Berdasarkan hasil Tinjauan Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan pada 2019, dianggarkan sebanyak 3.9 juta rakyat Malaysia mempunyai diabetes. Kadar kelaziman untuk penyakit ini meningkat daripada 13.4% pada 2015 kepada 18.3% pada tahun 2019. Ini bermakna 1 daripada 5 orang dewasa mempunyai diabetes, sekali gus menjadikan Malaysia sebagai "Negara Termanis di Asia".
Diabetes mampu mengubah kehidupan seseorang individu secara dramatik, ia bukan sahaja memberi impak kepada kesihatan fizikal malah turut menjejaskan emosi dan mental seseorang. Bagi individu yang bertarung dengan diabetes, pastinya mereka akan menempuh satu perjalanan yang sukar untuk mencari kesejahteraan hidup. Namun, Resurge®️ DM memberi sinar baharu kepada individu yang sedang bertarung dengan diabetes. Keberkesanan formula makanan tambahan yang luar biasa ini telah dibuktikan sendiri oleh dua individu ini*.
Testimoni 1: Chai May Hsia*
Chai May Hsia berkongsi pengalamannya menjaga bapa mertua yang menghidap penyakit 3 serangkai; diabetes, kolesterol tinggi, dan darah tinggi berpunca daripada amalan pemakanan yang tidak seimbang. “Selepas diserang strok untuk kali kedua, bapa mertua saya bergantung sepenuhnya kepada Resurge®️ DM untuk mendapatkan nutrien yang diperlukan, memandangkan pada masa itu dia hanya boleh makan melalui tiub. Selepas beberapa bulan, kesihatannya semakin membaik. Kini, dia sudah boleh menikmati makanan pepejal seperti biasa dan dos insulinnya juga berkurangan daripada sebelum ini.”
Testimoni 2: Atiyatussaadah*
Puan Atiyatussaadah yang telah didiagnos dengan penyakit diabetes pada usia 57 tahun turut berkongsi kisahnya: “Saya menjadi susah hati setelah didiagnos dengan penyakit diabetes. Aras glukosa dalam darah saya yang paling tinggi ialah 12.2mmol/L. Selepas minum Resurge®️ DM selama 6 bulan, saya gembira dengan perubahan yang dialami dan aras glukosa saya juga kekal pada tahap yang stabil. Saya juga berasa lebih bertenaga berbanding sebelum ini. Oleh itu, saya telah mengesyorkan Resurge®️ DM kepada rakan-rakan saya.”
Temukan Keajaiban Resurge® DM
Resurge®️ DM lebih daripada sekadar minuman tambahan; ia adalah makanan tambahan yang lengkap dan rendah GI dilengkapi dengan 28 vitamin dan mineral. Resurge®️ DM dilengkapi dengan semua khasiat yang diperlukan untuk pemakanan yang sihat dan seimbang.
Resurge®️ DM menawarkan 3 manfaat utama yang berbeza berbanding semua produk sama di pasaran:
Resurge®️ DM mempunyai pendekatan komprehensif untuk mengawal gula dalam darah melalui 5 khasiat utama, iaitu Kromium, Inositol, Dwi-Serat, Protein Whey, dan Trigliserida Rantai Sederhana. Semua khasiat ini membantu merangsang penghasilan insulin yang penting dalam mengawal aras gula dalam darah dan dibantu dengan nutrien seperti Kromium yang mengawal tindakan insulin dan metabolisme serta nutrien Inositol dalam hati dan buah pinggang yang merangsang sensitiviti insulin untuk aras gula dalam darah yang lebih stabil.
Kebiasaannya, setiap individu memerlukan sekitar 25 – 30 mikrogram Kromium setiap hari yang boleh diperolehi daripada pemakanan rutin. Namun, kajian menunjukkan bahawa individu yang mempunyai diabetes memerlukan lebih banyak Kromium – sekitar 200 mikrogram setiap hari – untuk menyokong fungsi insulin dan mengekalkan aras gula dalam darah yang stabil. Untuk mencapai pengambilan 200 mikrogram sehari, ia bersamaan dengan memakan kandungan Kromium yang terdapat dalam 10 cawan brokoli (sayur brokoli mempunyai kandungan Kromium tertinggi antara semua makanan) atau bersamaan dengan memakan 100 cawan sayur-sayuran lain. Walau bagaimanapun, pengambilan 2 cawan Resurge®️ DM sehari adalah bersamaan dengan mengambil 200mikrogram Kromium.
Dalam Resurge®️ DM, nutrien Inositol merupakan antara nutrien penting yang membezakan Resurge®️ DM dengan jenama lain di pasaran. Inositol ialah sejenis gula yang berada dalam badan dan boleh ditemui dalam pelbagai jenis makanan. Nutrien ini mempunyai kebolehan untuk memperbaiki sensitiviti insulin dalam individu yang mempunyai diabetes. Kajian menunjukkan bahawa individu yang mengambil dos sebanyak 800 mikrogram Inositol dengan asid folik, mempunyai aras gula dalam darah yang lebih rendah berbanding kumpulan kawalan. Resurge®️ DM mengandungi 800 mikrogram Inositol untuk melengkapi keperluan khasiat individu yang mempunyai diabetes. Pengambilan Inositol yang mencukupi mampu membantu mengawal aras gula dalam darah sekali gus mengawal kadar glisemik kepada kadar yang lebih seimbang.
1 daripada 8 individu dengan diabetes mengalami risiko lebih tinggi untuk mendapat masalah kesihatan yang berkaitan seperti hipertensi (darah tinggi) dan kolesterol tinggi. Berbeza dengan pelbagai produk lain di pasaran yang hanya menyasarkan diabetes, Resurge®️ DM memberi penyelesaian komprehensif dengan menumpukan kepada penyakit tiga serangkai ini. Ia membantu mengekalkan aras kolesterol dengan mengurangkan kolesterol dalam darah melalui khasiat seperti Protein Soya, Omega 3 dan 6, serta Serat.
Tambahan lagi, Resurge®️ DM mempunyai sodium yang rendah dan membolehkan individu dengan diabetes untuk meminimumkan pengambilan sodium harian mereka. Kandungan sodium yang rendah iaitu 129 miligram berbanding produk lain di pasaran selain nutrien L-Kartinin dan Taurina yang menyokong pengawalan tekanan darah kepada tahap yang optimum. Pendekatan holistik ini menyumbang kepada kesejahteraan keseluruhan.
Menurut Panduan Amalan Klinikal Malaysia untuk Pengurusan Diabetes Mellitus Jenis 2 (Edisi Kelima 2015), walaupun pengambilan pengganti hidangan seperti Resurge®️ DM digalakkan, pengambilan ini mesti diikuti dengan pelan pemakanan yang sihat dan komprehensif sebagai program pemulihan pemakanan. Bukti klinikal menunjukkan bahawa pengambilan pengganti hidangan dalam rutin pemakanan harian mempunyai impak yang tinggi terhadap pengurangan berat badan dan pengawalan gula dalam darah berbanding hanya mengawal pemakanan semata-mata.
Dalam usaha untuk meningkatkan kesedaran mengenai penyakit diabetes, dan dalam masa sama memberi sokongan kepada individu yang menghidap diabetes menuju ke arah hidup yang lebih sejahtera, BIG Pharmacy menawarkan ujian darah untuk mengenal pasti aras gula dalam darah hanya dengan harga RM1 dengan setiap pembelian Resurge®️ DM 850g. Promosi ini berlangsung bermula 18 September 2023 hingga 30 November 2023, bersempena dengan Hari Diabetes Sedunia pada bulan November.
Resurge®️ DM boleh didapati secara ekslusif di cawangan BIG Pharmacy seluruh negara.
Mengenai Resurge®️
Resurge®️ pertama kali diperkenalkan pada tahun 2016 untuk menyediakan minuman nutrisi yang berkualiti tinggi. Jenama ini dikenali oleh para doktor di Malaysia dan disyorkan oleh Persekutuan Persatuan Pengamal Perubatan Swasta Malaysia (FPMPAM) pada 2019. Resurge®️ diformulasi berdasarkan kajian yang telah dijalankan dan dibuktikan keberkesanannya untuk memastikan kesihatan yang optimum. Rangkaian produk Resurge®️ ialah Resurge®️ DM, Resurge®️ Gold, Resurge®️ Multigrain, Resurge®️ Junior, dan Resurge®️ Lite.
Artikel ini disediakan oleh Quantum Upstream Sdn Bhd
Tulisan ini tidak semestinya mencerminkan pendirian rasmi Malaysiakini.