Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Pengumuman
Bestinet mengalu-alukan Tengku Abdul Rahman Sultan Ahmad Shah, Tengku Muda Pahang sebagai Pengerusi Lembaga Pengarah yang baharu
Diterbitkan:  Jul 5, 2023 9:00 AM
Dikemaskini: 1:00 AM

Cyberjaya, 05 Julai 2023 – Bestinet Sdn Bhd (Bestinet) dengan berbesar hati mengalu-alukan Yang Amat Mulia Tengku Muda Tengku Abdul Rahman Al-Haj Ibni Al-Marhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta'in Billah, yang juga merupakan Tengku Muda Pahang (TMP) sebagai Pengerusi Lembaga Pengarah yang baharu.

TMP, yang menjadi salah seorang pemegang saham syarikat baru-baru ini, akan mengambil alih peranan sebagai Pengerusi Lembaga Pengarah dan menyandang jawatan Pengarah Syarikat yang baru, berkuat kuasa 30 Jun 2023, mengambil alih daripada Dato' Sri Mohd Amin Abdul Nor, yang meletakkan jawatan sebagai Pengerusi dan Pengarah Syarikat setelah beliau melepaskan semua sahamnya.

Ketua Pegawai Eksekutif Bestinet Ismail Mohd Noor berbesar hati dengan lantikan baharu tersebut dan turut menyatakan, "Kami mengalu-alukan Tengku Muda Pahang sebagai Pengerusi syarikat kami dan percaya perspektif beliau akan dapat memacu syarikat ke tahap yang lebih tinggi."

“Bestinet berhasrat mewujudkan kerjasama yang utuh dengan Pengerusi baharu kami dalam memberikan nilai tambah kepada semua pihak berkepentingan sama ada di pihak awam dan swasta. Syarikat juga sentiasa komited dalam menyediakan penyelesaian Teknologi Maklumat yang komprehensif, dengan tumpuan khusus penyelesaian dalam aspek keselamatan, biometrik dan Kecerdasan Buatan (AI),” tambah Ismail.

Ismail menekankan keyakinan mereka terhadap keberkesanan pendekatan holistik dalam menangani cabaran dalam memberikan penyelesaian sebenar dari segi teknologi maklumat yang akan meningkatkan lagi mutu perkhidmatan mereka.

Dalam menyusuri tanggungjawab yang baharu ini, TMP turut menyampaikan kepercayaan penuh dan penghargaan yang mendalam terhadap visi Bestinet serta menekankan bahawa keputusan menjadi pengerusi yang baharu ini mencerminkan keyakinan yang tidak berbelah bahagi terhadap dedikasi syarikat untuk mewujudkan dunia yang lebih adil dan saksama melalui penyelesaian teknologi maklumat  yang komprehensif.

TMP menyatakan, "Bestinet merupakan sebuah syarikat teknologi maklumat (IT) berprestij dan terkemuka di pelbagai negara, termasuk Malaysia, Sri Lanka, Maldives, dan Timur Tengah. Bestinet telah berjaya mereka, membangun dan melaksanakan sebuah platform IT yang inovatif iaitu Sistem Pengurusan Berpusat Pekerja Asing atau (FWCMS®) khusus buat Kerajaan Malaysia. Sistem serba canggih ini sepenuhnya digital dan automatik, mampu membanteras isu-isu berkaitan rasuah, ketirisan dan ketidakcekapan dalam pemprosesan dan pengurusan tenaga kerja yang memasuki Malaysia. "


Kandungan ini disediakan oleh Bestinet Sdn Bhd


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS