Paling Popular
Terkini
mk-logo
Pengumuman
Lawatan Rasmi Pertama Menteri Sumber Manusia dan Timbalan Menteri Sumber Manusia ke HRD Corp
Diterbitkan:  Dec 19, 2023 9:00 AM
Dikemaskini: 1:00 AM

Yang Berhormat Steven Sim Chee Keong, Menteri Sumber Manusia dan Yang Berhormat Dato' Sri Abdul Rahman bin Hj. Mohamad, Timbalan Menteri Sumber Manusia telah mengadakan lawatan rasmi pertama ke Ibu Pejabat Human Resource Development Corporation (HRD Corp) pada pagi semalam, 18 Disember 2023.

Lawatan ini merupakan kesinambungan daripada siri lawatan YB Steven Sim Chee Keong ke agensi-agensi di bawah Kementerian Sumber Manusia sejurus pelantikannya sebagai Menteri Sumber Manusia pada 12 Disember 2023. 

YB Steven Sim semasa menerima taklimat daripada pihak pengurusan HRD Corp

Sewaktu kunjungan tersebut, YB Steven Sim dan YB Dato’ Sri Abdul Rahman telah melawat kaunter perkhidmatan pelanggan dan beberapa jabatan penting di HRD Corp. 

YB Menteri dan YB Timbalan Menteri juga telah menerima taklimat ringkas mengenai fungsi, inisiatif dan pencapaian HRD Corp sepanjang tahun 2023. HRD Corp juga telah berkongsi rekod tertinggi agensi untuk pungutan levi, iaitu sebanyak RM2.2 billion, bayaran tuntutan sebanyak RM1.4 billion, tempat latihan sebanyak 2.1 juta dan majikan berdaftar sebanyak 90,000 dengan jumlah 5 juta pekerja. 

YB Steven Sim dan YB Dato' Sri Abdul Rahman semasa mengunjungi pekerja HRD Corp di Wisma HRD Corp, Kuala Lumpur

YB Steven Sim turut menyampaikan amanat kepada Jawatankuasa Kepimpinan Kanan HRD Corp agar dapat bersama-sama memperkasa agenda pembangunan modal insan negara. Yang Berhormat Menteri turut menegaskan kepentingan Kementerian dan agensi seperti HRD Corp untuk meningkatkan kemahiran dan menjaga kebajikan pekerja, di samping memperkuatkan keberhasilan program dan inisiatif HRD Corp menerusi usahasama dengan rakan strategik di peringkat domestik dan antarabangsa. 

YB Dato’ Sri Abdul Rahman turut melafaskan hasrat beliau untuk melihat kerjasama yang lebih erat di kalangan agensi dan jabatan di bawah Kementerian Sumber Manusia dan juga Kementerian Kementerian lain. 

YB Steven Sim dan YB Dato' Sri Abdul Rahman dengan warga HRD Corp di Wisma HRD Corp, Kuala Lumpur

Ketibaan YB Menteri dan YB Timbalan Menteri telah disambut oleh Yang Berbahagia Datuk Wira Shahul Dawood, Ketua Eksekutif dan Ahli Jawatankuasa Kepimpinan Kanan HRD Corp. Turut hadir, Yang Berbahagia Dato’ Hajah Norison binti Ramli, Timbalan Ketua Setiausaha (Operasi) Kementerian Sumber Manusia.


Artikel ini disediakan oleh HRD Corp

Tulisan ini tidak semestinya mencerminkan pendirian rasmi Malaysiakini.
  



Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS