Paling Popular
Terkini
mk-logo
Pengumuman
Spacerubix - event space dan hab komuniti paling cool di Selangor!
Diterbitkan:  Apr 3, 2023 10:00 AM
Dikemaskini: 2:03 AM

Lokasi strategik di tepi LDP (Lebuhraya Damansara-Puchong)

Akses mudah dari Puchong, Subang, USJ, Shah Alam, Petaling Jaya, Bukit Jalil, Sri Kembangan dan Putrajaya

Ruang acara (event space) dengan reka bentuk unik jenis indoor & outdoor

Dewan umum berhawa dingin untuk kapasiti 200 orang

Hab esports dengan fasiliti lengkap untuk permainan sukan elektronik

Kompleks sukan dengan gelanggang jenis indoor & outdoor

Ramai yang masih lagi tak tahu tentang lokasi menarik yang terletak di Puchong ini!

Spacerubix yang dapat dilihat tersergam indah dari di tepi LDP (Lebuhraya Damansara-Puchong) terletak secara strategik di kawasan perindustrian Puchong dan betul-betul bersebelahan dengan Stesen LRT Taman Perindustrian Puchong.

Apa agaknya aktiviti yang sesuai dijalankan di Spacerubix?

Oleh kerana lokasi ini mempunyai kawasan yang sangat luas, maka sesuailah untuk aktiviti-aktiviti yang melibatkan kumpulan yang besar!  Antara acara yang pernah dijalankan di sini adalah pesta keramaian, team building, car boot sale, esports tournament, acara sukan, seminar dan pusat latihan korporat, festival, ekspo dan sebagainya.  Antara acara yang pernah diadakan di Spacerubix adalah seperti Rantai Art, Push Bike Challenge, Lokein Bundle Market, Tapak Food Truck dan ramai lagi.

Selain daripada kawasan lapang yang boleh diguna pakai dan disusun mengikut kreativiti anda, Spacerubix juga menawarkan ruang-ruang yang bertutup untuk anda yang sedang mencari ruang acara untuk aktiviti-aktiviti seperti di bilik darjah, bilik latihan, seminar atau sebagainya.

Hab e-sukan kebangsaan pertama ada di sini!

Spacerubix juga merupakan rumah kepada hab e-sukan kebangsaan iaitu ESI Hub (esports hub) yang menawarkan peralatan audio-visual tercanggih dengan pilihan penerbitan penstriman langsung.  Sejak dilancarkan, hab ini sering dibanjiri oleh gamers dan sudah banyak menganjurkan acara e-sukan antaranya seperti Malaysia Esports League (MEL), Pelancaran ESL One (Dota 2), Pelancaran Mobile Legends Bang Bang Pro League (MPL) dan banyak lagi.

Ruang acara kami boleh disesuaikan untuk memenuhi keperluan dan visi unik anda dan pasukan berpengalaman kami akan bekerjasama dengan anda setiap langkah untuk memastikan majlis anda akan berjalan dengan lancar dan meninggalkan kenangan yang tidak dapat dilupakan.

Selain ruang acara berwarna-warni dan meriah yang menjadi daya tarikan utama di Spacerubix, lokasi ini juga mempunyai beberapa bilik rehat dan Lounge VIP.  Menariknya lokasi ini juga adalah kerana kemudahan mengakses pengangkutan awam dan kedudukannya bersebelahan dengan LDP.  Spacerubix terletak bersebelahan dengan Stesen LRT Taman Perindustrian Puchong.

Hubungi kami hari ini untuk mengetahui lebih lanjut tentang Spacerubix dan tempah ruang acara anda hari ini.  Layari https://spacerubix.my/ untuk maklumat lanjut atau klik sini [https://linktr.ee/spacerubix] untuk membuat tempahan sekarang juga!


Kandungan ini disediakan oleh Impact Integrated.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS