Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Pengumuman
Plus Xnergy menjanakan kilang teh BOH dengan Tenaga Solar
Diterbitkan:  Oct 25, 2022 9:41 AM
Dikemaskini: 1:41 AM

Peneraju solusi solar terkemuka, Plus Xnergy, akan memasang solusi solar bernilai hampir RM2 juta di fasiliti kilang penanam teh terkemuka dunia, BOH, yang terletak di Bukit Cheeding, Selangor dan Cameron Highlands, Pahang. 

Pada April 2021, Plus Xnergy memulakan Fasa 1 pemasangan solusi solarnya di kilang BOH di Selangor, manakala Fasa 2 di Cameron Highlands yang disasarkan siap menjelang Disember 2022.

Imej di atas: Penanam teh terkemuka dunia, BOH, mendapatkan khidmat Plus Xnergy untuk memasang solusi solar bernilai hampir RM2 juta di tapak fasiliti kilangnya di Bukit Cheeding, Selangor dan Cameron Highlands, Pahang.

Dengan warisan yang berusia lebih 90 tahun, BOH komited untuk menjadi penanam teh dan pengeluar teh yang lestari sepenuhnya dalam masa terdekat. BOH adalah antara beberapa syarikat di dunia yang menanam, memproses, membungkus dan memasarkan jenama teh tanah tinggi mereka tersendiri.

Pasaran teh global dianggarkan mencecah nilai hampir AS$30.3 bilion menjelang tahun 2027 dan telah menunjukkan potensi pertumbuhan CAGR sebanyak 5.6% di antara tahun 2022 hingga 2027. Pada masa ini, teh merupakan minuman yang paling banyak dinikmati dunia selepas air. Pasca pandemik, industri teh juga telah menjadi pilihan utama  pengguna yang menginginkan minuman semulajadi yang sihat, dengan permintaan meningkat terhadap teh dapat dilihat kerana pengguna mahukan manfaat antioksidan semulajadi yang terdapat di dalamnya. 

“Hanya dengan persekitaran yang sesuai kita dapat menyediakan bru teh yang sempurna. Inilah yang menyebabkan kelestarian menjadi sebahagian penting dalam perniagaan BOH, disertai dengan fokus untuk mematuhi amalan alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG).

“Kami memilih Plus Xnergy kerana mereka mempunyai pengalaman dan kepakaran teknikal yang sesuai untuk menyokong perjalanan kami untuk menjadi penanam dan pengeluar teh yang lestari dalam masa terdekat. Pelaburan dalam tenaga boleh diperbaharui merupakan langkah seterusnya yang semulajadi bagi kami, memandangkan ini adalah komitmen syarikat untuk terus menyumbang secara proaktif ke arah impak positif terhadap alam sekitar. 

“Kami amat gembira dengan penjimatan elektrik segera sebanyak 33% yang dilihat susulan Fasa 1 solusi solar di Bukit Cheeding, Selangor. Setelah kedua-dua fasiliti kami dikuasakan dengan solusi solar ini, dan dalam tempoh 25 tahun, impak positif terhadap alam sekitar yang terhasil boleh diterjemahkan kepada penanaman sebanyak kira-kira 500,000 pokok dan mampu mengelakkan pembebasan sebanyak 11,000 tan karbon (1) ,” kata Jason Foo, Ketua Pegawai Eksekutif, BOH Plantations Sdn Bhd. 

Kelestarian telah menjadi fokus penting dalam keseluruhan operasi BOH. Pada tahun 2013, BOH telah memperolehi pensijilan taraf tinggi myGAP oleh Kementerian Pertanian untuk empat kebun tehnya. Pencapaian ini menunjukkan amalan terbaik BOH dalam memenuhi kelestarian alam sekitar, ekonomi dan sosial untuk segala proses di kebun tehnya. 

“Ia merupakan satu pencapaian penting bagi industri teh, khasnya bagi satu jenama yang sinonim dan berkait rapat dengan warisan dan sejarah di Malaysia. Perlu diketahui bahawa setiap cawan teh BOH yang dinikmati juga adalah satu langkah penting ke arah kelestarian – kerana ia djana  oleh tenaga boleh diperbaharui. Ini merupakan satu pengubah pasaran yang penting dan kami menjangka usaha ini akan mampu memberikan impak yang lebih besar secara keseluruhannya terhadap industri makanan dan minuman.

Jason Foo, Ketua Pegawai Eksekutif BOH Plantations Sdn Bhd (kiri); Ko Chuan Zhen, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan & Pengasas Bersama Plus Xnergy (kanan)

“Sebagai pembawa perubahan solusi alam sekitar, Plus Xnergy menjalin kerjasama dengan perniagaan dalam memenuhi matlamat kelestarian mereka. Kami menyediakan solusi tenaga bersih yang menghasilkan impak positif terhadap alam sekitar serta membantu perniagaan terlibat untuk beroperasi dengan lebih efisien dan bertanggungjawab. Kami memfokuskan usaha kami terhadap syarikat-syarikat multinasional yang mempunyai komitmen untuk sehaluan  dengan komuniti global RE100,” kata Ko Chuan Zhen, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan & Pengasas Bersama Plus Xnergy. 

Video perjalanan BOH ke arah kelestarian bersama Plus Xnergy boleh ditonton di sini.


(1) https://www.seda.gov.my/statistics-monitoring/co2-avoidance/


Kandungan ini disediakan oleh Plus Xnergy dan BOH Tea.

Berminat untuk menyiarkan pengumuman anda di Malaysiakini? Hubungi kami di [email protected] atau WhatsApp di talian +60 17-323 0707 untuk sebarang pertanyaan.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS