Baru-baru ini, Menteri Sumber Manusia, V. Sivakumar telah mengesahkan bahawa Akta Pekerjaan Malaysia (Pindaan) 2022 akan berkuat kuasa pada 1 Januari 2023. Justeru, majikan dan pengurus HR perlu mengambil perhatian terhadap pindaan yang mungkin akan menjejaskan operasi syarikat dan perancangan tenaga kerja. Dalam artikel ini, kami telah merumuskan beberapa pindaan yang berkaitan dengan masa dan kehadiran serta pengurusan cuti pekerja.
Waktu Bekerja Pekerja
1.Aturan kerja yang fleksibel
Akta Kerja yang dipinda termasuk pengaturan kerja fleksibel yang membenarkan pekerja memohon kepada majikan mereka untuk masa kerja, hari bekerja atau tempat kerja yang berbeza-beza bersesuaian dengan pekerjaan mereka.
2.Perubahan dalam jam kerja maksimum pekerja
Sebelum ini, pekerja di Malaysia mempunyai bilangan maksimum waktu kerja mingguan sebanyak 48 jam, namun mulai 1 Januari 2023, waktu kerja maksimum seminggu telah dikurangkan kepada 45 jam. Majikan juga harus sedar bahawa peruntukan waktu bekerja sedia ada lain di bawah Seksyen 60A (1) Akta Pekerjaan (EA) 1955 kekal.
Penjadualan Kerja Pekerja
Penerangan:
Pekerja tidak akan dikehendaki untuk bekerja di bawah kontrak perkhidmatannya:
i) Lebih daripada lima jam berturut-turut tanpa tempoh masa rehat tidak kurang daripada tiga puluh minit.
ii) Lebih daripada lapan jam dalam satu hari.
iii) [Seksyen 59 (1)] Pekerja hendaklah dibenarkan setiap minggu satu hari rehat selama satu hari penuh.
Kelayakan Cuti Pekerja
1.Pertambahan cuti bersalin bergaji
Kelayakan cuti bersalin berbayar bagi ibu bekerja selepas bersalin telah meningkat daripada 60 hari kepada 98 hari.
2.Pengenalan cuti paterniti berbayar
Pindaan baharu adalah termasuk peruntukan untuk bapa yang bekerja mendapat 7 hari cuti paterniti bergaji berturut-turut di bawah Subseksyen 60FA.
3.Pemisahan cuti kemasukan ke hospital daripada cuti sakit
Pekerja akan layak mendapat cuti kemasukan ke hospital selama 60 hari setahun dan cuti ini akan diasingkan daripada kelayakan cuti sakit selama 14, 18 atau 22 hari, bergantung kepada jumlah tahun perkhidmatan pekerja.
Ingin tahu bagaimana untuk menguruskan waktu bekerja dan kelayakan cuti pekerja anda?
TimeTec menawarkan penyelesaian Cloud-HR yang efektif untuk membantu anda melancarkan kerja pentadbiran HR tanpa kerumitan. Dapatkan penjanaan laporan masa terperinci dengan pelbagai cara melapor masa untuk membantu mengekalkan tenaga kerja yang produktif dan mematuhi Akta Pekerjaan.
Untuk maklumat lanjut tentang penyelesaian awan TimeTec HR, sila hubungi Tengku Sulaiman, Pembantu Pengurus Jualan, [email protected] (018-6640750) atau Puan Yasmin, Jurutera Jualan Kanan, [email protected] (019-7218148), talian umum dan e-mel: 03-80709933 dan [email protected].
Mengenai Kumpulan TimeTec
Kumpulan TimeTec telah ditubuhkan pada tahun 2000. Dengan R&D in-house yang kuat dalam pembangunan perisian dan perkakasan, TimeTec telah memfailkan lebih daripada 20 paten di AS dan Malaysia; dan membangunkan penyelesaian HRTech terkini untuk pengurusan tenaga kerja dan penyelesaian PropTech untuk kediaman pintar, bangunan digital, rumah/pejabat pintar, tempat letak kereta pintar dan perbandaran pintar, melancarkan kuasa biometrik, pengkomputeran awan & edge, IoT dan Teknologi AI untuk membina ekosistem awan yang unik. Semua penyelesaian ini menghubungkan dan mengubah landskap kehidupan kerja dan kehidupan rumah dalam perspektif digital yang lebih besar melalui aplikasi super yang disatukan.
Usaha pemasaran Kumpulan TimeTec telah berjaya menghasilkan tiga jenama IT tempatan yang diiktiraf di peringkat global, FingerTec, TimeTec dan iNeighbour. Melalui rangkaian yang luas, Kumpulan TimeTec menyalurkan produk peranti biometrik dan 18 aplikasi cloud, termasuk peralatan IoT, ke lebih 150 negara di seluruh dunia. Lawati laman web Kumpulan TimeTec di www.timeteccloud.com.
Syarikat-syarikat terkenal telah melanggan pelbagai penyelesaian TimeTec termasuk IOI Properties, Putrajaya Holdings, Ibraco, Binastra, Thriven, Hock Seng Lee, QSR Brands, Central Sugars Refinery CSR, Sunway Constructions, Mamee, Nano Malaysia Berhad, Kossan, Focus Point, Yee Lee Group, dan banyak lagi. Fleksibiliti dan kebolehsaknaan produk TimeTec juga menarik pelbagai pelanggan antarabangsa dari seluruh dunia termasuk dari Hong Kong, AS, UK, Arab Saudi, Dubai, Australia, Qatar, Afrika Selatan dan lain-lain.
*Penafian: Artikel di atas adalah untuk maklumat umum sahaja dan tidak bertujuan untuk digunakan sebagai nasihat undang-undang. TimeTec tidak mempunyai obligasi atau tanggungjawab berkenaan dengan sebarang tindakan yang diambil berdasarkan maklumat yang diberikan.
Kandungan ini disediakan oleh TimeTec.