Paling Popular
Terkini
mk-logo
Pengumuman
DDNK 'Kembali' dengan pendekatan AI dalam pelaburan
Diterbitkan:  Dec 19, 2023 5:55 PM
Dikemaskini: 9:55 AM

KUALA LUMPUR, 19hb Disember 2023: Dunia menuju ke era yang lebih dinamik dan sistematik apabila segala bentuk kemudahan dalam kehidupan dibantu sepenuhnya oleh teknologi seperti “Kecerdasan Buatan” yang lebih dikenali sebagai Artificial Intelligence (AI). Begitu juga dalam pasaran pelaburan saham tempatan mahupun dunia yang turut menerima impak yang besar. Para pelabur akan dapat membuat keputusan yang lebih positif dalam pelaburan, dengan bantuan sistem Artificial Intelligence (AI) yang akan datang ini dalam mengenal pasti saham-saham yang diniaga rendah dan meramalkan saham mana yang berpotensi melonjak naik di masa hadapan.

Penganalisis ekonomi dan pasaran yang dikenali ramai, Dato Dr Nazri Khan atau lebih dikenali dengan panggilan DDNK, ’kembali’ menjadi rujukan para pelabur dan institusi di Malaysia apabila prestasi pulangan Private Mandate dan pelaburan Unit Amanah dibawah seliaan beliau, berjaya mendapat keuntungan untuk tahun 2023. Selain itu, formula baru dalam pelaburan seperti pendekatan Artificial Intelligence (AI) yang disarankan oleh DDNK dalam program pendidikan dan latihan beliau adalah formula yang berpotensi untuk memberikan keuntungan kepada pelabur serta sebagai salah satu kaedah baru dalam industri pelaburan negara yang bakal diperkenalkan.

DDNK, menyatakan arah tuju pasaran saham 2024 mempunyai potensi bagi menguntungkan ramai pelabur dan juga pemain industri dengan adanya sistem Artificial Intelligence (AI) sebagai salah satu sokongan utama kepada pelabur dalam membuat pelaburan.

DDNK sebagai Ketua Ekonomi dan Pengurus Dana Bebas, Inter-Pacific Asset Management Sdn. Bhd, menawarkan pengalaman, kepakaran serta ilmu pelaburan yang beliau ada kepada pelabur, individu atau Syarikat Korporat melalui produk-produk pelaburan dibawah kendalian beliau termasuk program latihan pelaburan yang dianjurkan sepanjang tahun 2024.

Melalui sidang media khas Inter-Pacific Asset Management Sdn Bhd Market Outlook 2024, DDNK berkongsi dengan hadirin, prestasi semasa dan hasil pulangan produk pelaburan yang beliau telah uruskan. Menurut analisa yang dilakukan oleh Lipper Analytics dan Novagni Sdn Bhd, salah satu produk Dana Borong (Wholesale Fund) iaitu InterPac Dana Ghani mencatat pulangan sebanyak 111.68% YTD (30/11/2023), Interpac Dana Abadi 55.46% YTD ( 30/11/2023 ) manakala prestasi ‘Private Mandate’ dibawah kendalian beliau juga mencatat pulangan sebanyak 41.96% ( Aggressive ), 48.08% ( Conservative ), 71.75% ( Super Aggressive ), 49.96% ( Ultra Conservative ) YTD (30/11/2023).

Beliau juga menjangkakan tahun 2024 adalah tahun permulaan ‘Super Bull’ kepada pasaran-pasaran serantau dan juga Global yang membawa kepada era ‘DotAI’ yang bakal menjadi sektor tumpuan seperti mana yang telah berlaku pada tahun 1995 dimana tercetusnya era revolusi internet dan Dotcom Bubble.

Disamping itu, DDNK turut melancarkan buku terbaru Autopilot Millionaire khas untuk para pelabur serta peserta kursus latihan dalam program yang bakal dianjurkan oleh DDNK sepanjang tahun 2024 dengan pendekatan pelaburan terbaru dari DDNK.

Tidak ketinggalan juga, DDNK memberikan penjelasan dan pencerahan beberapa tip, agar tidak terpedaya dengan sindiket pelaburan yang tidak sah atau penipuan atas talian (scammer online) yang mengunakan nama, gambar serta video beliau yang bertujuan untuk memperdaya orang awam malah memberi kesan negatif terhadap reputasi beliau sebagai pengurus wang berlesen yang bertauliah. Orang ramai atau bakal pelabur perlu tahu bagaimana untuk menjadi lebih bijak dalam berhadapan dengan penipuan yang licik ini.

Untuk makluman tentang program-program terkini atau produk-produk pelaburan dibawah pengurusan Inter-Pacific Asset Management Sdn Bhd dan DDNK, boleh ikuti laman sesawang dan media sosial berikut :

Inter-Pacific Asset Management Sdn Bhd

Website : https://www.interpac-asset.com.my
Instagram :
https://www.instagram.com/interpacificam/
Facebook :
https://www.facebook.com/interpacificam
LinkedIn :
https://www.linkedin.com/in/inter-pacific-asset-management-sdn-bhd-51653423a/
Talian Hotline : +603-21171889
Email :
[email protected]

DDNK

Website : https://www.ddnk.ai
Instagram :
https://www.instagram.com/datodrnazrikhan.official/
Facebook :
https://www.facebook.com/mohdnazrikhan
TikTok :
https://www.tiktok.com/@datodrnazrikhan
Telegram :
https://t.me/DDNKTelegramOfficial
Twitter :
https://twitter.com/DatoDrNazriKhan
LinkedIn :
https://my.linkedin.com/in/dato-dr-nazri-khan-ddnk
Talian Hotline : 014-6694164 / 014-6698307 / 03-61446111
Email :
[email protected]

Para pelabur dinasihatkan untuk membaca dan memahami kandungan Salinan Prospektus, Prospektus Tambahan, Lembaran Sorotan Produk (Product Highlights Sheet - PHS), Memorandum Maklumat (Information Memorandum), dan Perjanjian Mandat Persendirian (Private Mandate Agreement) yang berkaitan sebelum melabur. Antaranya, para pelabur harus mempertimbangkan yuran dan caj yang terlibat. Prestasi dana yang lalu bukan petunjuk prestasi masa depan dan pengagihan pendapatan adalah tidak dijamin.

Para pelabur perlu membuat penilaian sendiri tentang kelebihan dan risiko pelaburan. Jika ragu, pelabur perlu mencari nasihat profesional.


Artikel ini disediakan oleh DDNK

Tulisan ini tidak semestinya mencerminkan pendirian rasmi Malaysiakini.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS