Paling Popular
Terkini
mk-logo
Pengumuman
Edisi Pengilang: Finexus Menggariskan Kajian Kes dan 20 Peraturan e-Invois LHDN Yang Perlu Diketahui
Diterbitkan:  Sep 27, 2024 5:02 PM
Dikemaskini: 9:02 AM

Industri pengilangan Malaysia mencatatkan pertumbuhan yang kukuh sebanyak 1.9% tahun ke tahun pada suku pertama 2024, menurut tinjauan BCI FMM pada September.

Namun, cabaran tetap kekal dalam pelaksanaan e-Invois, disebabkan oleh persepsi kerumitan dan kos permulaan yang tinggi.

Khususnya, tinjauan tersebut mendapati hanya 12% pengilang melabur lebih daripada 10% pendapatan mereka dalam automasi perisian, manakala 36% melabur antara 5-10%.

Oleh itu, pengilang perlu didedahkan dengan manfaat e-Invois untuk memudahkan pelaksanaan.

“e-Invois membolehkan pengilang untuk meningkatkan eksport mereka, lebih-lebih lagi dengan ramalan peningkatan jualan eksport sebanyak 15 mata dalam tempoh enam bulan yang akan datang.

“Peppol e-Invois kami membolehkan pertukaran dokumen yang dipiawaikan dengan standard global secara lancar, lantas mempercepatkan kelulusan oleh pelanggan asing.

“Selain itu, e-Invois juga membuka peluang dalam rantaian nilai (‘value chain’) ESG dengan mengurangkan penggunaan kertas. 

“Ini adalah satu pengubah keadaan (‘game changer’) kerana 47% pengilang bimbang dengan peningkatan persaingan dari peralihan global kepada kemampanan,” kata Clement Loh, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Finexus, berdasarkan tinjauan tersebut.

Clement Loh, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Finexus

Walaupun terdapat persepsi kerumitan, Loh yakin bahawa automasi dan penyesuaian syarikat akan mengurangkan kebimbangan pengilang terhadap e-Invois.

Contohnya, beberapa pelanggan memerlukan penambahan maklumat suplemen (seperti penandatangan, ECCN, nombor mesin, dsb.) dalam e-Invois berformat PDF. Sebagai respons, Finexus membina templat tersuai untuk memenuhi keperluan ini.

Satu lagi kerumitan adalah pemetaan butiran invois pelanggan, butiran import dan eksport, kod sistem, senarai produk, dsb. dengan LHDN. Finexus menyelesaikannya dengan mengadakan perbincangan mendalam tentang keperluan untuk memahami sepenuhnya butiran operasi utama pelanggan.

Dalam beberapa kes, data pelanggan tidak memenuhi pematuhan LHDN selengkapnya (iaitu nombor telefon, dsb.). Finexus membantu dengan mengenal pasti corak data yang salah secara automatik untuk pembaikan, sekali gus mengautomasikan proses pematuhan.

Walaupun Soalan Lazim LHDN Malaysia terbaru telah menyediakan panduan yang signifikan, pengilang ingin mendapatkan penjelasan tentang pelaporan butiran import dan eksport dalam e-Invois, termasuk duti eksais, cukai pegangan, cukai di zon perdagangan bebas, dan jenis borang kastam yang perlu diserahkan. 

Dasar umum adalah semua keperluan LHDN dan JKDM (Jabatan Kastam Diraja Malaysia) mesti dipatuhi.

“Dengan barangan pengilang yang merangkumi 85.5% jumlah eksport dalam tujuh bulan pertama tahun 2024, penyertaan pengilang dalam perlaksanaan e-Invois amat mustahak.

“Oleh itu, dengan pangkalan pelanggan e-Invois pengilang yang besar dan 400 pakar pengaturcaraan komputer serta sokongan IT, kami bersedia sepenuhnya untuk membantu pengilang mematuhi LHDN tanpa menjejaskan perniagaan harian mereka,” kata Loh.

Berikut adalah 20 perkara utama yang dijelaskan oleh Soalan Lazim LHDN Malaysia yang relevan dengan industri pengilangan setakat ini:

  1. LHDN membenarkan pembayar cukai untuk berkongsikan sama ada e-Invois yang disahkan (dalam bentuk fail XML / JSON) atau e-Invois dalam bentuk format visual, atau kedua-duanya, sehingga pemakluman selanjutnya dikeluarkan.

  2. Pindaan ke atas maklumat setelah e-Invois disahkan oleh LHDN tidak dibenarkan. Penjual perlu membatalkan e-Invois berkenaan dalam tempoh 72 jam dari masa pengesahan dan mengeluarkan semula e-Invois yang baharu.

  1. Pembayar cukai boleh terus menuntut potongan cukai atau pelepasan cukai peribadi menggunakan dokumen pembuktian sedia ada sehingga undang-undang percukaian dipinda.

  1. e-Invois boleh dikeluarkan menggunakan mana-mana mata wang, termasuk RM. Pembayar cukai boleh mengeluarkan e-Invois menggunakan kadar mata wang asing, melainkan terdapat keperluan undang-undang atau percukaian untuk memasukkan nilai setara RM.

  1. Bagi pembayar cukai yang berdaftar dengan pihak berkuasa atau badan pendaftar selain SSM, pembayar cukai dikehendaki memasukkan nombor pendaftaran yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa atau badan pendaftar berkenaan.

  1. e-Invois bil kendiri yang berasingan perlu dikeluarkan bagi setiap transaksi, kecuali bagi pengecualian yang disenaraikan di bawah seksyen 3.6.5 Garis Panduan Spesifik e-Invois.

  1. Tiada sebarang keperluan spesifik berhubung tempoh masa bagi pengeluaran e-Invois dikenakan, kecuali dalam kes tertentu berikut:

  • e-Invois disatukan: Penjual dikehendaki mengeluarkan e-Invois disatukan dalam tempoh tujuh (7) hari kalendar selepas akhir bulan. 

  • e-Invois bil kendiri untuk pengimportan barangan: Pembeli Malaysia dikehendaki mengeluarkan e-Invois bil kendiri selewat-lewatnya pada akhir bulan selepas bulan di mana pelepasan kastam diperolehi.

  • e-Invois bil kendiri untuk pengimportan perkhidmatan: Pembeli Malaysia dikehendaki mengeluarkan e-Invois bil kendiri selewat-lewatnya pada akhir bulan selepas bulan di mana pembayaran dibuat oleh pembeli Malaysia, atau penerimaan invois daripada pembekal asing, yang mana lebih awal - mengikut peraturan lazim yang terpakai untuk perkhidmatan bercukai yang diimport.

  • e-Invois untuk pendapatan asing: Penjual (iaitu, penerima pendapatan) dikehendaki mengeluarkan e-Invois selewat-lewatnya pada akhir bulan selepas bulan penerimaan pendapatan asing tersebut.

  • e-Invois bil kendiri bagi transaksi dropship di mana barangan tidak diimport secara fizikal ke Malaysia: Pembayar Cukai Malaysia mesti mengeluarkan e-Invois bil kendiri  apabila invois dari penjual asing direkodkan ke dalam sistem perakaunan pembayar cukai Malaysia.

  1. Bagi tujuan e-Invois bil kendiri ke atas pengimportan barangan, pembayar cukai perlu memasukkan nilai transaksi sebenar yang ditanggung sepertimana yang dinyatakan dalam invois penjual asing bagi tujuan e-Invois. Caj tambahan yang dikenakan mengikut incoterms yang dipersetujui (jika berkenaan) boleh dimasukkan dalam medan "Butiran caj lain".

  1. Pembayar cukai dibenarkan menggunakan sebarang format e-Invois dalam bentuk visual sepertimana yang digunakan oleh perniagaan pada ketika ini, dengan syarat kod QR yang mengandungi pautan pengesahan disertakan bersama.

  1. Pembayar cukai dikehendaki untuk mengesahkan butiran dari penjual atau pembeli asing bagi tujuan pengeluaran e-Invois. Untuk penjual atau pembeli asing tanpa TIN, pembayar cukai boleh menggunakan TIN umum yang disediakan oleh LHDN.

  1. Pembayar cukai boleh membuat pindaan ke atas sebilangan e-Invois asal dengan hanya mengeluarkan satu nota kredit, nota debit, atau nota bayaran balik e-Invois. 

  1. Penjual yang berada di kawasan luar bandar atau perniagaan yang menghadapi masalah sambungan internet yang lemah dan kekurangan infrastruktur untuk mengeluarkan e-Invois adalah dinasihatkan untuk menghubungi Pejabat LHDN yang berhampiran untuk perbincangan lanjut.

  1. Semasa tempoh peralihan sehinggalah e-Invois dilaksanakan sepenuhnya, semua pembayar cukai akan dibenarkan untuk mengemukakan sama ada bil, resit atau invois biasa (sekiranya penjual belum memasuki fasa atau tarikh pelaksanaan mandatori) atau e-Invois yang disahkan untuk membuktikan transaksi bagi tujuan percukaian.

  1. Bagi penyelarasan bersama-sama pihak Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM), pembayar cukai dikehendaki memasukkan butiran C3 semasa mengeluarkan e-Invois atau e-Invois bil kendiri.

  1. Medan "Nombor Rujukan Borang Kastam No. 1, 9 dan lain-lain” boleh dikecualikan untuk:

  • Barangan nilai rendah (LVG) yang diisytiharkan di bawah e-PAM semasa mengeluarkan e-Invois bil kendiri (konsesi diberi oleh LHDN untuk penyelarasan dengan JKDM).

  • Barangan yang diimport melalui penghantaran Loose Container Load (LCL) semasa mengeluarkan e-Invois bil kendiri (konsesi diberi oleh LHDN untuk penyelarasan dengan JKDM).

  • Transaksi dropship di mana barangan tidak diimport ke Malaysia apabila mengeluarkan e-Invois atau e-Invois bil kendiri.

  • Penghantaran barang antara Semenanjung Malaysia, Wilayah Persekutuan, Labuan, Sabah, dan Sarawak.

  1. Jika terdapat lebih daripada satu nombor rujukan borang kastam untuk barang yang diimport, pembayar cukai dibenarkan untuk memasukkan beberapa nombor rujukan borang kastam (jika berkenaan) di dalam medan "Nombor Rujukan Borang Kastam No.1, 9 dan lain-lain”.

  1. Pembayar cukai boleh menggunakan gabungan mekanisme penghantaran (API dan Portal MyInvois) tetapi disyorkan untuk melakukan penyesuaian bagi memastikan tiada duplikasi e-Invois yang dikemukakan kepada LHDN.

  1. e-Invois perlu dikeluarkan bagi caj yang dikenakan antara syarikat berkaitan.

  1. Bagi situasi di mana deposit boleh dikembalikan, e-Invois tidak perlu dikeluarkan. Walau bagaimanapun, sekiranya deposit berkenaan tidak dikembalikan, e-Invois perlu dikeluarkan.

  1. Pengilang boleh mengeluarkan e-Invois bil kendiri bagi pembayaran kepada ejen, pengedar atau pengagih berdasarkan konsep akruan atau ketika bayaran dibuat, asalkan layanan atau konsep yang dipilih ini perlu konsisten dan selaras dengan dokumen yang diberikan kepada ejen, pengedar atau pengagih (contohnya penyata) dan mengikut amalan atau kekerapan semasa.

Dengan landskap e-Invois yang sedang berkembang untuk setiap industri, sila layari https://www.finexusgroup.com/arema/ untuk maklumat terkini.


Kandungan ini disediakan oleh FINEXUS Sdn Bhd.

Tulisan ini tidak semestinya mencerminkan pendirian rasmi Malaysiakini.

Berminat untuk menyiarkan pengumuman anda di Malaysiakini? Hubungi kami di [email protected] atau WhatsApp di talian +60 17-323 0707 untuk sebarang pertanyaan.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS