Paling Popular
Terkini
mk-logo
Pengumuman
Sambutan Jubli Emas Penubuhan Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah
Diterbitkan:  Apr 12, 2023 11:02 AM
Dikemaskini: 3:02 AM

Hari ini 12 April 2023, merupakan Jubli Emas Penubuhan KETENGAH, setelah 50 tahun menabur bakti di wilayahnya yang dahulu merupakan hutan belantara kini berubah wajah menjadi pusat penempatan.

Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (KETENGAH) adalah merupakan sebuah agensi di bawah Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) yang telah diperbadankan pada 12 April 1973 melalui Akta Parlimen Bil. 104/73 dengan diberi kuasa untuk menjalankan pembangunan ekonomi dan sosial di kawasan seluas 443,876 hektar meliputi pedalaman Daerah Dungun, Kemaman dan Hulu Terengganu.

Pada 12 Jun 1993, Kawasan Pembangunan Tasik Kenyir, Hulu Terengganu seluas 209,199 hektar telah digezetkan melalui P.U.(B) 356 dan pelan warta kawasan No. PW486 sebagai sebahagian daripada kawasan KETENGAH menjadikan keseluruhan wilayah KETENGAH berjumlah 653,075 hektar atau kira-kira satu perdua daripada keluasan Negeri Terengganu.

Dengan slogan Peneraju Pemodenan Pembangunan, KETENGAH akan terus menabur bakti kepada masyarakat di wilayahnya.

Selamat menyambut Sambutan Jubli Emas 50 Tahun Penubuhan KETENGAH.


Kandungan ini disediakan oleh Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS