Paling Popular
Terkini
mk-logo
Pengumuman
Ekspo Teknologi Malaysia akan berlangsung dari 16 hingga 18 Mac 2023 di Pusat Dagangan Dunia
Diterbitkan:  Mar 14, 2023 12:25 PM
Dikemaskini: 4:25 AM

Ekspo Teknologi Malaysia atau Malaysia Technology Expo (MTE) adalah satu acara inovasi global terkemuka yang akan berlangsung di Pusat Dagangan Dunia, Kuala Lumpur daripada 16 hingga 18 Mac 2023 ini. MTE yang telah memasuki tahun ke 22 penganjurannya ini bakal menghimpunkan barisan inovator global, para usahawan, penyelidik, saintis dan pakar dari pelbagai bidang dan industri untuk mempamer inovasi terkini, berkongsi idea, dan bekerjasama dengan industri tempatan untuk membangunkan teknologi dan mencipta penyelesaian yang lebih baik untuk masa hadapan.

MTE merupakan satu platform pembelajaran atau ‘learning platform’ yang memfokus kepada memartabatkan inovasi baharu yang memberikan impak di peringkat nasional dan antarabangsa. Acara ini membawa dinamik baharu kepada ciptaan unggul untuk dipertengahkan melalui kolaborasi rentas negara, kementerian, agensi, jabatan, institut penyelidikan, universiti dan sekolah dari dalam dan luar negara. Ia platform bagi inovator untuk bertemu pelabur dan rakan kongsi yang berpotensi bagi mencipta jaringan perhubungan atau ‘networking’ dan membina kolaborasi mapan.

Penganjuran MTE 2023 merupakan komitmen yang telah berlangsung selama 22 tahun dan telah membawa impak dalam merangsang ekosistem teknologi dan inovasi, khususnya di Malaysia. Bagi tahun 2022, MTE telah berjaya mendapat lebih dari 1,000 penyertaaan dari dalam dan luar negara. Untuk makluman, MTE 2023 telah mendapat sokongan daripada Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI), Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) dan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).

MTE 2023 yang bakal diadakan secara ‘hybrid’ akan mengabungkan dua (2) dinamik pameran iaitu secara fizikal dan maya. Dinamik ini bakal memberikan pendedahan yang lebih besar berbanding sebelum ini melalui pembangunan infrastruktur digital yang dapat mempercepat dan memperluas jangkauan.

ANUGERAH INOVASI

Selain pameran produk dan penyelidikan, para peserta juga digalakkan untuk menyertai pertandingan inovasi mengikut kategori-kategori seperti di bawah:

  • International Innovation Awards 2023 (IIA 2023)

  • Public Service Innovation Asia   2023 (PSIA 2023)

  • Asian Youth Innovation Awards 2023 (AYIA 2023)

Pertandingan yang bakal disertai dapat memberi motivasi kepada peserta dalam meningkatkan kualiti penyelidikan dan inovasi yang dapat dikomersilkan serta menarik minat dan keyakinan pelabur dan pelawat yang menghadiri acara ini. Penganjuran MTE selama ini telah berjaya meningkatkan pembudayaan inovasi yang memberi impak, dan bukan sahaja responsif terhadap keperluan semasa tetapi juga mentransformasi Malaysia kepada negara yang berpacukan sains dan teknologi.

Selain ekspo inovasi, MTE 2023 akan menganjurkan beberapa siri anugerah. Lebih daripada 500 inovasi dari Malaysia, China, Indonesia, Hong Kong, Iran, Poland, Republik Azerbaijan, Arab Saudi, Singapura, Taiwan ROC, Thailand dan negara-negara lain akan bersaing dalam anugerah dan inovasi ini yang akan dibentangkan di ekspo tersebut. 

MTE 2023 juga akan menganjurkan dua lagi anugerah maya pada Ogos dan Oktober tahun ini, iaitu:

  • Anugerah Inovasi Antarabangsa Penjagaan Kesihatan & Sains Hayat Lanjutan (AHLS IIA)

  • Anugerah Inovasi Antarabangsa Matlamat Pembangunan Lestari (SDG IIA).

Jawatankuasa Bebas Anugerah Inovasi Antarabangsa (IIA) akan dipengerusikan oleh Universiti Malaya, dibantu oleh SIRIM Tech Venture Sdn Bhd dan Universiti Multimedia sebagai Timbalan Pengerusi IIA 2023. IIA adalah anugerah pengiktirafan berprestij yang mengakui dan memartabatkan penciptaan dan inovasi cemerlang dari seluruh dunia. Majlis anugerah pada tahun ini akan mempamer ciptaan dan teknologi inovatif dalam pelbagai bidang, termasuk elektronik, perisian, perkakasan, bioteknologi, teknologi perubatan dan teknologi alam sekitar.

Jawatankuasa Anugerah Inovasi Belia Asia diketuai oleh Persatuan STEM Kebangsaan dan akan meraikan pencapaian inovatif golongan muda di bawah umur 25 tahun dari seluruh Asia. Anugerah ini bertujuan untuk menggalakkan dan mengiktiraf semangat inovasi di kalangan golongan muda, dan untuk mewujudkan platform bagi inovator muda untuk mempamerkan projek dan idea inovatif mereka.  Peserta dari Luar Negara terdiri dari Indonesia, Filipina, Taiwan, Thailand, Vietnam serta China.

Anugerah Inovasi Perkhidmatan Awam Asia (PSIA) diterajui oleh Persatuan Kreativiti dan Inovasi Malaysia.  PSIA akan mengiktiraf agensi kerajaan dan institusi perkhidmatan awam yang telah melaksanakan penyelesaian inovatif untuk meningkatkan perkhidmatan awam dan penglibatan rakyat. Anugerah ini bertujuan untuk menggalakkan inovasi dalam sektor awam dan untuk mengiktiraf dan meraikan pencapaian mereka yang telah menyumbang kepada pembangunan perkhidmatan awam.  PSIA 2023 telah mencapai peningkatan yang lebih di mana sambutan penyertaan dari Sarawak amat memberangsangkan. Lebih 10 pihak berkuasa tempatan (PBT) turut serta di PSIA 2023. Buat julung kalinya terdapat satu penyertaan antarabangsa dari Kementerian Azerbaijan.

Acara inovasi ini akan menampilkan program dengan aktiviti seperti persembahan teknologi, sesi ‘pitching’, demo produk, ‘pitching masterclass’, ceramah teknologi, dan majlis menandatangani MOU.  Pelawat boleh mendapatkan pandangan mengenai teknologi dan inovasi terkini dan melibatkan diri dalam perbualan dan rangkaian yang mendalam dengan rakan sebaya, rakan kongsi dan pelabur yang berpotensi.

Pemenang akan menerima pingat emas, perak dan gangsa. Anugerah Inovasi Cemerlang dan Anugerah Khas Tajaan oleh lebih 10 organisasi antarabangsa ini juga akan disampaikan kepada pemenang utama untuk inovasi terbaik mereka.

‘PITCHING MASTERCLASS’

Acara ‘Pitching Masterclass’ ini akan berkongsi pengetahuan dan pengalaman dengan inovator baru tentang cara menyempurnakan kemahiran ‘pitching’ mereka dan menarik pelabur daripada mentor-mentor yang berpengalaman. Kelas ini akan memberikan pandangan dan petua tentang cara mengemukakan idea mereka dengan berkesan kepada bakal pelabur, dan bagaimana untuk meningkatkan peluang mereka mendapatkan pembiayaan untuk projek mereka.  Sesi ini akan dikendalikan oleh Profesor Madya Dr. Chai Lay Ching, Ketua, Bahagian Perkhidmatan Penyelidikan, IPPP, Universiti Malaya

Tarikh : 17 Mac 2023 (Jumaat)

Masa : 12.15pm

Tempat : Dewan 4, Aras 4, Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur

MAJLIS PERJANJIAN KERJASAMA

MTE 2023 akan menyaksikan dua upacara Perjanjian Kerjasama penting yang akan membawa kerjasama penting antara organisasi terkemuka dalam bidang teknologi.

Majlis pertama akan diadakan antara NanoMalaysia Berhad dan Biforst Berhad, di mana kedua-dua organisasi akan memeterai perjanjian kerjasama untuk pembangunan Sistem Penyimpanan Tenaga Hibrid Hidrogen untuk Trak EV yang Ditukar. Kerjasama ini bertujuan untuk merevolusikan industri pengangkutan dengan mempromosikan penyelesaian tenaga hijau yang mampan.

Kerjasama kedua-dua organisasi ini akan menghasilkan pembangunan sistem penyimpanan tenaga inovatif yang berpotensi mengurangkan pelepasan karbon dan meningkatkan kecekapan trak EV yang ditukar.

Majlis menandatangani perjanjian kerjasama ke-2 ialah di antara Malaysia Technology Expo dan KRSTE.my.  Kerjasama ini bertujuan untuk memupuk pertumbuhan inovasi yang dikumpul dalam pengkalan data hub untuk pasaran teknologi untuk syarikat permulaan dan perusahaan kecil serta sederhana.

Melalui kerjasama ini, organisasi-organisasi berkenaan akan menyediakan platfom bagi peminat teknologi, pelabur, dan usahawan-usahawan untuk menjalin rangkaian, untuk berkongsi pengetahuan dan meneroka peluang perniagaan. Kerjasama itu juga akan memberi tumpuan untuk menggalakkan inovasi dan membangunkan ekosistem teknologi tempatan, menjadikan Malaysia sebagai hab kemajuan teknologi.

UNTUK MELAWAT

Pengunjung dialu-alukan untuk melawat dan memeriahkan lagi acara Malaysia Technology Expo 2023. Masuk adalah PERCUMA. 

Maklumat lanjut boleh didapati di laman sesawang MTE: https://mte.org.my/


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS