Paling Popular
Terkini
mk-logo
Pengumuman
Rebut peluang menangi hadiah bernilai RM30,000 melalui kempen Jom Cuti Sakan bersama KOPETRO Travel
Diterbitkan:  May 25, 2023 5:00 PM
Dikemaskini: 9:00 AM

INDUSTRI pelancongan seluruh dunia terus berkembang, dengan data terbaharu daripada Pertubuhan Pelancongan Dunia (UNWTO) menunjukkan peningkatan dua kali ganda lebih ramai pelancong pada suku pertama 2023 berbanding tempoh yang sama pada tahun 2022. Secara keseluruhannya, pelancongan antarabangsa kini mencecah 80% daripada tahap pra-pandemik dan pemulihan pantas sektor berkenaan memberi galakan positif terhadap industri pelancongan negara.

Menyedari perkara ini, anak syarikat Koperasi Kakitangan PETRONAS Berhad (KOPETRO), KOPETRO Travel & Tours Sdn. Bhd. (KOPETRO Travel) tidak mahu melepaskan peluang dengan melancarkan edisi kedua kempen Jom Cuti Sakan yang menawarkan pelbagai pakej percutian bagi mempromosikan tempat-tempat pelancongan menarik di dalam dan luar negara seterusnya menyokong usaha kerajaan untuk meningkatkan ekonomi menerusi industri pelancongan.

Ketua Pegawai Eksekutif KOPETRO, Ahmad Shakir Ahmad Ubaidah berkata, peningkatan jumlah pelancong melalui data terbaharu ini adalah antara faktor utama inisiatif kempen Jom Cuti Sakan dianjurkan semula untuk menyediakan perkhidmatan terbaik buat pelanggan melalui pakej pelancongan yang inklusif, selain menyahut seruan kerajaan untuk mempromosikan sektor pelancongan menjelang Tahun Melawat Malaysia 2025.

“Seperti yang telah diumumkan oleh Perdana Menteri, Dato' Seri Anwar Ibrahim, kerajaan memperuntukkan RM250 juta bagi mempromosi sektor pelancongan menerusi Belanjawan 2023. Justeru, kempen Jom Cuti Sakan ini dijalankan mengambil kira keadaan semasa dan diharap dapat melipat-gandakan pendapatan syarikat seterusnya menyumbangkan kepada ekonomi negara,” kata Ahmad Shakir.

Kempen Jom Cuti Sakan yang bermula pada 15 Mac yang lalu dan berlangsung sehingga 30 Jun 2023 ini menyasarkan ibu bapa, pasangan, dan pelancong berkumpulan sebagai kumpulan sasaran utama. Jom Cuti Sakan menawarkan peluang untuk pelanggan memenangi pelbagai hadiah menarik bernilai sehingga RM30,000, antaranya pakej percutian, tiket taman tema dan juga baucar e-dompet apabila melakukan pembelian minimum dengan KOPETRO Travel.

Perkara ini dikongsikan oleh Ketua Pegawai Operasi KOPETRO Travel, Hasnoal Idris yang menyifatkan kempen Jom Cuti Sakan ini bukan sahaja membolehkan pelanggan menikmati percutian yang diidamkan, malah berpeluang memenangi cabutan bertuah daripada syarikat pelancongan tersebut.

“Pelanggan yang berbelanja sebanyak RM1,500 atau lebih, layak menyertai cabutan bertuah untuk memenangi hadiah berbentuk pakej percutian ke Korea Selatan, Ho Chi Minh, Vietnam, Perth, Australia, atau Phuket dan Hatyai di Thailand,” ujar Hasnoal.

Tambahnya, melalui kempen Jom Cuti Sakan ini, pelanggan juga berpeluang memenangi tiket taman tema di Genting Highland, Sunway Lagoon, Times Square dan Lost World of Tambun, selain baucar e-dompet apabila mereka berbelanja minimum RM500 bersama KOPETRO Travel.

KOPETRO Travel menyediakan pelbagai pakej pelancongan yang inklusif serta lengkap yang memudahkan perjalanan pelanggan. Antara pakej menarik yang ditawarkan sempena kempen Jom Cuti Sakan ini termasuklah percutian lengkap selama enam hari empat malam di Korea Selatan bermula RM3,680 untuk seorang, selain variasi pakej percutian ke Balkan yang boleh didapati dengan harga bermula RM6,680. Bukan itu sahaja, kepelbagaian pakej percutian ke Turkiye juga disediakan dan boleh dilanggan bermula RM4,950.

Dengan pengalaman hampir 40 tahun dalam industri pelancongan, KOPETRO Travel mempunyai rangkaian rakan niaga di seluruh dunia, menjadikannya sebuah agensi pelancongan yang mampu menyediakan pelbagai perkhidmatan pelancongan kepada pelanggan yang ingin menjadikan perancangan percutian lebih mudah dan menjimatkan.

Orang ramai yang berminat untuk mengetahui lebih lanjut mengenai kempen Jom Cuti Sakan atau pakej-pakej percutian yang ditawarkan oleh KOPETRO Travel boleh menghubungi talian hotline di 03-21641577 atau 019-2577847, serta melayari laman web KOPETRO Travel di www.kopetrotravel.com.my. Selain itu, orang ramai juga boleh mengikuti akaun media sosial @kopetrotravel di Facebook, Instagram dan TikTok untuk informasi dan promosi terbaharu.

KOPETRO Travel menawarkan servis pelancongan dan percutian dengan pengalaman hampir 40 tahun menerajui industri pelancongan negara. KOPETRO Travel menyediakan rangkaian perkhidmatan serta nilai tambahan yang komprehensif untuk memudahkan percutian pelanggan.

Pelbagai anugerah telah berjaya dirangkul sejak syarikat ini ditubuhkan, antaranya Agensi Malaysia Terbaik Keseluruhan daripada Malaysia Airlines dan Rakan Perdagangan Paling Bernilai oleh Qatar Airways pada tahun 2023. Sebelum ini, KOPETRO Travel juga diberi penghargaan Jenama Terbaik The BrandLaureate SMEs BestBrands Award bagi kategori Riadah - Solusi Percutian dan Pelancongan pada tahun 2022 selain anugerah ‘Annual Million Dollar Award’ daripada Malaysia Airlines.

KOPETRO Travel juga telah berjaya dilantik sebagai salah satu agensi pelancongan di bawah agensi antarabangsa iaitu ‘The Advantage Global Network’. Penyertaan ini sekaligus membolehkan para pelanggan KOPETRO Travel mendapatkan pelbagai perkhidmatan pelancongan di seluruh dunia. Selain itu, syarikat ini juga merupakan agensi di bawah International Air Transport Association (IATA) yang diakreditasi.


Kandungan ini disediakan oleh Koperasi Kakitangan PETRONAS Berhad (KOPETRO)


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS