Paling Popular
Terkini
mk-logo
Pengumuman
McDonald’s Malaysia Menceriakan Anak Yatim dari 400 Rumah Kebajikan
Diterbitkan:  Sep 28, 2024 9:30 AM
Dikemaskini: 1:21 AM

McDonald's Malaysia terus mengukuhkan komitmen kemasyarakatannya menerusi penganjuran Bulan Komuniti, yang kini memasuki tahun kelapan penganjurannya.

Diperkenalkan sejak 2017, program ini dikhususkan untuk meraikan hari jadi kanak-kanak yang kurang bernasib baik dengan sambutan istimewa dan bermakna untuk mencipta kenangan indah. Program ini akan dijalankan di lebih 370 cawangan McDonald’s di seluruh Malaysia.

Membantu Kebajikan Kanak-Kanak yang Memerlukan

Sambutan hari jadi yang merupakan acara utama Bulan Komuniti, pada 24 September yang lalu disertai oleh hampir 90 kanak-kanak dari Rumah Titian Kaseh, Rumah Raudhatul Al-Faeez dan Pusat Kebajikan Kasih Murni.

"Bulan Komuniti merupakan antara program teras dalam inisiatif kemasyarakatan McDonald’s Malaysia, mencerminkan dedikasi kami yang teguh terhadap membantu rakyat Malaysia yang memerlukan, terutamanya kanak-kanak kurang bernasib baik. Bantuan yang diberikan bukan sekadar membawa kegembiraan, malah menyokong kebajikan dan kesejahteraan mereka melalui sumbangan yang disalurkan semasa lawatan ke rumah kebajikan," kata Dato’ Haji Azmir Jaafar, Pengarah Urusan dan Rakan Operasi Tempatan McDonald’s Malaysia.

Mengadakan pelbagai aktiviti menarik untuk menceriakan anak-anak yatim

Majlis sambutan hari jadi yang diadakan di Rumah Titian Kaseh, Kuala Lumpur baru-baru ini merupakan antara majlis sambutan hari jadi terawal yang dianjurkan bagi membuka tirai Bulan Komuniti McDonald’s pada tahun ini.

Hampir 90 kanak-kanak dari Rumah Titian Kaseh, Rumah Raudhatul Al-Faeez, dan Pusat Jagaan Kasih Murni diceriakan dengan pelbagai aktiviti yang menarik dan dekorasi yang meriah.

"Saya amat menghargai usaha McDonald's Malaysia terhadap kanak-kanak yang memerlukan, lebih-lebih lagi memberi sokongan emosi daripada masyarakat seperti ini. Inisiatif McDonald's untuk meraikan anak-anak yatim dengan suasana yang ceria dan dekorasi yang indah adalah sangat bermakna. Saya yakin ini adalah kenangan yang tidak akan mereka lupakan," kata Muhammad Akmal Yosuf, Pengurus Rumah Titian Kaseh, Titiwangsa, Kuala Lumpur.

Program Bulan Komuniti merupakan sebahagian daripada Program Komuniti McDonald’s dan RMHC yang bertujuan untuk menceriakan dan memberikan impak positif kepada komuniti daripada pelbagai lapisan masyarakat.

“Program bulan komuniti ini adalah sebahagian daripada 19,000 program kemasyarakatan yang kami jalankan setiap tahun. Di bawah ‘Program Komuniti McDonald’s & RMHC’ kami juga laksanakan pelbagai lagi program seperti menyantuni warga emas semasa sambutan Hari Bapa, menyumbangkan moreh pada bulan Ramadan, memberi minuman selepas solat Jumaat, menyumbangkan barang keperluan untuk mangsa banjir dan memberi makanan kepada petugas barisan hadapan,” kata Dato’ Haji Azmir.

“Alhamdulillah, saya sangat bersyukur rumah kebajikan kami adalah antara yang diraikan oleh McDonald’s Malaysia pada tahun ini. Sejujurnya, mereka adalah syarikat pertama yang menyambut hari jadi anak-anak kami dan penganjurannya sungguh meriah sekali. Saya tengok anak-anak saya terlalu gembira bermain permainan, dapat hadiah pula yang lumayan, makan kek yang besar dan dapat gambar untuk mereka bawa balik sebagai kenang-kenangan. Saya harap keterujaan ini akan memberi mereka satu semangat yang baharuElza Izyan Erieza Zahalan, Pengurus Rumah Raudhatul Al-Faeez, Gombak.

“Ini pertama kali saya hadir ke program bersama rumah anak-anak yatim yang lain. Apabila tahun ini kami dijemput untuk sambut bersama di rumah kebajikan lain, anak-anak saya sangat teruja sebab dapat berjumpa kawan dan merasai suasana baru. Ini adalah satu pengalaman yang bermakna dan saya harap rumah kebajikan lain akan dapat merasa sambutan hari jadi dengan McDonald’s Malaysia kerana ia sangat memberi impak kepada anak-anak yang memerlukan” Nadia Afifah Zahari, Wakil Pusat Jagaan Kasih Murni, Taman Keramat.

Selain itu, McDonald’s Malaysia turut menyerahkan sumbangan barang keperluan dan wang tunai kepada rumah-rumah kebajikan yang terlibat bagi membantu meningkatkan keselesaan dan kesejahteraan kanak-kanak jagaan mereka.

“Sebagai syarikat milik tempatan, kami berdedikasi untuk memberi impak positif dengan menyentuh aspek kebajikan dan kesejahteraan komuniti. Hasrat kami adalah untuk menjadi jiran yang prihatin kepada rakyat Malaysia di sekeliling lokasi operasi restoran kami memandangkan restoran kami amat dekat dengan kawasan kejiranan masyarakat” tambah Dato’ Haji Azmir.


Pandangan yang dinyatakan di sini adalah pandangan penulis/penyumbang dan tidak semestinya mewakili pandangan Malaysiakini.

Berminat untuk mendapatkan kenyataan akhbar, wawancara eksklusif atau artikel kandungan berjenama anda di Malaysiakini? Untuk maklumat lanjut, hubungi [email protected] atau [email protected]


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS