Paling Popular
Terkini
mk-logo
Pengumuman
Merchant B2B Wallet Oleh Boost: Meningkatkan Perniagaan Ke Arah Pertumbuhan Yang Lebih Baik, Memudahkan Proses
Diterbitkan:  Apr 28, 2023 3:05 PM
Dikemaskini: 7:05 AM

Dalam dunia digital yang kini bergerak pantas, adalah disedia maklum bahawa peniaga yang tidak mengikuti perkembangan teknologi akan berisiko untuk ketinggalan dalam trend pendigitalan. Bagaimanapun, masih terdapat banyak perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) yang bergelut untuk memodenkan operasi mereka. Ini disebabkan oleh pelbagai cabaran seperti kekurangan pembiayaan, proses operasi perniagaan yang lapuk serta tidak biasa dengan perjalanan transformasi digital, yang menyebabkan mereka tidak dapat meraih sepenuhnya manfaat pendigitalan. Untuk mendapatkan potensi sepenuh pendigitalan, perniagaan memerlukan penyelesaian mudah yang boleh mengatasi halangan ini dengan berkesan dan juga membantu perniagaan mereka untuk berkembang maju.

Mujurlah, syarikat fintech terkemuka menyedari kesukaran yang didepani oleh perniagaan dan bertindak balas dengan mencipta dompet digital yang khusus direka untuk keperluan mereka. Dompet ini direka bentuk untuk mengurangkan cabaran lazim perniagaan dan memudahkan perjalanan pendigitalan mereka, menyediakan teknologi terkini dan ciri yang mudah untuk melancarkan operasi harian, akses kepada wang tunai segera serta meningkatkan keuntungan. 

Dengan memperkasakan PMKS melalui penyelesaian inovatif sedemikian, penggiat fintech menakrifkan semula cara perniagaan beroperasi dalam alam digital dan memastikan syarikat terkecil dan paling tradisional pun boleh meraih ganjaran daripada pendekatan perniagaan yang sudah dimodenkan.

Memudahkan Akses kepada Wang Tunai untuk PMKS
Bagi PMKS Malaysia, akses kepada wang tunai merupakan faktor penting yang boleh menyekat atau membolehkan pertumbuhan. Kekurangan wang Ringgit  boleh menghalang keupayaan peniaga untuk melabur dalam perniagaan mereka pada saat-saat genting justeru melengahkan kemajuan dan kejayaan. Mujurlah, dompet peniaga dengan had yang lebih tinggi menawarkan penyelesaian transformatif kepada cabaran ini, menyediakan PMKS akses secara langsung kepada peningkatan tunai dan mengurangkan masalah kewangan harian. Dengan sumber ini, PMKS boleh menuju ke arah pendigitalan dan meningkatkan pencapaian dalam perjalanan mereka untuk menerima teknologi digital baharu, menetapkan kedudukan mereka untuk kejayaan masa depan.

Di pertengahan ekonomi Malaysia terdapat kumpulan kritikal 1.2 juta lebih PMKS, mewakili 97.4% daripada semua perniagaan di negara¹ ini. Menyedari betapa besarnya nilai sektor ini, Boost, cabang fintech Axiata, telah memperkenalkan tawaran yang memberansangkan di pasaran yang mana dapat memenuhi keperluan unik PMKS secara langsung: Merchant B2B Wallet yang memberikan pemilik perniagaan akses had dompet sehingga RM500,000. Dompet digital perintis ini telah disepadukan dalam aplikasi Boost Biz sedia ada, dengan fungsi pembayaran kod QR yang akan membolehkan peniaga mendigitalkan lagi perniagaan mereka bersama-sama dengan transaksi yang dipermudahkan.

Mengatasi Halangan Kewangan dengan Dompet Digital
Landskap dompet digital di Malaysia mengalami trajektori pertumbuhan yang pesat, dengan lebih 50 eDompet yang kini tersedia² bagi memenuhi keperluan unik pengguna dan peniaga. Bagi perniagaan, terutamanya PMKS yang terpaksa menunggu beberapa hari perniagaan untuk mengakses dana boleh menjadi batu penghalang utama bagi mereka yang bergantung pada aliran pendapatan harian untuk kelangsungan kewangannya.

Walau bagaimanapun, dompet digital yang inovatif seperti Boost Merchant B2B Wallet ini mewakili penyelesaian transformatif yang menyelaraskan operasi harian, akses segera kepada wang tunai selepas urus niaga, serta menawarkan platform yang cekap dan pantas bagi memudahkan peniaga membayar perbelanjaan perniagaan. Fleksibiliti yang tiada tandingan ini membolehkan peniaga memanfaatkan dana mereka untuk pelbagai keperluan penting, termasuk membayar bil utiliti, gaji pekerja, pembekal, membeli peralatan dan melabur dalam kempen perniagaan. Akses pantas kepada wang tunai membolehkan perniagaan segera memanfaatkan peluang yang muncul dan kekal berdaya saing dalam pasaran yang sentiasa berkembang pesat.

Dalam persekitaran perniagaan yang serba pantas hari ini, masa merupakan sumber yang berharga dan terhad terutamanya untuk peniaga. Menguruskan pelbagai platform pembayaran boleh menjadi proses yang mengecewakan dan memakan masa di mana seeloknya tenaga berharga ini boleh digunakan dengan lebih baik dalam membina dan mengembangkan perniagaan mereka. Dengan menggabungkan semua urus niaga ke dalam satu platform, peniaga boleh menyelaraskan operasi mereka dan memperoleh lebih masa dan usaha untuk ditumpukan pada aktiviti teras perniagaan.

Pendekatan ini memberi kelebihan kepada peniaga untuk menguruskan aliran wang tunai mereka dengan berkesan, memantau perbelanjaan dan membuat keputusan perniagaan berdasarkan data, yang mana sangat penting bagi PMKS dan perniagaan yang mempunyai sumber terhad. Dengan mengekalkan kawalan yang lebih ketat ke atas kewangan mereka, peniaga boleh mengoptimumkan operasi mereka, meminimumkan risiko dan menyiapkan diri mereka untuk kejayaan jangka panjang.

Boost Merchant B2B Wallet juga menawarkan pengalaman pengeluaran wang tunai yang lancar kepada peniaga di mana pengeluaran dana masuk terus ke dalam akaun semasa bank mereka dengan hanya di hujung jari. Transaksi akan dapat dilihat dalam tempoh satu hari perniagaan, justeru membolehkan peniaga mengakses dengan segera dan melabur semula dalam perniagaan mereka.

Kepentingan Mengutamakan Keselamatan Siber untuk PMKS
Apabila perniagaan semakin diserap teknologi digital untuk memudahkan operasi dan mengurangkan halangan, penjenayah siber dan penggodam juga beralih kepada pendigitalan, tetapi dengan niat yang jahat. Serangan siber dan ancaman dalam talian semakin menular, meningkatkan kepentingan mengenai protokol keselamatan yang kukuh untuk PMKS bagi melindungi mereka daripada akses tanpa kebenaran dan transaksi penipuan. Demi mengiktiraf keperluan mendesak ini, Boost Merchant B2B Wallet telah direka khusus untuk mengutamakan keselamatan, menawarkan set ciri komprehensif yang mematuhi sepenuhnya peraturan dan piawaian terkini. Dengan adanya langkah keselamatan canggih ini, peniaga boleh menavigasi perjalanan digital mereka dengan yakin, mengetahui bahawa data sensitif dan transaksi kewangan mereka sentiasa dilindungi daripada potensi ancaman.

Ekosistem rantaian pemborong adalah penting dalam ekonomi Malaysia, dan penggunaan dompet digital boleh membuka peluang baharu untuk pertumbuhan dan kecekapan. Boost Merchant B2B Wallet ini menyediakan platform bagi melancarkan urus niaga antara peruncit, ejen dan pengedar, dengan menggunakan teknologi terkini dan penyelesaian inovatif yang mampu menangani permasalahan yang kritikal. Dengan memperkemas pengurusan pembayaran dan menyediakan akses masa nyata kepada dana, Boost membolehkan PMKS untuk menumpukan dalam memantapkan operasi perniagaan mereka dan mengejar peluang baharu. Memandangkan keterusan PMKS menerima masa depan digital, Boost Merchant B2B Wallet membolehkan mereka mencapai tahap pertumbuhan dan keuntungan baharu, menjadikan mereka lebih mampan dalam landskap yang berkembang pesat.

Rujukan:

¹ Profile and importance to the economy

² The adoption, evolution of e-wallets


Kandungan ini disediakan oleh BOOST Malaysia


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS