Paling Popular
Terkini
mk-logo
Pengumuman
Kajang Menjadi Lokasi Terbaru Selangor 1000 Digital Siri Keempat: Fokus pada Keusahawanan Digital dan Kreatif
Diterbitkan:  Sep 6, 2024 2:16 PM
Dikemaskini: 6:16 AM

Kajang, 5 September 2024 – Perbadanan Teknologi Maklumat dan Ekonomi Digital Selangor (Sidec) meneruskan kejayaan Program Selangor 1000 Digital dengan penganjuran siri keempat yang berlangsung di Dewan Seri Cempaka, Kajang. Program ini, yang berjaya menarik penyertaan 450 usahawan dari seluruh negeri, diadakan dari jam 9 pagi hingga 5 petang, dengan fokus kepada pemerkasaan keusahawanan digital dan industri kreatif di kawasan Hulu Langat.

Selangor 1000 Digital Siri Keempat ini adalah lanjutan daripada kejayaan tiga siri sebelumnya yang telah diadakan di beberapa daerah utama di Selangor seperti Shah Alam, Sabak Bernam dan Sepang. Program ini dianjurkan dengan kerjasama EXCO Belia, Sukan & Keusahawanan Negeri Selangor, bersama-sama dengan agensi-agensi negeri termasuk Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) atau MBI, Unit Perancang Ekonomi Negeri Selangor (UPEN), dan Platform Selangor (PLATS), serta sokongan daripada Majlis Perbandaran Kajang (MPKj).

Kajang, yang dikenali sebagai pusat ekonomi dan kebudayaan di daerah Hulu Langat, menjadi pilihan strategik untuk siri keempat ini. Lokasi ini mempunyai kepadatan usahawan yang tinggi, serta infrastruktur yang kondusif untuk pembangunan industri digital. Program ini dibangunkan dengan hasrat untuk membantu peserta mengembangkan perniagaan masing-masing melalui platform digital. Selain itu, jumlah pempamer juga telah bertambah sebanyak 22 daripada 15 untuk siri kali ini.

Siri Keempat ini memberi tumpuan kepada aspek-aspek penting dalam dunia keusahawanan digital, termasuk penciptaan kandungan kreatif, strategi pemasaran digital, dan teknik penstriman langsung. Peserta juga mendapat pendedahan langsung daripada pakar industri seperti pemain industri seperti Tiktok Shop Malaysia, Touch n Go Digital, Pos Malaysia, SHOPLINE Malaysia, Bizapp, Hijrah Selangor, GoFluence dan Maxis Business. Perkongsian ini memberi peserta pandangan berharga tentang bagaimana untuk memanfaatkan teknologi digital dalam mempercepatkan pertumbuhan perniagaan mereka.

Selain sesi latihan dan perkongsian industri, program di Hulu Langat juga akan menampilkan sesi khas bersama komuniti setempat, dan juga pempengaruh media sosial yang bertujuan untuk menggalakkan lebih ramai belia dan usahawan kecil untuk terlibat dalam ekonomi digital. Sesi ini akan memberi tumpuan kepada usahawan mikro dalam usaha memanfaatkan platform digital untuk meningkatkan visibiliti dan jualan produk mereka.

"Hulu Langat adalah kawasan pesat berkembang dengan ramai usahawan aktif. Kami yakin Selangor 1000 Digital di sini akan memberi impak besar kepada industri kreatif dan digital, serta menguatkan ekonomi tempatan," kata Y.B. Najwan Halimi, Exco Belia, Sukan & Keusahawanan Negeri Selangor. Beliau turut menambah, "Hasil program di daerah sangat positif. Saya harap peserta rajin menyemak laman-laman sesawang untuk manfaatkan program yang ada. Bukan sekadar bantuan kewangan, kerajaan Selangor memfokuskan kepada program yang membantu usahawan untuk berkembang. Usahawan haruslah memanfaatkan peluang ini untuk bantu komuniti”.

Y.B. Datuk Wira Johan Bin Abd Aziz, Ahli Dewan Negeri DUN Dusun Tua, turut menyatakan sokongan penuh beliau terhadap program ini: “Kerajaan negeri Selangor telah melaksanakan hampir 50 program yang memberi manfaat kepada usahawan, khususnya dalam bidang keusahawanan digital. Program bimbingan seperti Selangor 1000 Digital memberi peluang kepada para usahawan untuk memajukan perniagaan mereka secara digital. Usahawan perlu bijak merebut peluang yang disediakan, dan kerajaan negeri akan terus memberi sokongan untuk memperkasa ekonomi digital negeri ini.”

Pendaftaran dan Maklumat Lanjut

Para usahawan yang berminat untuk menyertai Selangor 1000 Digital bagi Siri Kelima iaitu siri yang terakhir di Gombak dijemput untuk mendaftar melalui laman web rasmi Sidec di https://www.sidec.com.my/1000-digital/. Untuk maklumat lanjut dan perkembangan terkini, sila ikuti laman media sosial Sidec.


Kandungan ini disediakan oleh Sidec.

Pandangan yang dinyatakan di sini adalah pandangan penulis/penyumbang dan tidak semestinya mewakili pandangan Malaysiakini.

Berminat untuk mendapatkan kenyataan akhbar, wawancara eksklusif atau artikel kandungan berjenama anda di Malaysiakini? Untuk maklumat lanjut, hubungi [email protected] atau [email protected].


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS