Paling Popular
Terkini
mk-logo
Pengumuman
Pertandingan Pembangunan Aplikasi Tanpa-Kod yang pertama dan terbesar di Malaysia
Diterbitkan:  Jun 28, 2023 3:30 PM
Dikemaskini: 7:30 AM
  • YB Datuk Ewon Benedick merasmikan pelancaran eMOBIQ® dan eMOBIQ® Challenge 2023 untuk membolehkan PKS mengambil langkah penyelesaian digital yang inovatif dan efektif.

  • Pasukan Universiti Putra Malaysia memenangi eMOBIQ® Challenge 2023 walaupun sedang menjalani peperiksaan akhir dan projek tahun akhir.

  • Cabaran eMOBIQ® 2023 telah mencipta tiga rekod dengan Malaysia Book of Record.

Majlis pelancaran rasmi eMOBIQ® menyaksikan Menteri Pembangunan Keusahawanan dan Koperasi, YB Datuk Ewon Benedick memuji Pasukan Universiti Putra Malaysia kerana memenangi pertandingan pembangunan aplikasi tanpa-kod yang pertama dan terbesar di Malaysia, eMOBIQ® Challenge 2023. Pasukan yang terdiri dari 10 orang individu berjaya melaksanakan solusi yang berkesan kepada masalah seharian dan menyediakan bantuan kepada komuniti melalui aplikasi mudah alih mereka yang dikenali sebagai "FinCare". Pertandingan tersebut menggambarkan kemudahan kepada perusahaan kecil dan sederhana (PKS) memanfaatkan platform Pembangunan Aplikasi Mudah Alih Pantas Tanpa-kod (RMAD) untuk berhijrah secara digital demi menguatkan ekosistem keusahawanan Malaysia dan mencapai matlamat transformasinya.

Kajian terkini dari Bank Dunia menunjukkan bahawa lebih daripada 80 peratus firma sederhana dan besar melabur dalam penyelesaian digital berbanding dengan 54 peratus firma kecil; menunjukkan kekangan kewangan dan kekurangan kemahiran digital dalam negara sebagai faktor penghalang yang utama. Untuk mengatasi cabaran yang dihadapi oleh PKS, penyedia solusi IT tempatan - Wilstech Sdn. Bhd. secara rasmi melancarkan eMOBIQ® dan eMOBIQ® Challenge 2023 untuk membolehkan rakyat Malaysia mengambil langkah kepada solusi digital inovatif dan berkesan dengan kos yang lebih rendah berbanding dengan kaedah konvensional, serentak memudahkan sesiapa sahaja (dengan atau tanpa pengalaman kod) membina aplikasi mudah alih mereka sendiri.

YB Datuk Ewon Benedick, Menteri Pembangunan Keusahawan dan Koperasi (MCED), berkata, “Terdapat banyak faktor yang memberi kelebihan kepada perniagaan melalui transformasi digital. E-dagang dan ekonomi digital memberi peluang baru untuk para usahawan menceburi pasaran yang lebih besar dan juga pasaran antarabangsa. Malaysia berada di landasan yang tepat didalam memenuhi agenda ekonomi digitalnya, dan kementerian mempelawa inisiatif seperti ini yang memangkin pertumbuhan ekosistem keusahawanan dan matlamat transformasi negara. Dengan penambahbaikkan berterusan dalam integrasi machine learning dan AI, inilah masa yang tepat untuk maju melalui usaha inovatif seperti eMOBIQ."

YB Datuk Ewon Benedick, Menteri Pembangunan Keusahawan dan Koperasi (MCED)

Platform RMAD dibina untuk menyediakan pengalaman visual penuh kepada penggunanya, membolehkan mereka menyesuaikan aplikasi dengan kaedah 'drag-and-drop', menggunakan pelbagai templat, komponen, fungsi dan penyambung sedia ada. Selain itu, eMOBIQ turmrut menawarkan kebebasan kepada para penggunanya untuk membangunkan aplikasi secara mudah alih, di mana sahaja pada bila-bila masa di atas platform berasaskan 'cloud'. Setelah rekaan aplikasi tamat, para penggunanya boleh melaksanakan aplikasi atas talian atau luar talian mereka di platform Android atau iOS sekaligus dengan hanya satu klik.

Untuk melaksanakannya, 127 pasukan daripada 24 universiti tempatan diuji dalam eMOBIQ® Challenge 2023 untuk membangunkan aplikasi mudah alih yang paling praktikal, inovatif, dan memberi impak di mana mereka bersaing untuk merebut hadiah berjumlah RM300,000. Peserta diberi masa selama dua bulan untuk menyelesaikan reka bentuk mereka yang kemudian dinilai oleh panel hakim dalaman (70 peratus) berdasarkan kreativiti, praktikaliti, impak ke atas perniagaan, dan pembentangan; serta undian populariti di media sosial (30 peratus).

Sepuluh pasukan teratas dijemput ke acara utama di Hotel Mandarin Oriental, Kuala Lumpur, di hadapan YB Datuk Ewon Benedick untuk menentukan pemenang pertandingan yang membawa pulang hadiah wang tunai, peluang magang dan pekerjaan masa depan, dan yang paling penting, aplikasi mereka diterapkan ke dunia sebenar untuk digunakan oleh orang awam. Dengan itu, peserta dapat memperoleh pengetahuan dan pengalaman yang meluas dalam menghasilkan, membangunkan, dan memelihara aplikasi mudah alih yang berjaya dan boleh dibawa dalam kerjaya profesional mereka.

YB Datuk Ewon Benedick, kemudian menambah, "Saya memuji semua peserta yang telah memberikan usaha terbaik mereka untuk mereka bentuk aplikasi mudah alih yang berfungsi dan praktikal yang dapat membawa kebaikan kepada komuniti. Saya kagum dengan usaha mereka dan saya berharap eMOBIQ® Challenge 2023 akan menginspirasikan lebih ramai pelajar untuk meneroka industri digital dan pembangunan aplikasi mudah alih, khususnya, sehingga kita dapat maju sebagai negara usahawan terkemuka dengan tenaga kerja yang berpengetahuan dan berkemahiran dalam teknologi yang dapat menonjol di skala global. Pasukan Universiti Putra Malaysia melakukan kerja yang luar biasa dalam pertandingan ini, dan saya gembira melihat pertumbuhan individu yang berbakat ini."

Pasukan 10 terbaik adalah :

Hadiah yang ditawarkan adalah seperti berikut:

Dengan usaha dan kemahiran tinggi yang ditunjukkan oleh 10 pasukan terbaik, para hakim menyatakan satu pasukan yang paling menonjol iaitu Pasukan Universiti Putra Malaysia bersama aplikasi mudah alih mereka "FinCare" (dipendekkan dari Financial Care), dipilih sebagai juara dengan menangani isu pengurusan dan celik kewangan untuk kanak-kanak. Idea untuk membangunkan aplikasi mudah alih ini datang dari penyelidikan yang dijalankan oleh pasukan tersebut, di mana satu dari tiga rakyat Malaysia kurang pengetahuan dalam kewangan manakala lebih 50 peratus rakyat Malaysia menggunakan e-dompet untuk kegunaan seharian.

Dengan menggunakan e-dompet sebagai medium pembayaran, FinCare membolehkan ibu bapa untuk mengesan perbelanjaan anak-anak mereka, memantau transaksi secara langsung, menetapkan had perbelanjaan, dan memberi tugas untuk menjimatkan wang. Selain itu, aplikasi mudah alih tersebut memfokuskan kepada pendidikan kewangan melalui ciri interaktif dan mendidik yang memotivasikan kanak-kanak untuk menguruskan kewangan mereka dengan bertanggungjawab. Sekarang, pasukan Universiti Putra Malaysia yang memenangi eMOBIQ® Challenge 2023 akan bekerjasama dengan platform RMAD untuk menyempurnakan produk dengan menambah elemen gamifikasi dan kandungan pendidikan kewangan untuk lebih berinteraksi dengan pengguna, sambil menjadikan platform lebih interaktif untuk orang ramai.

Tan Ze Han Dylan, kapten pasukan Universiti Putra Malaysia, berkata, “eMOBIQ® Challenge 2023 memberi banyak cabaran kepada kami kerana kami perlu melaksanakan projek sambil menjalani peperiksaan akhir dan projek tahun akhir kami. Syukurlah, kami dapat melaksanakan pembangunan aplikasi mudah alih FinCare dalam masa kurang dari dua bulan kerana platform eMOBIQ® memerlukan masa empat hingga enam bulan untuk membina aplikasi dari asas. Saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan terima kasih kepada pasukan multietnik saya yang memberikan segalanya untuk jauh melampaui kemenangan dalam pertandingan ini, dan memberikan impak positif di Malaysia melalui FinCare.”

Wilson Low, Pengasas dan Pengarah Wilstech Sdn. Bhd. berkata, “Di Wilstech Sdn. Bhd., mandat kami adalah menggunakan pengalaman dan pengetahuan yang luas untuk menawarkan solusi kepada Malaysia untuk menyesuaikan diri dengan era digital dengan cara yang paling lancar. Kami bercadang untuk menjadi penggerak trend dan menjadikan diri kami sebagai contoh teladan kepada organisasi tempatan untuk mengambil inisiatif seperti ini secara kolektif, supaya kita dapat berkembang bersama dan membawa kebanggaan kepada negara kita. Saya gembira kerana sudah melakukan tugas saya dalam memberikan perkhidmatan kepada komuniti melalui eMOBIQ® Challenge 2023, dan kami berharap akan menyelenggara program yang lebih menarik untuk memajukan tenaga kerja dan perniagaan Malaysia.”

Wilson Low, Pengasas dan Pengarah Wilstech Sdn. Bhd.

Kolej dan universiti yang bertanding termasuk - Asia Pacific University of Technology & Innovation (APU), First City University College, Kolej Vokasional Shah Alam, LimKokWing University, Manipal International University, Management and Science University (MSU), Peninsula College, Quest International University (QIU), Raffles University, Sunway University, Tunku Abdul Rahman University of Management and Technology, Universiti Kuala Lumpur (UniKL), Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Universiti Malaya (UM), Universiti Malaysia Kelantan, Universiti Putra Malaysia (UPM), University of Technology Malaysia (UTM), Universiti Tenaga Nasional (UNITEN), University Malaysia of Computer Science & Engineering (UNIMY), UOW Malaysia, dan Xiamen University Malaysia.

Cabaran eMOBIQ® 2023 berjaya dianjurkan dengan sokongan daripada Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT), Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI), Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC), Persatuan Teknologi Malaysia, Persatuan Rantaian Peruncitan Malaysia (MRCA), Persatuan Peruncitan & Francais ASEAN (ARFF), Dewan Perniagaan Digital Malaysia (MDCC), Persatuan Teknologi Kebangsaan Malaysia (PIKOM), dan Persatuan PKS Malaysia. Sebagai pertandingan pembangunan aplikasi tanpa kod pertama dan terbesar, eMOBIQ® Challenge 2023 dianugerahkan tiga rekod oleh Buku Rekod Malaysia - Kumpulan Peserta Terbanyak Dalam Pertandingan Pembinaan Aplikasi Tanpa Kod, Penyertaan Institusi Pengajian Tinggi Terbanyak Dalam Pertandingan Pembinaan Aplikasi Tanpa Kod, dan Hadiah Wang Tertinggi Dalam Pertandingan Pembinaan Aplikasi Tanpa Kod.

Untuk maklumat lanjut, sila layari https://emobiq.io/emobiq-challenge-2023/, https://orangekloud.com/emobiq/, dan https://wilstech.com/.


Kandungan ini disediakan oleh Global Creative and Media Agency (GCMA)


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS