Paling Popular
Terkini
mk-logo
Pengumuman
KPJ Healthcare, Mayo Clinic kerjasama anjur forum neurologi tentang gangguan saraf yang menjejaskan pergerakan untuk pengamal perubatan
Diterbitkan:  Sep 25, 2024 3:25 PM
Dikemaskini: 7:25 AM

KPJ Healthcare Berhad (“KPJ Healthcare”) dengan kerjasama Mayo Clinic, telah menganjurkan Forum Neurologi di Hospital Pakar KPJ Damansara (“KPJ Damansara”). Forum ini memfokuskan kepada gangguan sistem saraf yang menjejaskan pergerakan seperti Penyakit Parkinson yang turut dihadiri oleh pakar neurologi terkemuka, petugas kesihatan, dan pakar perubatan untuk membincangkan kemajuan terkini dalam rawatan serta berkongsi pandangan klinikal.

Gambar di atas: Dr. James Bower, Pakar Neurologi, Mayo Clinic bergambar Bersama pihak pengurusan KPJ Damansara Specialist Hospital serta kakitangan hospital.

Penyakit Parkinson merupakan isu global yang semakin meningkat dan membimbangkan, terutamanya melibatkan golongan warga emas. Menurut Parkinson’s Foundation, lebih daripada 10 juta orang di seluruh dunia menghidap penyakit Parkinson, satu gangguan yang menyebabkan penghidap menggeletar, masalah kekakuan dan keseimbangan. Kira-kira satu peratus daripada individu berumur lebih 60 tahun dan hampir empat peratus daripada mereka yang berumur lebih 80 tahun dikesan menghidap penyakit ini. 

Dr. James Bower, Pakar Neurologi, Mayo Clinic berkongsi tentang ‘Update on the Medical Treatment of Parkinson Disease’ di Forum Neurologi.

Forum tersebut menampilkan penceramah terkemuka termasuk Dr. James Bower, Pakar Neurologi Mayo Clinic; Dr. Azmi Abdul Rashid, Pakar Neurologi KPJ Damansara; Dr. Nordiana Nordin, Pakar Geriatrik KPJ Damansara; Dr. Nurhayati Mokhty, Pakar Radiologi KPJ Damansara; Dr. Teh Pei Chiek, Pakar Neurologi Damansara Specialist Hospital 2 dan Dr. Parwathi Alagirisamy, Ketua Unit Rehabilitasi di KPJ Damansara. Sesi perkongsian tersebut membincangkan tentang topik kemajuan terkini kaedah rawatan, kajian kes mengenai gangguan pergerakan dan strategi pemulihan untuk menambah baik hasil rawatan pesakit.

Dr. James Bower, Pakar Neurologi, Mayo Clinic menyertai lawatan hospital diiringi oleh wakil dari KPJ Damansara dan KPJ Healthcare Berhad

Chin Keat Chyuan, Presiden dan Pengarah Urusan KPJ Healthcare, berkata, "Kerjasama strategik dengan Mayo Clinic membolehkan kami terus meningkatkan kepakaran klinikal. Forum ini adalah salah satu daripada pelbagai usaha kami untuk meningkatkan tahap penjagaan dalam masalah neurologi, memastikan pesakit kami mendapat manfaat daripada kemajuan perubatan global terkini. Menurut Jabatan Perangkaan Malaysia, bilangan pesakit Parkinson dijangka meningkat daripada 20,000 pada tahun 2018 kepada 120,000 menjelang tahun 2040. Ini menguatkan lagi kepentingan untuk memastikan petugas kesihatan kita berada dalam keadaan siap siaga bagi menangani kes gangguan neurologi yang semakin meningkat melalui pengetahuan dan pilihan rawatan terbaik."

KPJ Damansara dan Hospital Pakar Damansara 2 (“DSH2”) adalah hospital pakar di Malaysia yang menjadi sebahagian daripada Mayo Clinic Care Network. Kerjasama ini memberi akses kepada pasukan perubatan KPJ untuk mendapatkan pengetahuan dan kepakaran Mayo Clinic, sekaligus memastikan pesakit di Malaysia mendapat manfaat terbaik mengikut standard penjagaan yang mengutamakan pesakit.


Kandungan ini disediakan oleh KPJ Healthcare Berhad.

Tulisan ini tidak semestinya mencerminkan pendirian rasmi Malaysiakini.

Berminat untuk menyiarkan pengumuman anda di Malaysiakini? Hubungi kami di [email protected] atau WhatsApp di talian +60 17-323 0707 untuk sebarang pertanyaan.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS