebih keyakinan dalam perjalanan pembelian mereka. Pelanggan boleh memulangkan barangan dalam masa 15 hari jika berubah fikiran, yang menggalakkan mereka untuk meneroka rangkaian Magic Pocket tanpa rasa takut membuat pilihan yang salah.

Pasukan Magic Pocket mengemas dan menyediakan pesanan untuk penghantaran

“Platform Shopee memberikan kami alat perniagaan untuk benar-benar berhubung langsung dengan pelanggan,” jelas Kelvin. “Program 15 Hari Pemulangan Percuma’ dan ‘Jaminan Tepat Waktu’ amat penting dalam membina kepercayaan pelanggan dan meningkatkan reputasi kami.”

Program 'Jaminan Tepat Waktu’ memastikan pesanan sampai dalam tempoh penghantaran yang dijanjikan, memberikan pengalaman membeli-belah yang lebih baik untuk pembeli. Ini amat penting bagi pelanggan yang merancang aktiviti luar berdasarkan pembelian mereka, menyampaikan perkhidmatan berkualiti yang sejajar dengan misi Kelvin untuk menjadikan aktiviti luar lebih mudah diakses dan menyeronokkan.

Pendekatan strategik ini telah membuahkan hasil ketara. Dari Januari hingga Julai 2024, prestasi kedai Magic Pocket melonjak sebanyak 226%. Kelvin mengaitkan kejayaan ini dengan sokongan kukuh dan ciri-ciri inovatif yang disediakan oleh platform e-dagang tersebut. “Kerjasama kami dengan Shopee telah mengubah landskap perniagaan kami. Sokongan dan ciri mereka membolehkan kami memenuhi pelbagai keperluan pelanggan dan berhubung dengan peminat aktiviti luar di seluruh Malaysia.” kata Kelvin.

ByReefa: Cinta dari Perlis  – Mencipta Fesyen Butik untuk Rakyat Malaysia

Pasukan ByReefa yang bekerja keras di hadapan HQ mereka di Kangar, Perlis

Ira, Pengurus Besar ByReefa, sebuah jenama fesyen Muslimah yang melambangkan kebanggaan Perlis, percaya bahawa kejayaan bermaksud mengatasi cabaran lazim PMKS: mencapai pasaran luar sambil mengekalkan warisan budaya. Dikelilingi oleh tekstil berwarna-warni dan pakaian tradisional Perlis sejak kecil, Ira menyedari potensi reka bentuk unik mereka untuk menarik perhatian audiens yang lebih luas— tetapi ianya hanya boleh dilakukan dengan mengatasi keraguan khalayak terhadap pembelian dalam talian.

Program 15 Hari Pemulangan Percuma Shopee merupakan ciri transformatif buat ByReefa, apabila mereka melihat lonjakan pesanan daripada pelanggan baharu. Ciri ini membolehkan jenama ini mewujudkan pengalaman membeli-belah yang lancar dan tanpa risau, terutamanya bagi mereka yang belum biasa membeli pakaian secara dalam talian. Bagi ramai pelanggan, mengetahui bahawa mereka boleh memulangkan barangan tanpa soal memberi mereka lebih keyakinan untuk mencuba— dan kini, pembeli yang pernah berbelanja sekali telah menjadi pelanggan setia, menunjukkan kepercayaan mendalam yang telah dibina oleh ByReefa dengan audiens mereka.

Produk ByReefa dibungkus dan sedia untuk penghantaran

“Kami mahu pelanggan kami berasa selamat membeli-belah secara dalam talian dengan kami, sama seperti mereka berada di kedai fizikal,” jelas Ira. “Polisi pemulangan Shopee memberikan mereka kebebasan untuk mencuba produk kami tanpa sebarang keraguan, dan itu adalah titik perubahan besar bagi kami.”

Jenama ini juga memanfaatkan program Jaminan Tepat Waktu Shopee, ciri yang memastikan penghantaran tepat waktu dan boleh dipercayai. Ramai pelanggan memberikan ulasan cemerlang mengenai perkhidmatan pantas mereka lalu mengukuhkan reputasi kecekapan kedai mereka. Dalam dunia pembelian dalam talian, kebolehpercayaan membawakan perbezaan besar, dan komitmen ByReefa terhadap penghantaran tepat waktu membantu mereka menonjol, sekali gus mendapatkan maklum balas positif dan pelanggan setia. 

Tidak berhenti di situ, ByReefa juga menggunakan Shopee Live untuk mengadakan sesi siaran langsung yang menarik, mempamerkan koleksi Baju Kurung, Jubah, dan Tudung Bawal dengan cara yang sesuai dengan pembeli muda, terutamanya Gen Z, yang menghargai kandungan interaktif yang autentik. Melalui sesi ini, jenama ini dapat menceritakan kisah di sebalik setiap rekaan, memupuk hubungan yang lebih mendalam dengan audiens mereka. Disertai dengan Penyelesaian Pemasaran Affiliate Shopee (AMS) dan Shopee Ads, ByReefa telah meningkatkan keterlihatan mereka dengan ketara dan mencapai pertumbuhan jualan yang mengagumkan, membuktikan bahawa gabungan tradisi dan moden mampu menarik pelanggan baharu.

Seorang hos memperagakan kebaya ByReefa di Shopee Live

“Shopee membuka pasaran yang luas untuk kami, mendedahkan kami kepada jutaan pelanggan berpotensi di seluruh Malaysia dan luar negara. Pangkalan pengguna yang besar dan ciri-ciri yang berpusatkan pelanggan di platform ini membolehkan kami mencapai pembeli yang tidak pernah kami capai melalui saluran lain,” jelas Ira.

Memperkasakan PMKS

“Di Shopee, kami komited untuk memperkasa perniagaan tempatan seperti Magic Pocket dan ByReefa, memberikan sokongan yang mereka perlukan untuk berkembang. Kelvin dan Ira bukan sahaja memahami audiens mereka; mereka juga mengaplikasikan strategi digital terkini untuk berhubung dengan mereka dengan lebih bermakna,” kata Tan Ming Kit, Ketua Pemasaran dan Pengurusan Data Shopee Malaysia.

Bagi perniagaan kecil dan yang sedang berkembang, membina hubungan pelanggan yang kukuh adalah kunci kejayaan. Menyedari kepentingan ini, Shopee telah membangunkan program dan ciri yang berfokus kepada pelanggan, yang memberikan manfaat kepada penjual dan pembeli di platform ini.

“Dengan lebih ramai rakyat Malaysia menyokong jenama tempatan, kejayaan penjual kami mencerminkan bagaimana perusahaan kecil dan sederhana dapat memenuhi permintaan dan membina kepercayaan dalam pasaran hari ini. Walaupun alat dan program sokongan kami seperti Shopee Live, Shopee Video, Penghantaran Percuma, 15 Hari Pemulangan Percuma dan Jaminan Tepat telah menyumbang kepada pertumbuhan mereka, namun dedikasi mereka terhadap perkhidmatan pelanggan yang memacu kejayaan ini," kata Tan. 

Shopee tetap teguh dalam komitmennya untuk memperkasakan PMKS dan menyediakan mereka dengan alat dan sumber perniagaan untuk mencapai pertumbuhan hebat. Dengan mengutamakan kualiti perkhidmatan yang cemerlang, Shopee menawarkan amalan pemenuhan pesanan menyeluruh dan penyelesaian logistik yang boleh dipercayai, memastikan perniagaan dapat memenuhi permintaan pelanggan mereka dengan lancar.

*Kajian “Sayangi Malaysia, Jom Rai Lokal 2024” telah dijalankan oleh Shopee Malaysia dengan data platform terkini sehingga 31 Julai 2024.


Kandungan ini disediakan oleh Shopee.

Pandangan yang dinyatakan di sini adalah pandangan penulis/penyumbang dan tidak semestinya mewakili pandangan Malaysiakini.

Berminat untuk mendapatkan kenyataan akhbar, wawancara eksklusif atau artikel kandungan berjenama anda di Malaysiakini? Untuk maklumat lanjut, hubungi [email protected] atau [email protected]


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS