Kuala Lumpur, 4 Oktober 2023 – Allianz Asia Pacific (AZAP) telah melancarkan Pusat Penghantaran Serantau (RDC) yang berpangkalan di Kuala Lumpur, Malaysia secara rasmi.
Dengan RDC, AZAP akan mengubah perkhidmatan dan keupayaan ITnya supaya menjadi model operasi terpiawai dan berindustri untuk menyampaikan perkhidmatan pelanggan yang berada dalam kelasnya yang tersendiri, mempercepatkan inovasi dan mengatasi prestasi persaingan. Timbalan Menteri Kewangan II Steven Sim Chee Keong merasmikan RDC di sebuah majlis pelancaran secara maya yang diadakan di Hotel Aloft, Kuala Lumpur hari ini.
Distrukturkan bersama dengan Allianz Technology SE (AzT), bahagian teknologi Kumpulan yang bertanggungjawab untuk perkhidmatan data dan digital, AZAP kini akan menempatkan semua kecekapan bekalan IT di rantau ini untuk meningkatkan kecekapan operasi. RDC memulakan operasi pada 4 Oktober dari Aras 17, Menara Allianz Sentral. Pusat itu akan menyediakan perkhidmatan IT kepada semua Entiti Operasi (OE) Allianz di Asia Tenggara.
Ketua Pegawai Eksekutif Allianz Malaysia Berhad Sean Wang berkata RDC ialah sebuah perubahan penting untuk Syarikat. “Penubuhan RDC adalah langkah yang besar dalam usaha kami untuk mencapai kecemerlangan teknologi. Pusat ini akan membolehkan kami menyatukan piawaian kami dan menambah baik penyampaian perkhidmatan IT bukan sahaja untuk Allianz Malaysia tetapi untuk semua entiti operasi di rantau Asia Tenggara.
Malaysia telah dipilih kerana lokasi geografi pusatnya di rantau ini, di samping mempunyai tenaga kerja yang berbakat dengan kemahiran yang tepat untuk menjayakan projek ini.
“Hab IT serantau yang baharu ini dijangka akan mencipta dalam 500 peluang kerjaya berasaskan teknologi yang berkemahiran tinggi dan bergaji tinggi untuk rakyat Malaysia. Ini mencerminkan keyakinan Allianz dalam menjadikan Malaysia sebagai hab untuk inovasi dan kecemerlangan teknologi,” sambung Sean.
Anusha Thavarajah, Ketua Pegawai Eksekutif Serantau, Allianz Asia Pasifik, berkata, "Memodenkan dan mengharmonikan perkhidmatan IT kami menjadi sebuah model operasi standard adalah kunci untuk memenuhi cita-cita yang ditetapkan dalam strategi Pinnacle kami. Ini membawa Allianz Asia Pasifik ke arah menjadi sebuah organisasi yang lebih berpusatkan pelanggan, dan membolehkan lebih banyak kecekapan operasi dalam pasaran Asia yang sentiasa berkembang. Dengan menghimpunkan kekuatan dan kepakaran kedua-dua organisasi, kami memperkasakan individu berbakat kami dengan menggabungkan usaha mereka, bertukar ilmu pengetahuan dan meningkatkan kemahiran serta kepakaran mereka."
Iain Briggs, Ketua Pegawai Teknologi & Transformasi, Allianz Technology, berkata, "Kami teruja untuk memajukan perjalanan transformasi kami dengan keupayaan strategik Pusat Penghantaran Serantau di Malaysia.
“Saya berbesar hati untuk memperkenalkan Carmen Casagranda, sebagai Ketua IT bagi Asia, termasuk eksekutif penyelia anak syarikat Malaysia baharu kami, Allianz Technology Sdn. Bhd. Carmen membawa banyak pengalaman dan rekod prestasi yang terbukti dalam menyampaikan perubahan transformasi perniagaan dan teknologi sebagai CIO Insurans merentasi pasaran antarabangsa. Saya yakin kepakaran beliau akan membimbing syarikat kami ke tahap baharu sejajar dengan visi Allianz Technology untuk membawa IT lebih dekat dengan perniagaan dan perniagaan lebih dekat dengan IT."
Allianz kekal komited untuk terus mengutamakan pelanggan dan sentiasa mencari cara untuk memastikan pengalaman hujung-ke-hujung pelanggan lebih menyenangkan.
Artikel ini disediakan oleh Allianz Malaysia Berhad