Paling Popular
Terkini
mk-logo
Pengumuman
Tangani penipuan telefon, PDRM dan POS Malaysia seru rakyat Malaysia muat turun Aplikasi Anti-Penipuan Whoscall secara percuma sekarang!
Diterbitkan:  Aug 27, 2024 10:24 AM
Dikemaskini: 3:00 AM

Sertai gerakan #ScamFreeMalaysia dengan memuat turun Whoscall dan tebus 60-Hari Whoscall Premium dengan melayari https://bit.ly/POSAntiScam dan gunakan kod promosi PosAntiScam.

Tahukah anda?

Dari tahun 2021 hingga 2023, Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah menyiasat sebanyak 8,011 kes phone scam, yang membabitkan nilai kerugian melebihi RM440 juta. Yang lebih membimbangkan, 448 daripada kes ini melibatkan sindiket menyamar sebagai kakitangan Pos Laju, membabitkan kerugian lebih daripada RM27 juta.

Pada tahun 2024 sahaja, sehingga bulan Julai, telah berlaku 87 kes penyamaran sebagai kakitangan Pos Laju yang mengakibatkan kerugian hampir RM3 juta. Statistik yang membimbangkan ini menunjukkan betapa pentingnya langkah keselamatan yang lebih ketat untuk menangani ancaman ‘phone scam’ atau penipuan telefon yang semakin meningkat.

Sebagai respons kepada krisis ini, PDRM, Pos Malaysia, dan Whoscall telah berganding bahu dalam inisiatif #ScamFreeMalaysia untuk memperkuatkan usaha melawan penipuan bungkusan. Kerjasama ini merupakan kesinambungan kejayaan fasa pertama kempen dengan PDRM pada tahun 2023.

Apakah Langkah-Langkah yang Dilaksanakan dalam Kerjasama Ini?

Whoscall telah bekerjasama dengan Pos Malaysia untuk memajukan inisiatif #ScamFreeMalaysia. Kerjasama ini disokong oleh PDRM dan melibatkan pendaftaran semua nombor operasi dari Pos Malaysia, termasuk yang digunakan oleh posmen, sebagai ‘verified numbers’ (‘nombor yang disahkan’) dalam aplikasi Whoscall. Ini bermakna pengguna Whoscall akan menerima notifikasi yang dipercayai untuk panggilan dan SMS dari Pos Malaysia, sekaligus mengurangkan risiko menjadi mangsa penipuan telefon, terutamanya penipuan parcel.

Saksikan video Kesedaran Perkhidmatan Awam #ScamFreeMalaysia bagi melengkapkan diri anda dengan pengetahuan penting demi keselamatan di alam siber

Kenapa Whoscall?

Whoscall adalah aplikasi anti-penipuan yang dipercayai dan telah disahkan oleh PDRM serta baru-baru ini dilantik oleh CyberSecurity Malaysia sebagai rakan strategik Anti-Penipuan mereka. Aplikasi ini juga sudah mendapat pensijilan oleh Pertubuhan Antarabangsa untuk Piawaian ISO 27001 dan 27701 untuk melindungi data pengguna. Whoscall kini digunakan secara meluas di peringkat antarabangsa, termasuk di Taiwan, Hong Kong, Thailand, Korea, dan Filipina.

Dengan ciri terbarunya, ‘Auto Web Checker’, teknologi anti-penipuan Whoscall kini bukan sekadar manapis panggilan dan teks. Aplikasi ini menawarkan perlindungan segera dengan memantau laman web yang diakses melalui pelayar dan aplikasi lain, serta secara automatik memberi amaran kepada pengguna tentang risiko penipuan. Selain itu, pengguna boleh memeriksa URL yang mencurigakan secara manual dengan hanya menyalin dan menampal pautan tersebut dalam aplikasi Whoscall untuk melihat sama ada ia selamat atau tidak. Anda tidak lagi perlu bergantung hanya pada kata hati untuk mengenal pasti pautan atau laman web scammer! Ciri ini, digabungkan dengan pengesahan nombor Whoscall, menawarkan perlindungan menyeluruh terhadap panggilan penipuan dan laman web yang mencurigakan, menjadikannya lebih mudah serta menjamin keselamatan anda ketika dalam talian.

Bagaimana Kerjasama Ini Membantu Rakyat Malaysia?

#1 Nombor Yang Disahkan: Nombor telefon Pos Malaysia, termasuk nombor posmen, akan disahkan dalam aplikasi Whoscall. Pengesahan ini membantu pengguna mengenal pasti panggilan dan SMS yang sah, mengurangkan kemungkinan terjebak dalam penipuan.

#2 Perlindungan Dipertingkatkan: Teknologi Whoscall, termasuk ciri terbarunya, ‘Auto Web Checker’, memudahkan penentuan keselamatan pautan yang tidak dikenali dalam mesej teks, carian, atau kumpulan sembang melalui aplikasi- aplikasi pesanan ringkas segera dengan satu klik sahaja. Terima penilaian risiko segera untuk melayari internet dengan tenang.

#3 Tawaran Eksklusif: Rakyat Malaysia boleh mengatasi penipuan dalam talian dan melindungi diri dengan Whoscall. Muat turun aplikasi secara percuma dan tebus percubaan percuma 60 hari untuk Ciri Premium Whoscall hari ini dengan melayari https://bit.ly/POSAntiScam atau imbas Kod QR dan menggunakan kod promosi PosAntiScam. 

Untuk maklumat lanjut mengenai Kempen #ScamFreeMalaysia, kunjungi https://www.pos.com.my/scam-update. Untuk kemas kini lebih lanjut mengenai Whoscall, layari akaun media sosial mereka di Facebook dan TikTok.

Bersama-sama, mari kita melawan scam dan berusaha ke arah #ScamFreeMalaysia!


Kandungan ini disediakan oleh Whoscall.

Tulisan ini tidak semestinya mencerminkan pendirian rasmi Malaysiakini.

Berminat untuk menyiarkan pengumuman anda di Malaysiakini? Hubungi kami di [email protected] atau WhatsApp di talian +60 17-323 0707 untuk sebarang pertanyaan.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS