Paling Popular
Terkini
mk-logo
Pengumuman
Program Peningkatan Kemahiran Untuk Belia Komuniti India: Malaysian Indians Skills Initiative (MISI) KESUMA-MITRA
Diterbitkan:  May 3, 2024 11:44 AM
Dikemaskini: 3:46 AM

PUTRAJAYA, 2 MEI 2024 – Kementerian Sumber Manusia (KESUMA) menyambut baik pengumuman YAB Perdana Menteri Dato' Seri Anwar Ibrahim untuk menyediakan geran latihan bagi pelaksanaan Malaysian Indians Skills Initiative (MISI) KESUMA-MITRA dengan dana sebanyak RM30 juta.

Dana tersebut akan disalurkan kepada program-program peningkatan kemahiran untuk belia komuniti India yang akan diterajui oleh KESUMA, menerusi HRD Corp, dan dengan kerjasama Kementerian Kewangan dan Unit Transformasi Masyarakat India Malaysia (MITRA). Inisiatif ini akan menekankan latihan di bidang-bidang kritikal yang memenuhi kehendak industri dan keperluan negara. Ini selaras dengan aspirasi 3K KESUMA yang bertujuan untuk meningkatkan Kebajikan, Kemahiran dan Keberhasilan pekerja.

Maklumat lanjut tentang program-program latihan di bawah MISI KESUMAMITRA ini, akan diumumkan tidak lama lagi.

STEVEN SIM CHEE KEONG

MENTERI SUMBER MANUSIA

2 MEI 2024


Kandungan ini disediakan oleh HRD Corp.

Pandangan yang dinyatakan di sini adalah pandangan penulis/penyumbang dan tidak semestinya mewakili pandangan Malaysiakini.

Berminat untuk mendapatkan kenyataan akhbar, wawancara eksklusif atau artikel kandungan berjenama anda di Malaysiakini? Untuk maklumat lanjut, hubungi [email protected] atau [email protected].


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS