Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Pengumuman
McDonald’s Mempersembahkan “Cuti@McD”: Cipta Delicious Feel-Good Moments untuk Pengalaman Cuti Sekolah yang Tidak Dapat Dilupakan
Diterbitkan:  Aug 30, 2023 3:00 PM
Dikemaskini: 7:00 AM

McDonald’s Malaysia terus membawa kegembiraan kepada komuniti di sekitar lokasi operasinya, dengan memperkenalkan program cuti sekolah yang inovatif dan mengujakan – Cuti@McD. Inisiatif ini menjanjikan pengalaman tidak dapat dilupakan kepada kanak-kanak sewaktu cuti sekolah, selaras dengan komitmen jenama untuk mencipta delicious feel-good moments.

Sepanjang minggu dari 28 Ogos hingga 3 September, kanak-kanak di seluruh negara berpeluang merasai satu dunia yang penuh kreativiti dan keseronokan. Program ini menawarkan pelbagai aktiviti menarik yang direka untuk mencetuskan imaginasi dan memberikan hiburan yang berterusan, termasuklah kraf origami, pertandingan menyusun cawan, aktiviti melukis dan mewarna, serta permainan roda berputar untuk memenangi hadiah lumayan.

Bagi menyemarakkan lagi keseronokan, Cuti@McD akan menyediakan pelbagai pengisian istimewa pada hujung minggu 2 dan 3 September. Kanak-kanak dan murid-murid sekolah akan berpeluang mengalami satu pengembaraan mengujakan di restoran-restoran McDonald’s yang terpilih di seluruh negara, di mana satu siri acara menarik telah disediakan khas buat mereka.

Kids Burger Workshop: Serlahkan Cef Kecil dalam Diri Anda!

Tarikan utama pada hujung minggu itu sudah tentu adalah Kids Burger Workshop, yang mengajak kanak-kanak untuk menjadi kru McDonald’s dan merasai satu pengalaman memasak yang menyeronokkan. Mereka akan menghasilkan Happy Meal Chicken Burger mereka sendiri di bawah bimbingan Guest Experience Leaders (GEL) McDonald’s. Aktiviti berunsur praktikal ini bukan sahaja memperkenalkan cef-cef kecil ini kepada aktiviti cuti sekolah yang menarik, tetapi juga memupuk kreativiti mereka tatkala menghasilkan karya mereka yang tersendiri!

Fashionista Kecil Mekdi: Mentafsir Semula Pakaian Tradisional

Selain memupuk kreativiti memasak, satu lagi aktiviti yang menarik adalah Fashionista Kecil Mekdi. Aktiviti ini menggalakkan kanak-kanak untuk menonjolkan bakat inovatif mereka dengan memperagakan pakaian tradisional. Pertunjukan fesyen yang meriah ini bertujuan meraikan kekayaan warisan budaya Malaysia bersempena dengan sambutan Hari Merdeka yang akan datang.

Warna-Warni Happy Home: Menzahirkan Kreativiti dengan Warna

Selain itu, turut menambah warna keceriaan adalah Warna-Warni Happy Home, satu aktiviti mewarna yang membolehkan kanak-kanak menyerlahkan bakat seni mereka dengan mencipta kotak Happy Meal mereka sendiri. Aktiviti ini menjiwai makna perpaduan dan kepelbagaian melalui kreativiti, selari dengan sambutan Hari Kebangsaan.

Cuti@McD menonjolkan komitmen McDonald’s untuk memupuk nilai kebersamaan, kreativiti dan kegembiraan dalam komunitinya. Penganjuran pengalaman menarik ini mencerminkan dedikasi McDonald’s untuk mencari pendekatan yang kreatif bagi melibatkan diri dengan komuniti, di samping mengeratkan hubungan kekeluargaan dan rakyat Malaysia melalui detik perayaan yang bertepatan dengan makna sebenar Hari Merdeka.

Sepanjang program Cuti@McD, setiap restoran McDonald’s yang terlibat akan ditransformasi kepada satu tempat yang penuh kegembiraan bagi mengeratkan ikatan kekeluargaan dan mencipta detik bermakna, sekali gus menjanjikan cuti sekolah yang menyeronokkan buat ibu bapa dan kanak-kanak.

Untuk maklumat lanjut tentang keseronokan Cuti@McD, sila layari laman web rasmi di: https://www.mcdonalds.com.my/cuti-at-mcd 


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS