Paling Popular
Terkini
mk-logo
Pengumuman
Sidec Melancarkan Selangor 1000 Digital: Memperkasa 500 Usahawan Tempatan dengan Transformasi Digital
Diterbitkan:  Jun 4, 2024 10:39 AM
Dikemaskini: 2:39 AM

Shah Alam, 30 Mei 2024 – Perbadanan Teknologi Maklumat dan Ekonomi Digital Selangor (Sidec) mengumumkan pelancaran program Selangor 1000 Digital Siri 1 di Pusat Konvensyen MBSA, Shah Alam. Inisiatif ini bertujuan memperluaskan transformasi digital usahawan tempatan dengan menyediakan sumber, latihan, dan sokongan penting kepada 500 usahawan e-dagang dan 500 hos penstriman langsung di seluruh Selangor.

VIP enam dari kiri: En. Raymond Lee Wei Hwa, Ketua Pemasaran Perniagaan dan Pembangunan, Perbankan Perusahaan Kumpulan, Affin Bank Berhad, En. Yong Kai Ping, Ketua Pegawai Eksekutif Sidec, Yang Berusaha Tuan Technologist Saipolyazan M Yusop, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan),Yang Berhormat Tuan Mohd Najwan Halimi, EXCO Belia, Sukan & Keusahawanan Negeri Selangor, Tuan Haji Madiyan Baweh, Pemangku Timbalan Datuk Bandar bersama barisan rakan- rakan strategik di Program Selangor 1000 Digital di Pusat Konvensyen MBSA, Shah Alam.

Program ini dianjurkan oleh Sidec dan agensi-agensi utama negeri termasuk Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) atau MBI, Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), dan Unit Perancang Ekonomi Negeri Selangor (UPEN) dan Platform Selangor (PLATS), telah mencerminkan komitmen negeri untuk memupuk ekonomi digital yang dinamik. Inisiatif ini akan berlangsung dari Mei hingga September di lima lokasi berbeza di seluruh Selangor sepanjang tahun 2024.

Di bawah tema "Jom Digital, Pintar Bersama", program ini memperkenalkan penyelesaian digital yang komprehensif untuk meningkatkan operasi perniagaan. Ini termasuk konsep perniagaan O2O (offline to online) dan OMO (online merge offline), strategi pemasaran digital, dan teknik penstriman langsung. Selain itu, peserta akan didedahkan kepada pelbagai platform dan perkhidmatan e-dagang, belajar kemahiran praktikal untuk memulakan perniagaan mereka, dan berinteraksi dengan pakar industri untuk mengikuti perkembangan terkini dalam trend digital.

Perkongsian berkenaan tips untuk usahawan kembangkan perniagaan bersama Diyana, Eksekutif Kanan Perkongsian, Jualan & Acara daripada TikTok Shop.

Sidec mempunyai rekod cemerlang dalam mendorong transformasi digital dan inovasi. Sehingga kini, Sidec telah berjaya melaksanakan lebih daripada 80 inisiatif digital, menjana nilai dagangan kasar (GMV) sebanyak RM 736.12 juta dan memperkasakan lebih daripada 70,000 usahawan teknologi, PKS, dan syarikat permulaan.


Kandungan ini disediakan oleh Sidec.

Pandangan yang dinyatakan di sini adalah pandangan penulis/penyumbang dan tidak semestinya mewakili pandangan Malaysiakini.

Berminat untuk mendapatkan kenyataan akhbar, wawancara eksklusif atau artikel kandungan berjenama anda di Malaysiakini? Untuk maklumat lanjut, hubungi [email protected] atau [email protected].


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS