Paling Popular
Terkini
mk-logo
Pengumuman
Jom Fly with SmartHeart dan menangi pakej percutian ke Thailand!
Diterbitkan:  Jun 27, 2023 6:36 PM
Dikemaskini: 10:36 AM

Pengunjung yang hadir ke Pameran SmartHeart SmartPet 2023 telah menikmati pelbagai diskaun sehingga 30 peratus dan berpeluang melakukan pelbagai aktiviti menarik di pintu masuk Timur, Mid Valley.

Pertandingan Fly with SmartHeart juga telah dilancarkan secara rasmi di pameran tersebut oleh Menteri Jabatan Majlis Promosi Perdagangan Antarabangsa Thailand (DiTP), Worawan Wanwil, Perunding Perniagaan di Pusat Sokongan Perniagaan AEC, Suwimon Tapmanee (Nadia), Naib Presiden Perfect Companion Malaysia, Jeffrey Heng, Pengurus Besar, Perfect Companion Malaysia Chloe Ng dan Pengarah Pets Wonderland Malaysia, Gary Lim.

Pengurus Besar, Perfect Companion Malaysia (PCM), Chloe Ng berkata, pihaknya sangat teruja menerima sambutan yang amat mengalakkan daripada orang ramai.

“Ini adalah pameran pertama kami sejak tiga tahun lalu kerana berehat panjang disebabkan pandemik Covid-19. Ini juga merupakan kali pertama kami adakan di kawasan terbuka dan luar daripada dewan pameran untuk bertemu dengan orang ramai.

Disamping 30 peratus diskaun yang ditawarkan, banyak aktiviti telah diperkenalkan untuk para pengunjung. Mereka juga berpeluang mendapatkan hadiah percuma, sampel produk dan banyak lagi.

Pameran seterusnya akan diadakan di pusat beli-belah Tropicana Garden
“Pada 19 Julai depan, kami akan melakukan pameran yang sama namun berskala lima kali ganda besar di pusat beli-belah Tropicana Garden diikuti pameran sama pada 23 Ogos di KL East Mall,” katanya ketika ditemui pemberita dalam Majlis Pelancaran Fly with SmartHeart.

Keunikan produk SmartHeart

Produk SmartHeart Gold menggunakan bahan premium untuk membantu merawat masalah kesihatan dihadapi oleh haiwan kesayangan seperti masalah kulit, penghadaman dan berat badan berlebihan manakala SmartHeart REFINE adalah jenama makanan kucing premium yang dihasilkan dengan menitikberatkan kualiti dan standard antarabangsa.

Dalam Pameran SmartHeart SmartPet 2023 kali ini, orang ramai berpeluang membeli pelbagai rangkaian makanan haiwan peliharaan di bawah jenama SmartHeart iaitu SmartHeart Cat, SmartHeart Dog, SmartHeart Gold, SmartHeart Hamster, SmartHeart Rodent, SmartHeart Bird dan REFINE Premium Wet Food untuk kucing.

Timbalan Presiden PCM, Jeffrey Heng berkata, pihaknya sentiasa memastikan produk SmartHeart mampu dimiliki oleh semua pemilik haiwan peliharaan dalam menghadapi kegawatan ekonomi sekarang.

“Bukan sahaja harga yang berpatutan dan mesra pengguna, tetapi kami menjanjikan kualiti produk yang terbaik buat haiwan kesayangan anda kerana dibuat sendiri ‘fresh from the oven’,” ujarnya.

Mari kita bersama-sama memuat turun aplikasi SmartHeart dan dapatkan pelbagai tawaran menarik

Orang ramai juga boleh memuat turun aplikasi SmartHeart untuk mendapatkan pelbagai tawaran dan diskaun sehingga 30 peratus serta berpeluang mengumpul mata ganjaran untuk ditebus nanti.

Melalui aplikasi ini, pengguna boleh menyertai Pertandingan Fly with SmartHeart yang bermula sejak 15 Jun lalu hingga 30 September depan untuk memenangi pakej percutian ke Thailand.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS